BTC USD 34,441.6 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ROMBAKAN JAWATAN PDRM | Acryl Sani dilantik KPN ke-13

midi2020

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2012
Messages
5,681
Reaction score
299
Points
91
apa cerita kartel dalam polis sebagaimana yg didedahkan kpn sebelum ni, dah dibanteras atau makin menjadi?
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,049
Reaction score
5,121
Points
721
kamarul_1623147485.jpg

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat (kanan) menerima jawatan daripada Datuk Hasanuddin Hassan yang akan bersara esok dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah yang disaksikan Datuk Zamri Yahya di IPK Kedah. NSTP/Ihsan PDRM

Kamarul Zaman Ketua Polis Kedah yang baharu​


ALOR SETAR: Datuk Kamarul Zaman Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kedah yang baharu bagi menggantikan Datuk Hasanuddin Hassan yang bersara wajib, bermula esok.


Majlis serah tugas itu dilakukan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Hasanuddin sebelum ini dilantik sebagai Ketua Polis Kedah bermula pada 5 Ogos 2020 dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Polis Kelantan sebelum itu.
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,915
Reaction score
1,897
Points
201
apa cerita kartel dalam polis sebagaimana yg didedahkan kpn sebelum ni, dah dibanteras atau makin menjadi?
Hilang dh kartel, cuba jbtn lain smp ke lubang cacing di cr....hehehe
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,049
Reaction score
5,121
Points
721

Nama calon Timbalan KPN tunggu perkenan Agong​


KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menyerahkan nama calon Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pertimbangan.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Perdana Menteri sedang menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sebelum penyandang jawatan itu diumumkan.


"Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) telah memperincikan nama calon untuk mengisi kekosongan jawatan itu pada minggu lalu sebelum menyerahkannya kepada Perdana Menteri.


"Langkah seterusnya ialah mempersembahkan nama itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Setakat ini, saya tidak dapat mendedahkan nama yang dihantar itu. Namun, kita sama-samalah menunggu keputusannya," katanya kepada BH, semalam.


Hamzah juga tidak menyatakan bilangan nama calon yang diserahkan kepada Perdana Menteri, dan meminta semua pihak bersabar hingga segala keputusan berkaitan dibuat.


Sebelum ini, antara nama yang menjadi sebutan dalam desas-desus untuk mengisi kekosongan jawatan itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain, dan Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,185
Reaction score
13,599
Points
2,376
FB_IMG_1623324147177.jpg

📌 Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu akan diumumkan tidak lama lagi - Menteri Dalam Negeri

📌 111 pintu masuk negara yang aktif dan diwartakan di seluruh negara dikawal selia sebaiknya kekang kemasukan pendatang tanpa izin - Menteri Dalam Negeri

Berita lanjut menyusul
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,185
Reaction score
13,599
Points
2,376
PDRM | Calon Timbalan Ketua Polis Negara Sudah Dipersembahkan Kepada Agong

Calon yang bakal mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara telah dimuktamadkan.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,185
Reaction score
13,599
Points
2,376
IMG_20210625_144657_832.jpg

Datuk Seri Mazlan Lazim sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dan Timbalan Ketua Polis Kelantan.

Ikuti berita terkini di grid.astroawani.com

#AWANInews
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,049
Reaction score
5,121
Points
721

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mazlan bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan yang sebelum ini dipegang Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara, 4 Mei lalu.

Sesi penyerahan jawatan itu dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Acryl Sani di Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini.

Sebelum ini, beberapa nama yang disebut untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Ketua Polis Negara, yang ditinggalkan oleh Acryl Sani.

Selain Mazlan, dua lagi nama yang disebut untuk menjawat jawatan berkenaan iaitu Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya dan Pengarah Pengurusan, Datuk Ramli Din.
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,453
Reaction score
323
Points
51
FB_IMG_1624618691542.jpg
Sahabudin dilantik Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman..

Kuala Lumpur: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman berkuat kuasa 1 Julai ini.

Superintendan Komunikasi Korporat Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Superintendan Skandaguru Anandan dalam kenyataan berkata, jawatan Sahabudin pula akan digantikan oleh Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Terdahulu hari ini, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim diumumkan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu.

Pelantikan Mazlan bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan yang sebelum ini dipegang Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara, 4 Mei lalu.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register