BTC USD 34,775.1 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ROMBAKAN JAWATAN PDRM | Acryl Sani dilantik KPN ke-13

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,907
Reaction score
1,896
Points
201
Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik

04.05.2021 - Kuala Lumpur, Bekas ketua polis negara, Abdul Hamid Bador mendedahkan kisah di sebalik dakwaan bahawa Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin melakukan campur tangan terhadap pelantikan pegawai kanan polis. Hamid dipetik MalaysiaGazette mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri itu untuk menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman. Jelas Hamid, langkah itu dibuat bagi tujuan karier politik Hamzah, menyebabkan Cawangan Khas tidak senang dengan tindak tanduk menteri berkenaan yang dirujuknya sebagai "MDN" (Menteri Dalam Negeri).

“Saya dimaklumkan MDN telah memaksa JCK melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya. Saya tidak boleh dedahkan operasi apa kerana setiap operasi JCK adalah rahsia tapi cukuplah untuk mengatakan bahawa objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada JCK untuk memelihara serta menguruskan keselamatan negara,” Hamid dipetik sebagai berkata.

Hamzah sebelum ini mengaku adalah individu dalam rakaman audio yang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis. Hamid, menurut laporan itu mendakwa Cawangan Khas telah menolak untuk turut serta dalam operasi tersebut sebelum melaporkannya kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Tambahnya, Muhyiddin bersetuju agar Jabatan Cawangan Khas (JCK) tidak boleh terlibat dalam kerja-kerja politik menyebabkan menteri terbabit marah.

Selepas itu katanya, Hamzah cenderung bekerjasama dengan bekas pegawai kanan JCK yang telah tamat kontrak tahun lalu. ‘Menteri berkenaan dikatakan mengatur langkah untuk menjadikan ‘budaknya’ (bekas pegawai kanan JCK) menyandang jawatan PCK Bukit Aman kerana individu itu mudah mengikut arahan menteri.

“Sebagai bukti, pada 16 Februari lalu PCK sedia ada telah dipanggil oleh Ketua Setiausaha KDN sebelum meminta beliau mengakhiri kontraknya secara sukarela, jika tidak notis sebulan bagi pemberhentian kontrak akan diberikan. Menteri tersebut seolah-olah tidak sabar meletakkan ‘budaknya’ mengisi jawatan tersebut sedangkan kontrak PCK akan berakhir pertengahan Jun ini,” dakwa Hamid.

Hamid berkata, isu tersebut turut dibawa kepada pengetahuan Muhyiddin sebelum pengarah Cawangan Khas Bukit Aman diarahkan untuk terus berkhidmat. Mohamed Farid Abu Hassan merupakan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman dan dilantik memegang jawatan itu pada Jun 2019. Hamid bersara sebagai Ketua Polis Negara semalam dan tempatnya digantikan oleh timbalannya, Acryl Sani Abdullah Sani.

Dalam kenyatannya semalam, Hamid berikrar akan terus berjuang dengan pasukan polis "dengan caranya sendiri" meskipun telah bersara.

Malaysiakini telah menghubungi Hamzah untuk mendapatkan respons.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/573247
Semua mcm tu xkira sapa menteri kdn
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,049
Reaction score
5,121
Points
721

KPN bertekad menaikkan semula reputasi PDRM​

Acryl_Sania_1620367994.jpg


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, bertekad melakukan penambahbaikan terhadap setiap pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengembali serta menaikkan semula reputasi pasukan itu.


Beliau berkata, usaha itu penting berikutan PDRM didapati menjadi sasaran pandangan atau kenyataan negatif oleh orang ramai sejak kebelakangan ini.


"Suatu masa dulu, setiap warga polis diangkat dan dijulang atas pelbagai jasa serta budi dicurahkan mereka. Namun sejak beberapa bulan lalu, saya melihat pasukan ini dikeji serta dicaci, dan ini adalah cabaran pertama saya.


"Saya perlu melakukan penambahbaikan terhadap setiap pegawai dan anggota dalam usaha mengembali serta menaikkan semula reputasi pasukan PDRM.

"Reputasi tidak baik bukan saja menghakis kepercayaan masyarakat tetapi juga menjatuhkan moral pegawai serta anggota yang sentiasa berdepan dengan orang ramai," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, semalam.


Malah, Acryl Sani berkata, ada segelintir pihak masih berterusan mencemuh walaupun pasukan itu menjalankan tugas penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan.


Tambahan pula, beliau menjelaskan, hanya segelintir petugas PDRM terbabit kes kesalahan dan pasti akan dikenakan tindakan ataupun hukuman sewajarnya.


Sambil berharap komuniti memandang polis sebagai sebahagian daripada mereka, beliau berkata, kerjasama antara PDRM dengan masyarakat adalah kunci utama kepada keselamatan, keharmonian serta keamanan di negara ini.


"Hubungan PDRM dengan orang ramai memang tidak dapat dinafikan dan sentiasa saling memerlukan. Pegawai dan anggota polis juga datang daripada sistem masyarakat. Mereka memang sentiasa berinteraksi dengan masyarakat.


"Saya memahami rakyat melihat polis sebagai satu pengharapan untuk permasalahan yang mereka hadapi supaya dapat diselesaikan.


"Justeru, setiap warga PDRM harus ada sifat empati atau berupaya memahami perasaan rakyat dalam menjalankan urusan harian. Orang awam berjumpa polis mengenai masalah daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah yang ekstrem," katanya.


Oleh itu, Acryl Sani memaklumkan sebagai langkah peringkat pertama, Bukit Aman telah mengarahkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta Pasukan Formasi di seluruh negara untuk mengadakan sesi pertemuan dengan masyarakat pada Sabtu setiap minggu bagi mendapatkan maklum balas atas permasalahan dihadapi.
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,907
Reaction score
1,896
Points
201
Rasanya xsmpt kpn nie nak buat apa2 kejap ja dia pegang tu....lain la klau muda lg
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,494
Reaction score
2,571
Points
201

Pengasingan kuasa dalam pasukan polis bukan isu​

May 6, 2021
IMG-20210506-WA0001-696x391.jpg

PADA 2 Mei 2019, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu telah mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) memperkenankan pelantikan secara kontrak selepas bersara Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.

Pelantikan ini dibuat selaras dengan Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa pelantikan bagi menyandang jawatan ini hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor SPP dan bahawa sebelum bertindak atas syor SPP Yang di-Pertuan Agong hendaklah menimbangkan nasihat Perdana Menteri, dan boleh merujukkan syor itu balik satu kali kepada SPP untuk ditimbangkan semula.

Advertisement

Walaupun banyak kritikan yang dilontarkan ke atas beliau sepanjang melaksanakan tugasnya sebagai KPN, termasuklah ketidakpuasan hati banyak pihak ke atas kegagalan beliau membawa balik Jho Low untuk dihadapkan ke muka pengadilan di Malaysia, namun segala-galanya kelihatan berjalan lancar buat Tan Sri Abdul Hamid yang tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang berbentuk kontroversi.

Malah, di sebalik jangkaan bahawa kontrak Tan Sri Abdul Hamid selaku KPN akan ditamatkan lebih awal bila berlakunya pertukaran kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) pada 1 Mac 2020, ini tidak berlaku, sebaliknya beliau, yang pernah menyatakan ketaatsetiaan beliau kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, dikekalkan, sekali gus membuktikan tiada campur tangan politik wujud dalam pasukan polis.

Begitupun, pada 18 Mac 2021, kurang dua bulan menjelang kontrak beliau berakhir, secara tiba-tiba Tan Sri Abdul Hamid mendedahkan dalam program Sinar Live bersama beliau mengenai wujudnya gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda yang mendalangi kartel yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka dalam pasukan polis yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau.

Lebih menggemparkan lagi ialah bila Tan Sri Abdul Hamid, dalam sidang media beliau pada 30 April 2021 mendakwa bahawa beliau menentukan siapa daripada pegawai polis yang boleh dan sesuai dilantik ke jawatan-jawatan tertentu kerana beliau ‘bergelumang setiap hari dengan pasukan polis’ tetapi Menteri Dalam Negeri, yang dikatakan sibuk dengan pelbagai jabatan lain, tidak mempunyai masa dan kemampuan untuk berbuat demikian.

Lebih jauh lagi, Tan Sri Abdul Hamid juga menyatakan kekesalan beliau kerana SPP dikatakan tidak berfungsi dengan baik, di mana pejabat SPP pun dikatakan tidak wujud. Begitu juga dengan Pengerusi SPP yang disarankan supaya dilantik bukan dari kalangan Menteri kerana Menteri dikatakan akan membawa unsur-unsur politik berbanding seorang bekas Ketua Hakim dan seorang bekas Hakim.

Masa sama, Tan Sri Abdul Hamid tidak menyatakan bahawa unsur-unsur politik sudah berlaku dalam pasukan polis, tetapi beliau hanya bimbang ini boleh berlaku, di mana, di dalam kata-kata beliau, “yang saya takut ni besok akan berlakulah yang mana PDRM ni akan digunakan untuk nak serve dia punya political interest(kepentingan politik) dia”.

Hanya setelah kontrak beliau tamat, iaitu pada 4 Mei 2021, barulah Tan Sri Abdul Hamid mendakwa Jabatan Cawangan Khas (JCK) Bukit Aman pernah diminta untuk menjalankan operasi yang tiada kena mengena dengan isu berkaitan urusan keselamatan negara tetapi arahan tersebut didakwa enggan dilakukan oleh jabatan berkenaan.

Ekoran dakwaan-dakwaan Tan Sri Abdul Hamid ini maka bersiponganglah suara yang mengutuk kewujudan campur-tangan politik dalam pasukan polis yang disusuli dengan seruan supaya dilakukan pemisahan kuasa antara politik dan pasukan polis khususnya melalui pelantikan Pengerusi SPP bukan dari kalangan Menteri.

Turut menjadi tumpuan adalah tuduhan liar tanpa bukti Tan Sri Abdul Hamid bahawa ‘dalam politik rasuah berlaku merata-rata tempat’, ‘mabuk kuasa, sanggup melakukan perbuatan membeli sana, mengugut orang ini, mengugut’, ‘sekejap katak lompat sana, sekejap katak berbunyi sana’ yang disertai seruan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasatnya.

Sebenarnya, tidak sukar untuk difahami motif mengapa kesemua perkara ini dibangkitkan hanya setelah tempoh kontrak Tan Sri Abdul Hamid hampir berakhir, malah sudah ramai yang menyatakan bahawa ia awalnya adalah satu cubaan untuk melanjutkan tempoh kontrak, tetapi bila ini gagal ia bertukar menjadi tidak lebih daripada satu cubaan untuk melepaskan geram semata-mata.

Jika masalah-masalah seperti yang dinyatakan ini memang wujud, ia sepatutnya disuarakan jauh lebih awal lagi, termasuk sewaktu PH masih memerintah, melalui pelbagai saluran yang ada, termasuklah melalui SPP dan pada akhirnya terus kepada Yang di-Pertuan Agong selaku pihak yang melantik beliau dan yang melantik ahli-ahli SPP itu sendiri, malangnya ini tidak berlaku.

Malah jika diteliti kepada Ceraian 4(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, perlakuan sebegini mungkin boleh dihujahkan sebagai termasuk di dalam larangan untuk seseorang pegawai awam supaya tidak:

(a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya.
(b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya;
(c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa: (i) dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau (ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
(d) Berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

Sesungguhnya cubaan untuk memenuhi kepentingan persendirian, khususnya untuk melanjutkan tempoh kontrak atau untuk melepaskan geram bila kontrak tidak dilanjutkan, hingga sanggup memburukkan nama atau mencemarkan nama pasukan polis, jika benar wujud, adalah satu perlakuan yang amat tidak beretika, apa lagi bila ia dilakukan oleh ketua pasukan itu sendiri.

Lebih-lebih lagi bila perkara yang ditimbulkan ini adalah bercanggah dengan peruntukan-peruntukan yang terdapat di dalam Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana jelas dinyatakan di dalam Seksyen 4 (1) Akta Polis 1967 bahawa pasukan polis hendaklah di bawah perintah Ketua Polis Negara yang adalah seorang pegawai polis dan hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri bagi kawalan dan arahan pasukan. Tiada kekaburan di sini bahawa kawalan dan arahan pasukan polis adalah berada di dalam tangan Menteri Dalam Negeri yang menyalurkannya melalui Ketua Polis Negara.

Begitu juga dengan peruntukan Perkara 140 (1) dan 140 (3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa “pelantikan, pengesahan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran dan penjalanan kawalan tatatertib ke atas anggota pasukan polis” adalah berada di bawah tanggungjawab SPP yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri.

Hanya pihak yang kurang faham dengan konsep pengasingan kuasa sahaja yang mahu memisahkan pasukan polis, mahupun penjawat awam lain, daripada politik kerana yang dimaksudkan dengan konsep pengasingan kuasa itu adalah pemisahan badan-badan perundangan, kehakiman dan eksekutif sahaja tetapi jika badan eksekutif itu sendiri hendak dipisahkan lagi maka akan huru-haralah pentadbiran sesebuah negara.

Sebab itulah bukan setakat SPP sahaja, malah Majlis Angkatan Tentera (MAT) juga, melalui Perkara 137 (1) dan 137 (3) Perlembagaan Persekutuan, yang dipengerusikan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertahanan, adalah bertanggungjawab bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera, dan segala perkara lain yang berhubungan dengannya.

Bayangkanlah apa yang boleh berlaku kepada pemerintahan sesebuah kerajaan jika SPP dan MAT ini dipengerusikan bukan oleh Menteri dari parti yang memerintah, sudah pastilah kesukaran malah kekalutan besar akan berlaku dalam perlaksanaan dasar-dasar kerajaan itu, malah tidak mustahil untuk kerajaan yang dipilih secara demokratik itu boleh ditumbangkan pula.

Sebab itulah di negara jiran Singapura sekalipun Perdana Menterinya, Lee Hsien Loong, boleh menyatakan dengan tegas bahawa perkhidmatan awam adalah tidak bebas daripada kerajaan yang dipilih (not independent of the elected government) malah ia mesti berkhidmat kepada kerajaan yang dipilih pada sesuatu waktu (must serve the elected government of the day).

Sebab itulah juga Manifesto PH dalam PRU 15 sekalipun, melalui Janji 20-nya bertajuk “Menjadikan ATM dan pasukan PDRM sebagai sebuah pasukan yang dihormati dan disegani”, langsung tidak memperkatakan mengenai hasrat untuk menjadikan Pengerusi SPP dan Pengerusi MAT ini dipengerusikan bukan oleh Menteri dari parti yang memerintah.

Lalu bila orang politik (Menteri) hanya melaksanakan tanggungjawab beliau menjadi Pengerusi SPP yang sudah sekian lama digariskan di dalam Akta dan Perlembagaan Persekutuan, mengapa pula kini ia dinyatakan sebagai campur-tangan politik?

Dan apa sebenarnya keperluan untuk menghebohkan bahawa jawatan Pengerusi SPP ini (tetapi bukan jawatan Pengerusi MAT) hendaklah dipengerusikan bukan oleh orang politik (Menteri) sedangkan ia telah berjalan sekian lama dan tidak pernah dipertikaikan pun sebelum ini?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 6/5/2021

Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff adalah Pensyarah Kanan di Kolej Undang-Undang, Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM).
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,049
Reaction score
5,121
Points
721

Misi tingkatkan keyakinan rakyat terhadap PDRM​


KUALA LUMPUR: Memperkasakan integriti pasukan menjadi satu daripada tiga misi utama Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, dalam meningkatkan kembali keyakinan rakyat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Bagi memastikan misi itu berjalan lancar, beliau sudah mengarahkan semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Pasukan Formasi PDRM di seluruh negara untuk mengadakan kelas Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) sekali seminggu, terutama berhubung integriti dan salah laku.


Acryl Sani berkata, tujuan utama kelas LDP itu ialah bagi membolehkan pegawai kanan polis menerangkan segala topik permasalahan dan isu semasa yang ada serta mencari penyelesaian untuk mengatasi atau memperbaikinya.


"Melalui kelas sebegini, pegawai kanan di setiap peringkat IPK, IPD dan Pasukan Formasi PDRM akan menerang serta membincangkan segala masalah yang timbul itu kepada pegawai bawahan dan anggotanya.

"Kita mahu setiap pegawai serta anggota memahami situasi semasa dan perkara yang wajar dilakukan, serta memastikan mereka tidak terbabit masalah integriti dan salah laku," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, semalam.


Beliau berkeyakinan bahawa apabila LDP itu dilaksanakan, masyarakat akan melihat perubahan dalam budaya kerja pasukan PDRM, termasuk sistem penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai yang berurusan dengan pihak polis.


"Saya ada menerima pesanan daripada Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP) yang berharap PDRM mempertahankan puluhan ribu pegawai dan anggota polis yang berhemah serta menjaga imej pasukan, dan itulah yang kita lakukan.


"PDRM tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana pegawai dan anggota yang terbabit salah laku integriti serta rasuah, itu kita punya pendirian," katanya.


Beliau berkata, antara masalah integriti yang diberi perhatian serius ialah pemeriksaan rambang terhadap warga asing.


"PDRM memandang serius pemeriksaan terhadap warga asing sama ada di kedai, restoran dan tepi jalan, yang dilakukan secara rambang tanpa alasan munasabah untuk mengesahkan kesahihan dokumen perjalanan mereka.


"Situasi ini pasti akan ada unsur salah guna kuasa serta isu rasuah, dan ia harus ditangani. Setiap pemeriksaan berkaitan warga asing kini harus dilakukan jika wujud unsur mencurigakan, selain operasi yang dirancang, bukan secara mengejut atau rambang," katanya.


Dua lagi misi utama Acryl Sani ialah memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan dan kesejahteraan masyarakat.


Dalam konteks memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan, beliau berkata, proses itu diharap bukan hanya menumpukan penugasan di balai polis dan sekatan jalan raya kepada orang ramai, tetapi juga dalam kalangan pegawai dan anggota sendiri.


"Sebelum ini ada dakwaan bahawa orang ramai dikasari, dilayan dengan cara tidak wajar dan kata-kata sindiran ketika berurusan dengan polis. Semua perkara itu perlu dihentikan sama ada di balai polis atau ketika interaksi polis dengan masyarakat.


"Kita juga tidak mahu terlepas pandang terhadap situasi semasa pesara polis. Kita mahu mereka bersama-sama PDRM. Oleh itu, saya sudah mengarahkan seluruh Ketua Polis Daerah (KPD) untuk melakukan semakan butiran semua pesara polis di kawasan pentadbiran mereka," katanya.
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Aug 2, 2007
Messages
12,907
Reaction score
1,896
Points
201
Yg pasti Judi online up blk la nie
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,049
Reaction score
5,121
Points
721
HUZIR_MOHAMED_PDRM-1204_1621417727.jpg

Huzir bersara wajib esok​

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, akan bersara wajib, esok, selepas 39 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Huzir, 59, yang digelar dengan panggilan 'Hunter', turut boleh disifatkan sebagai 'Panglima Perang COVID-19' selepas mengatur gerak pasukan JSJ dalam mengumpul kontak Kluster Masjid Sri Petaling yang mula dikesan pada awal Mac tahun lalu.

Anak jati Taiping, Perak, itu memulakan perkhidmatan dalam PDRM sebagai Pelatih Inspektor Percubaan pada Disember 1982 sebelum ditugaskan sebagai Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields hingga 1986.

Beliau kemudian ditempatkan di beberapa kontinjen dan jabatan dalam PDRM seperti Pasukan Polis Hutan (PPH), Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (kini Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) serta JSJ.

Sepanjang tempoh 15 tahun beliau berkhidmat dalam JSJ, banyak kes berprofil tinggi berjaya diselesaikan.


Antara lain, kes penculikan dan pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Kevin Morais, pada September 2015 yang membawa kepada penahanan sembilan suspek termasuk dua wanita; kes seorang Datin ditembak mati di Taman OUG, Jalan Klang Lama, pada Jun 2016 yang membawa kepada penahanan 12 suspek utama yang disyaki turut terbabit dalam tiga kes tembak lain; dan kes ketua Geng Satu Hati ditembak mati pada Julai 2016.


Huzir yang pernah dilantik sebagai Komander Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) pada 2013, turut berjaya menumpaskan kumpulan kongsi gelap dan jenayah terancang berbahaya yang terbabit dalam pembunuhan dan senjata api melalui Operasi Cantas (Op Cantas) seperti Geng 360 Devan, Geng 04 Perak, Geng Jin Jeet Tong dan Geng 36 Negeri Sembilan.


Pada 2017, Huzir dilantik sebagai Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Bukit Aman, sebelum menjadi Pengarah jabatan itu dua tahun kemudian.


Meskipun memberi tumpuan kepada tugas hakiki, Huzir aktif sebagai pemain ragbi mewakili pasukan PDRM dan pernah menyertai pasukan kebangsaan dari 1981 hingga 1986, malah terbabit siri pertandingan antarabangsa di Jepun, Hong Kong, Australia dan Kanada.


Berikutan persaraan wajib Huzir, jawatan Pengarah JSJ akan dipangku oleh Timbalan Pengarah JSJ, Datuk Dev Kumar M M Sree.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,049
Reaction score
5,121
Points
721

Datuk Zamri Yahya dilantik Pengarah Cawangan Khas​


KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman dalam pertukaran


pegawai kanan membabitkan lapan jabatan diumumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) malam ini.


Jawatan Pengarah JIPS pula bakal diambil alih Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Azri Ahmad, manakala Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din, dilantik Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman, menggantikan Datuk Zainal Abidin Kasim, yang dilantik Pengarah Jabatan KDNKA.


Superintendan Komunikasi Korporat, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Superintendan Skandaguru Anandan, berkata Komisioner Polis (CP) Pentadbiran, Jabatan Pengurusan, Datuk Zaini Jass dilantik Pengarah Pengurusan, bagi mengisi jawatan ditinggalkan Datuk Ramli Din.

"Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din, dilantik Pengarah JSJK, manakala Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).


"Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, kekal di jawatan sama dengan dinaikkan pangkat sebagai CP," katanya dalam kenyataan hari ini.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.4307146405962300&type=3
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,049
Reaction score
5,121
Points
721
serah_1622721373.jpg

Roslee (kiri) menyerahkan tugas kepada Rohaimi (kanan) yang dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu baharu disaksikan Razarudin di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu. NSTP/Ihsan PDRM

Rohaimi Ketua Polis Terengganu baharu​


KUALA TERENGGANU: Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa dilantik sebagai Ketua Polis Terengganu baharu berkuat kuasa hari ini.


Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Roslee Chik yang dinaikkan pangkat sebagai Komisioner Polis dengan menjawat jawatan Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Pembangunan dan Penyelidikan) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.


Majlis serah terima tugas Ketua Polis Terengganu baharu di antara Rohaimi dan Roslee disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husin @ Abd Rasid di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini, hari ini.


Menerusi satu kenyataan, Rohaimi mengucapkan tahniah kepada Roslee atas kenaikan pangkat berkenaan.

"Syabas dan tahniah kepada Datuk Roslee Chik atas kenaikan pangkat ke Bukit Aman," katanya.


Rohaimi turut mengucapkan terima kasih kepada pengamal media atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.


Turut diadakan majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Terengganu di antara Datin Zainun Embong dengan Datin Azizah Malisa Ramli sebagai Pengerusi PERKEP Terengganu baharu.


Penyerahan tugas itu disaksikan Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datin Zainah Othman.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
304,168
Reaction score
13,598
Points
2,376
FB_IMG_1622722861462.jpg

DCP Datuk Rohaimi Md Isa dilantik menjadi Ketua Polis Terengganu, menggantikan DCP Datuk Roslee Chik yang bertukar ke Ibu Pejabat Bukit Aman dan menjawat jawatan sebagai Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Pembangunan dan Penyelidikan).

Majlis serah tugas berlangsung pagi tadi secara tertutup.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register