BTC USD 34,543.3 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ROMBAKAN JAWATAN PDRM | Acryl Sani dilantik KPN ke-13

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,050
Reaction score
5,123
Points
721
Empat lagi pegawai kanan PDRM ditukar

KUALA LUMPUR 7 Julai - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran empat lagi pegawai kanannya berkuat kuasa 7 Ogos ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, SAC Datin Asmawati Ahmad berkata, pertukaran itu melibatkan Timbalan Komander Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Pahang, ACP Norizan Murad.


Beliau berkata, Norizan akan memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Urusetia, Cawangan Urusetia, Bahagian Kepolisan Am Jabatan KDNKA Bukit Aman yang disandang ACP Mohd Abduh Ismail manakala Mohd Abduh mengambil alih jawatan Norizan.

Penolong Pengarah Narkotik (Risikan) Zon 1, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, ACP S. Batumalai pula bertukar ke jawatan Ketua Pusat Penyelidikan Sumber dan Kajian Kurikulum Maktab PDRM Kuala Lumpur.

"Jawatan Batumalai akan diambil alih oleh Supt. Ravindar Singh yang kini menyandang jawatan sebagai Ketua Unit (Jenayah Syarikat), Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selasa lepas, PDRM mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran 46 pegawai kanan termasuk pelantikan empat pengarah dan empat ketua polis negeri yang baharu berkuat kuasa 7 Ogos.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, rombakan dalam pasukan keselamatan itu bertujuan memperkemas PDRM dan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 serta temasya Sukan SEA 2017. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wil...wai-kanan-pdrm-ditukar-1.500167#ixzz4mAgFnwIg
© Utusan Melayu (M) Bhd


PDRM umum pelantikan 4 pengarah, 4 ketua polis negeri

KUALA LUMPUR 4 JULAI - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pelantikan empat pengarah dan empat ketua polis negeri yang baharu berkuatkuasa 7 Ogos depan.

urut diumumkan ialah kenaikan pangkat dan pertukaran 38 pegawai kanan.


Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Senior Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, Pengarah Pengurusan, Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah mendahului senarai pertukaran apabila dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Menurutnya, jawatan Zulkifli akan diambil alih oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman Datuk Abdul Ghafar Rajab.

Ujarnya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh pula dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sementara

jawatan beliau akan diisi oleh Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

“Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor dilantik sebagai Ketua Polis Selangor dan jawatannya diisi oleh Timbalan Pengarah KDNKA (Kepolisan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Amer Awal,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Ujar Asmawati, Setiausaha PDRM Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd akan dilantik sebagai Ketua Polis Johor sementara Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, Datuk Noor Azam Jamaludin pula dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nas...h-4-ketua-polis-negeri-1.499073#ixzz4lszlXTe2
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
Wanita pikul tugas Timbalan Ketua Polis Perlis baharu

bt_18.1.jpg

Bekas Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. menyerahkan dokumen serah tugas kepada penggantinya, Asisten Komisioner Rohana Omar sambil disaksikan Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias di IPK Perlis, Kangar, Perlis hari ini.

KANGAR - Asisten Komisioner Rohana Omar dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perlis yang baharu menggantikan Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd. yang dinaikkan pangkat hari ini.

Pelantikan itu merupakan sejarah bagi polis Perlis kerana jawatan kedua tertinggi pasukan keselamatan itu diisi oleh seorang wanita yang bertanggungjawab serta berwibawa.

Rohana sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Kedah.

Sementara itu, Noor Mushar pula dilantik Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur yang baharu.

Majlis Serah Terima Tugas melibatkan kedua-dua individu itu diadakan di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini sambil disaksikan Ketua Polis Perlis, Datuk Azisman Alias. - K! ONLINE

Mohd Kamarudin dilantik Timbalan Ketua Polis Johor

image.jpg

DATUK Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. (tengah) menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Datuk Mohd. Zakaria Ahmad (kiri) dan Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din.-UTUSAN

JOHOR BAHRU 17 Julai - Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din hari ini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor yang baharu, menggantikan Datuk Mohd. Zakaria Ahmad.

Majlis Serah Terima tugas antara mereka diadakan di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini sebentar tadi. 


Majlis tersebut disaksikan oleh Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. - UTUSAN ONLINE 


utusan

Amer mula tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak

image.jpg

MAZLAN (kiri) menandatangani dokumen serah tugas kepada Amer disaksikan Mohmad di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di Kuching hari ini.

KUCHING 17 Julai - Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Kepolisan Am) Bukit Aman, Datuk Amer Awal memulakan tugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak yang baharu hari ini.


Beliau menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang kini menjadi Ketua Polis Selangor bermula 7 Julai lalu.


Majlis serah terima tugas antara Amer dan Mazlan disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE


utusan

Last edited:
Sponsored Post

abah5851

Active+ Member
Joined
Dec 5, 2014
Messages
2,726
Reaction score
220
Points
43
Ketua Polis Johor byk ke Bukit Aman...baru tukar dah kena ke Bukit Aman...
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,943
Reaction score
657
Points
81
tau tak apa tujuan PDRM umum ni?

supaya tokey2 haram senang nak kawtim nanti. nak cari pun senang. hehe
 

pemain

Active+ Member
Joined
Jul 10, 2008
Messages
2,636
Reaction score
404
Points
51
tau tak apa tujuan PDRM umum ni?

supaya tokey2 haram senang nak kawtim nanti. nak cari pun senang. hehe

perlu diumumkan kepada public bila pertukaran jawatan kanan bagi kakitangan awam.
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
15,887
Reaction score
759
Points
171
tau tak apa tujuan PDRM umum ni?

supaya tokey2 haram senang nak kawtim nanti. nak cari pun senang. hehe

betoi ke pitnah ni? sumber? :))
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,496
Reaction score
741
Points
121
tak faham aku...yg problem semua hantar ke bukit aman...last2 semua kt bukit aman problem2...lagi lingkup
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,943
Reaction score
657
Points
81
perlu diumumkan kepada public bila pertukaran jawatan kanan bagi kakitangan awam.

ye ke? :D

imigresen tak umum pun. kastam pun tak umum. apatah lagi penjara.
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,957
Reaction score
1,341
Points
201
tau tak apa tujuan PDRM umum ni?

supaya tokey2 haram senang nak kawtim nanti. nak cari pun senang. hehe

tokey2 besar maybe dah diberitau awal melalui surat rasmi siap S.K tunjuk lg...:))
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,494
Reaction score
2,571
Points
201
Semalam KP Johor lunch kat botak asam pedas pastu masuk spore
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register