Rombakan besar-besaran dalam PDRM - KPN

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
PDRM umum pertukaran 6 pegawai kanan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran enam pegawai kanannya yang berkuat kuasa hari ini.

Dalam kenyataannya semalam, Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad, berkata pertukaran itu antaranya membabitkan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis yang dilantik sebagai Pegawai Turus Kepolisan Komuniti Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Selangor.

Pertukaran lain membabitkan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat menggantikan Superintendan Syed Basri Syed Ali selaku Ketua Polis Daerah Baling, sementara Syed Basri dilantik sebagai Pegawai Turus Operasi Darat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah.

Selain itu, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Petaling Jaya DSP Zaiham Mohd Kahar pula dilantik Ketua Polis Daerah Bentong dengan memangku pangkat Superintendan.

Asmawati berkata, turut terbabit ialah Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang yang ditukarkan ke Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan di negeri sama.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang dilantik mengetuai jabatan itu dengan memangku pangkat Superintendan, katanya. – BERNAMA
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,047
Reaction score
153
Points
33
Fitnah polis dengan manipulasi kenyataan KPN

igp-palsu.jpg


PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia menyelar tindakan pihak tertentu yang menyebarkan mesej berunsur fitnah terhadap polis dengan mengaitkan kenyataan pucuk utama pimpinan itu berhubung isu rombakan pegawai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya mengesan laporan berita sebuah portal tempatan dimanipulasi dengan berniat jahat bagi menjatuhkan kredibiliti pasukan beruniform itu.

“Berdasarkan laporan bertajuk rombakan di Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kerana ada polis bersekongkol dengan sindiket itu tidak benar dan bercanggah dengan kenyataan asal saya.

“Tindakan pihak tersebut jelas sekali tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap pegawai polis malah ia turut memberi gambaran negatif terhadap laporan portal berkenaan yang mengeluarkan berita sahih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan satu jawatankuasa khas dibentuk oleh Jabatan Pengurusan Bukit Aman untuk menyaring semua pegawai dan anggota yang bakal ditempatkan di Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Saringan itu bertujuan memastikan setiap pegawai dan anggota yang bakal ditempatkan di bahagian yang mudah terdedah kepada unsur penyelewengan membabitkan rasuah, mempunyai integriti yang tinggi sebelum layak untuk bertugas di bahagian berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya kini dalam proses menukarkan segelintir pegawai dan anggota dari D7 dan Narkotik yang disyaki mengambil kesempatan daripada sindiket tertentu atau penjenayah yang menjalankan kegiatan perjudian dan dadah.


== Kosmo online
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
PDRM umum pertukaran jawatan 10 pegawai kanan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan 10 pegawai kanan, termasuk Urus Setia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Ibrahim Saad, berkuat kuasa 28 Disember depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad, berkata jawatan baharu Ibrahim ialah Timbalan Ketua Pengarah Agensi Keselamatan Sempadan, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Pertukaran lain membabitkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid yang akan dilantik menjadi Ketua Staf Pasukan Siasatan Khas/Teknikal, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Kementerian Dalam Negeri.

"Jawatan Nik Ros Azhan akan digantikan oleh Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff, dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim akan dilantik sebagai Senior Asisten Komisioner (Perisikan/Siasatan Khas) cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Asmawati berkata, Penolong Pengarah Pengurusan Urus Setia Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Shukri Ismail akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Urus Setia (Teknologi) Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Johor, Superintendan Ismail Dollah pula akan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Batu Pahat dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Seterusnya, Timbalan Komandan PULAPOL Langkawi, Superintendan Mohd Junaidi Mat Akhir akan dilantik sebagai Komandan PULAPOL, Kedah, dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Asmawati berkata, pertukaran turut membabitkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin yang akan dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

"Pegawai Turus Perolehan Am, Cawangan Perolehan Bahagian Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Superintendan Rose Baini Kasim akan dilantik menjadi Penolong Pengarah Pengurusan, Urus Setia Jabatan Pengurusan Bukit Aman, dengan memangku pangkat Asisten Komisioner," katanya.

Pegawai Turus E8F, Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Shariman Ashari pula bakal memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Langkawi dengan memangku pangkat Asisten Komisioner. – BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register