Rombakan besar-besaran dalam PDRM - KPN

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
PDRM umum 6 pertukaran pegawai kanan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran jawatan enam pegawai kanannya berkuat kuasa pada 21 September depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, berkata pertukaran itu membabitkan Ketua Polis Daerah Kluang, Johor, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Abduh Ismail yang dilantik sebagai Komander Briged Sabah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Kinarut, Sabah.

Superintendan (SUPT) E2C2 Cawangan Khas Bukit Aman, Nur Azlin Lim Wee Lin ditukar ke jawatan Pegawai Turus E3F Cawangan Khas Bukit Aman.

"Ketua Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan, SUPT Mohd Khairiel Mohd Arif akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) Pulau Pinang.

"Pegawai Turus Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Johor, SUPT Low Hang Seng akan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Asmawati berkata, Penolong Pengarah (Pengurusan Fasiliti) Cawangan Pengurusan Fasiliti Bahagian Fasiliti/Bekalan/Aset, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, SUPT Basri Abu Bakar akan dilantik Penolong Pengarah (Telekomunikasi) Cawangan Telekomunikasi dan Sistem Maklumat, Bahagian Teknikal/Operasi, Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah (Kawalan Lalulintas) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, SUPT Gan Chip Pho ditukar Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Pahang.

Mohd Abduh akan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) manakala lima pegawai kanan lagi akan pangku ACP.
 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
tukat_1599535674.jpg

Mazlan (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Saiful Azly di Kuala Lumpur. - Foto NSTP/MUSTAFFA KAMAL

Datuk Saiful Azly dilantik Ketua Polis KL

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Saiful Azly dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa, hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim, yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya.

Zamri berkata, kepercayaan diberikan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada Saiful Azly bagi menggalas jawatan itu dapat membantu Kuala Lumpur menjadi Bandar Raya Selamat.

"Saya yakin Datuk Saiful Azly mampu dan akan menjadikan bandar raya Kuala Lumpur terus aman.

"Beliau pegawai yang berdedikasi, berpandangan jauh dan peka dengan situasi semasa.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Mazlan Lazim atas khidmat dan komitmen yang tinggi sejak menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur pada 2017," katanya.
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
PDRM umum pertukaran empat pegawai kanan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran membabitkan empat pegawai kanannya, berkuat kuasa 12 Oktober depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan berkata, pertukaran itu membabitkan Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (Kepolisan Am/Strategik/Siasatan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Zulkafli Sariaat.

Zulkafli akan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) akan memegang jawatan SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan Dan Pembangunan) Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.

Juruiring Kepada Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor ACP Rupiah Abd Wahid pula, bakal memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Johor.

Pertukaran lain membabitkan Pegawai Turus Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Johor Supt Low Hang Seng, yang dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Kluang, Johor dengan memangku pangkat ACP.

Pertukaran itu turut menyaksikan Pegawai Pemerintah Batalion 4 Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, JKDNKA, Semenyih, Selangor Supt Zulafendy Hassan, dilantik menjadi Timbalan Komander PPM (Kepolisan Am/Strategik/ Siasatan), JKDNKA, Bukit Aman, dengan memangku pangkat ACP. – BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan

KUALA LUMPUR: Ketua Unit Siasatan Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman antara tiga pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 23 November ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad, berkata Mohd Fazley akan dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Nilai, Negeri Sembilan.

"Mohd Fazley menggantikan Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar yang akan bertukar ke Superintendan Pengajian Pengurusan Bencana, Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Kuala Lumpur.

"Satu lagi pertukaran menyaksikan Superintendan Sekretariat Tetap Polis ASEAN (ASEANAPOL), Urus Setia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman Superintendan Hoo Chang Hook dilantik ke jawatan Ketua Polis Daerah Jempol, Negeri Sembilan. - BERNAMA
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
34 pegawai kanan PDRM bertukar jawatan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran 34 pegawai kanannya berkuat kuasa 20 November ini.

Antara pegawai kanan yang disenaraikan adalah Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim yang akan bertukar sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Majid Mohd Ali, bakal memegang jawatan sebagai Ketua Polis Melaka.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar pula bertukar ke Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Timbalan Pengarah Risikan/Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Roze Shaari ditukar ke Timbalan Ketua Polis Kedah.

"DCP (Deputi Komisioner) Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Sanusi Sidek bertukar ke Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

"Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Fisol Salleh, pula bertukar ke Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Asmawati berkata, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Mastor Mohd Ariff bertukar ke Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

"Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azmi Abu Kassim pula bakal menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan m/Perjawatan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

"Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Denis Leong Soon Kuai bertukar ke Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

"Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali pula bertukar menyandang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak," katanya.
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,499
Reaction score
529
Points
71
something fishy ja nak umum transfer ni. jabatan lain xda pn bt bgini.
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,259
Reaction score
1,125
Points
201
tanda2 awal pertukara tampuk pemerintahan negara?
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,433
Reaction score
721
Points
121
berapa kali tukar da...

tukar la macam mana pun, kalau perangai sama terbawa2 ke jabatan baru...sama jer kesudahan nanti
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,397
Reaction score
4,281
Points
201
Razali dilantik Ketua Polis Daerah Serdang
865965.jpg

Ismadi (kiri) menyerahkan tongkat kuasa kepada Razali (kanan) pada majlis penyerahan serah terima tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang hari ini.

SERDANG - Penolong Pengarah Kepolisan Am Bahagian Pengurusan Dasar/Sumber, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Asisten Komisioner Razali Abu Samah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Serdang yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan Asisten Komisioner Ismadi Borhan yang mengambil alih jawatannya sebagai Penolong Pengarah Kepolisan Am Bahagian JPJKK, Bukit Aman.

Penyerahan serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang di sini dengan disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin.

Noor Azam berkata, sepanjang tempoh penugasan Ismadi sebagai Ketua Polis Daerah, beliau telah menjalankan tugas dengan penuh komited dan berwibawa.

"Indeks jenayah di daerah ini turut mencatat penurunan 24.1 peratus dari Januari hingga September lalu.

"Antara kejayaan Ismadi ialah menumpaskan sindiket pecah rumah, curi kabel dan curi motosikal," katanya.

Sementara itu, Razali memaklumkan, beliau bersedia menggalas tugas sebagai Ketua Polis Daerah Serdang.

"Saya akan berusaha menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi dan berharap semua warga IPD Serdang dapat memberikan kerjasama untuk membantu mentadbir IPD ini dengan baik," katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...KL/Razali-dilantik-Ketua-Polis-Daerah-Serdang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post
Top
Log in Register