Rombakan besar-besaran dalam PDRM - KPN

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,184
Reaction score
3,175
Points
201
MALAYSIA-QATAR-MEDIA-POLICE-ALJAZEERA_1597223949.jpg

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador

KUALA LUMPUR: Satu rombakan secara besar-besaran, bakal berlaku dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh terdekat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata rombakan itu dilakukan susulan persaraan beberapa pegawai kanan pasukan berkenaan.

Difahamkan, rombakan besar Bukit Aman dijangka berlaku dalam tempoh seminggu dua ini, susulan persaraan yang sedang berlaku ketika ini.

Antara yang bakal bersara dalam tempoh terdekat ini ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, yang dijadualkan bersara wajib mulai Jumaat ini, namun calon penggantinya akan diputuskan kerajaan dalam masa terdekat.

Timbalan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Shukri Abdullah sudah dilantik memangku jawatan sebagai Pengarah susulan persaraan wajib penyandangnya, Datuk Seri Rosli Ab Rahman hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Agensi Kawalan Sempadan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya, Senior Asisten Komisioner (SAC) Dr Zainal Abidin Sabtu, dijadualkan bersara bulan depan.

Manakala Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah, pada Disember ini

Abdul Hamid menegaskan, rombakan itu tidak kaitan dengan isu yang berbangkit di Sungai Buloh ketika ini yang masih dalam siasatan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Katanya, ketika ini, beliau tidak mahu terburu-buru membuat keputusan berhubung isu berkenaan sehingga siasatan JIPS selesai.

"Siasatan JIPS Bukit Aman dilakukan awal lagi, iaitu sebelum perkara ini tular dan setakat ini tiada anggota polis yang ditahan.

"Selepas siasatan selesai, baru kita putuskan apa tindakan yang akan diambil. Beri sedikit masa dan saya beri jaminan tidak akan melengah-lengahkan kes berkenaan," katanya.

 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,184
Reaction score
3,175
Points
201
PDRM umum pertukaran 7 pegawai kanan, kuat kuasa 14 September

KUALA LUMPUR: Ketua Cawangan Khas Johor, SAC Ahmad Ramdzan Daud antara tujuh pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 14 September ini.


Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan Ahmad Ramdzan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP.

Pertukaran lain antaranya membabitkan Penolong Pengarah E7, Cawangan Khas Bukit Aman SAC Aida Abdul Hamid yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E7, Cawangan Khas Bukit Aman.

Ketua Cawangan Khas Kelantan ACP Jalaludin Hamid pula dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Johor bagi menggantikan Ahmad Ramdzan dengan memangku pangkat SAC.

Selain itu, Timbalan Ketua Staff Perisikan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Kementerian Dalam Negeri (KDN) ACP Mat Zaki Md Zain dilantik menjadi Ketua Staf Perisikan, ESSCom KDN dengan memangku pangkat SAC.

Pertukaran lain turut menyaksikan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi), Johor, ACP Kamal Faizul Mohd Zain yang dilantik sebagai Penolong Pengarah Kolaborasi Bersepadu, Bahagian Kepolisan Komuniti, JPJKK, Bukit Aman.

Asmawati berkata Timbalan Ketua JPJKK (Operasi) Pahang ACP Nor Fazid Ahmad dilantik ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Pertukaran lain turut membabitkan Supt Pengajian Pengurusan Bencana, Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Supt Rosli Dahlan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua JPJKK (Operasi), Johor yang memangku pangkat ACP. – BERNAMA
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,370
Reaction score
694
Points
121
berapa kali rombak daaa
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,306
Reaction score
420
Points
91
Rombak tak pernah selesaikan masalah.
Nak selesai masalah, bagi hukuman berat pada anggota/pegawai yang salah laku.
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,497
Reaction score
693
Points
121
ketua polis sg buluh (isu judi yang "tak halal") & ocpd pj (isu kecuaian bertinddak pertahan adib ke?) ke?
 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,184
Reaction score
3,175
Points
201
ACRYL_SANI_ABDULLAH_SANI_1597286424.jpg

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah.

Acryl Sani dilantik pemangku Timbalan KPN

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara.

Pelantikannya itu adalah susulan persaraan wajib Datuk Mazlan Mansor, esok.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor dua tertinggi dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM, di Cheras, dekat sini, pagi ini, disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Acryl Sani berpengalaman luas dalam bidang kepolisan dan pernah mengetuai beberapa jabatan di Bukit Aman, antaranya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Jabatan Sumber Strategik serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Abdul Hamid berkata, PDRM masih menunggu perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung penyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara sebelum mengumumkannya.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
281,072
Reaction score
11,486
Points
2,376
View attachment 270425
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah.

Acryl Sani dilantik pemangku Timbalan KPN

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara.

Pelantikannya itu adalah susulan persaraan wajib Datuk Mazlan Mansor, esok.

Majlis serah terima tugas jawatan nombor dua tertinggi dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM, di Cheras, dekat sini, pagi ini, disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Acryl Sani berpengalaman luas dalam bidang kepolisan dan pernah mengetuai beberapa jabatan di Bukit Aman, antaranya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Jabatan Sumber Strategik serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Abdul Hamid berkata, PDRM masih menunggu perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung penyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara sebelum mengumumkannya.
PDRM | Acryl Sani Dilantik Pemangku Timbalan KPN

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang bersara wajib bermula esok.

 

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
46,184
Reaction score
3,175
Points
201
ABD_RAHIM_JAAFAR_PDRM_1597762982.jpg

Datuk Seri Abd Rahim Jaafar dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang baharu. - Foto NSTP

Abd Rahim Pengarah KDNKA baharu

KUALA LUMPUR: Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar, antara enam pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa, 21 September ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan, hari ini berkata Abd Rahim dilantik sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

Katanya, Abd Rahim menggantikan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, Jumaat lalu.

Beliau berkata, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ramli Din pula dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman.

Selain itu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid dilantik sebagai Pengarah JSJN Bukit Aman menggantikan Ramli.

"Turut ditukarkan adalah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

"Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur bakal digantikan dengan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sekarang, Datuk Saiful Azly Kamaruddin," kata Asmawati.

Jawatan Saiful Azly bakal diisi Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.
 

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
6,927
Reaction score
1,362
Points
151
Tauke da pegang telor ahli politik kita kot :ROFLMAO:
1597844118366.jpeg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register