BTC USD 63,702.5 Gold USD 1,769.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Roll Royce akui enjinnya punca A380 Qantas mendarat cemas

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Roll Royce akui enjinnya punca A380 Qantas mendarat cemas
09/11/2010 2:31am

LONDON 9 Nov. - Insiden pesawat Airbus A380 milik Qantas Airways yang melakukan pendaratan cemas penuh dramatik di Singapura minggu lalu secara “spesifik” disebabkan oleh enjin Trent 900 Rolls Royce, kata pengeluar enjin pesawat udara British itu, semalam.

Rolls Royce dalam satu kenyataan di sini berkata, keputusan siasatan, semakan bersiri dan pemeriksaan telah bersetuju dengan Airbus, pembuat kapal terbang gergasi dan dengan pihak berkuasa penerbangan.

“Rolls Royce telah memahami punca kerosakan enjin pada Trent 900 yang digunakan oleh pesawat A380 Qantas penerbangan Q32 pada 4 November. Kini jelas insiden itu spesifik kepada enjin Trent 900,” kata kenyataan itu.

Syarikat itu juga menegaskan bahawa ini adalah kegagalan pertama bagi satu enjin sivil terbesarnya sejak 1994.

“Kami bekerjasama secara erat dengan Airbus, para pelanggan kami dan pihak berkuasa serta sentiasa menitikberatkan keselamatan sebagai prioriti utama kami,” kata kenyataan itu. - DPA
 
Sponsored Post

husinlempoyang

Super Active Member
Joined
May 18, 2008
Messages
6,232
Reaction score
70
Points
75
Nasib baik mendarat jugak wlaupun pendaratan cemas. Klau masa mendarat tu bkecai? Hurm.. Masak rolls royce. roll
 

vedder9

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Sep 25, 2006
Messages
15,350
Reaction score
123
Points
123
Semua A380 guna enjin ni kan..?
Kalau confirm problem..sure kena ganti enjin baru untuk semua model A380
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register