BTC USD 17,254.5 Gold USD 1,789.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rokok seludup RM 2 juta dirampas 2 suspek ditahan

hiduprakyat

Super Active Member
gem
Messages
8,196
Joined
Dec 6, 2010
Messages
8,196
Reaction score
551
Points
121
ROKOK SELUDUP RM2 JUTA DIRAMPAS, 2 SUSPEK TERMASUK 'TONTO' DITAHAN
FB_IMG_1664092292657.jpg
FB_IMG_1664092294670.jpg
FB_IMG_1664092300787.jpg
FB_IMG_1664092303052.jpg

Kota Tinggi, 25 September 2022 - Polis merampas rokok seludup bernilai hampir RM2 juta selepas menahan sebuah lori di lampu isyarat simpang empat Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata dalam kejadian 1.30 pagi itu, dua lelaki turut ditahan sepasukan polis dari Unit Risikan Pasukan Simpanan Persekutuan dan Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, Bukit Aman.

Katanya, selain pemandu lori berusia lingkungan 40-an, seorang lagi yang ditahan berusia 20-an dipercayai 'tonto' yang memandu kereta jenis Toyota Vios.

Beliau berkata, Toyota Vios itu tiba tidak lama selepas lori dengan muatan rokok itu ditahan dan pemeriksaan lanjut mengesyaki pemandunya itu berperanan sebagai 'tonto'.

Mengulas lanjut, katanya pemeriksaan dalam ruangan belakang lori menemukan 131 kotak besar rokok putih dan 92 kotak besar rokok kretek yang disyaki tiada duti kastam.

"Nilai rampasan rokok RM1,906,100 dan kita percaya semua stok itu diseludup daripada negara luar melalui jalan laut.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2,006,100," katanya dalam satu kenyataan semalam

Sumber: Polis Daerah Kota Tinggi dan Berita Harian Online
 
Sponsored Post

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,844
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
27,844
Reaction score
5,829
Points
481
Awards
1
Tokei mcm biasa masih bebas....org bwh ja kena tahan....tokei upah org lain lg... Semua tu wayang saja hahaha
 

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1
RM2 juta
Masuykkkk
 
Sponsored Post

Top
Log in Register