BTC USD 60,168.2 Gold USD 2,579.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rokok seludup bernilai RM1.5 juta dirampas di Kelantan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,926
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,926
Reaction score
6,423
Points
881
Awards
1
Rokok seludup bernilai RM1.5 juta dirampas di Kelantan

Oleh Siti Rohana Idris
A view of the sea

JAMAL (kiri) menunjukkan sebahagian daripada 9,450 karton rokok jenama tidak sah dianggarkan bernilai RM1.5 juta. FOTO Siti Rohana Idris
Kota Bharu: Sejumlah 9,450 karton rokok seludup dengan anggaran nilai RM1.5 juta termasuk cukai dirampas dalam dua serbuan di Tumpat dan Bachok.

Rampasan dibuat Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Kastam Kota Bharu dan Rantau Panjang Rabu lalu termasuk terhadap dua lori jenis Daihatsu yang digunakan untuk memunggah rokok terbabit.

Pengarah Kastam Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, dalam serbuan pertama di Kampung Chat, Tumpat, pasukan operasi mengesan kenderaan itu pada jam 5.45 pagi.

"Kenderaan itu dipercayai dari pangkalan haram di Pengkalan Kubor mengambil rokok yang diseludup masuk menerusi Sungai Golok.

"Ketika ditahan, pemandunya bagaimanapun melarikan diri ke kawasan gelap dan pemeriksaan lanjut dalam kenderaan itu menemui 99 peti yang mengandungi 4,950 karton rokok jenama tidak sah," katanya dalam sidang media, di pejabat JKDM Kelantan di sini, hari ini.

Serbuan di Kampung Badak, Bachok, pada jam 9.30 malam hari yang sama dan berjaya merampas 90 peti rokok dengan anggaran nilai RM99,000.

Wan Jamal Abdul Salam berkata, semua rokok itu dipercayai diseludup dari jalan laut menggunakan bot laju sebelum dimuatkan dalam lori yang menunggu di jeti.

"Modus operandi yang digunakan dalam dua kes ini adalah membawa masuk rokok itu menerusi jalan air melalui pesisir laut atau sungai dan dimuatkan dalam lori untuk disimpan sebelum diedarkan.

"Semua rokok yang dirampas ini adalah untuk pasaran tempatan dan kita percaya kedua-dua rampasan ini ada kaitan namun siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 masih dijalankan," katanya.

Beliau berkata, rokok diklasifikasi sebagai barang larangan import yang tertakluk di bawah Butiran 66, Jadual Ketiga/Bahagian II Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

Menurutnya lagi, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang dari 10 kali nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar.

"Atau boleh juga dipenjarakan tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama," katanya.

Disiarkan pada: August 7, 2024 @ 1:25pm
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register