BTC USD 61,967.8 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rohingya Kopak Bumbung Rumah, Larikan Barangan Berharga Lebih RM17,000 Di Ampang Jaya

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,898
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,898
Reaction score
6,856
Points
916
Awards
1
14.01.2024 - Seorang lelaki dipercayai warga Rohingya dirakam merompak dan memecah masuk sebuah kediaman di Ampang Jaya, Gombak, Selangor pada Sabtu. Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu, menyaksikan individu berbaju hitam dan berseluar biru tersebut menceroboh masuk melalui bumbung sebelum menggeledah masuk ke dalam bilik untuk mencuri. Tidak dibantu sesiapa, perbuatan itu dilakukan secara sendirian dan pelaku dilihat membawa telefon pintar bersamanya ketika kejadian. Dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV), beberapa barangan berharga seperti jam tangan, telefon pintar dan barang kemas difahamkan telah dilarikan individu berkenaan.

Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Shah, 33, dia dan keluarganya baru sahaja berpindah ke rumah tersebut pada seminggu yang lalu dan sangat bersedih atas insiden yang menimpa dirinya. Jelasnya, dia mengalami kerugian hampir RM17,000 akibat daripada kecurian tersebut dan menggesa agar individu yang mengenali suspek tampil menyalurkan maklumat kepadanya.

"Saya baru sahaja seminggu berpindah ke sini dan dirompak, ramai kata suspek warga Rohingya kalau dilihat pada pemakaian dan susuk wajah dia nampak macam bukan orang tempatan. Barang kemas, wang tunai dan jam tangan antara yang dicuri, kos kerugian saya anggarkan lebih RM17,000 kesemuanya. Saya tahu barang yang hilang tak akan kembali tetapi sekurang-kurangnya pencuri itu dapat ditangkap suapaya tak pecah masuk rumah orang lain pula lepas ini," katanya kepada Majoriti.

Sponsored Post

Keje tak bole
Sekolah tak bole
mintak derma tak bole

Merompak la
Apa lg
Cari mkn maaa

Takde org nak bela

2373429-E-9-B14-467-E-AA98-BAB5-E05-CB338.jpg
 
Rumah dipecah masuk melalui bumbung, peniaga rugi RM9,500​

2498844.jpg

Rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki berada di atas bumbung rumah mangsa. Gambar kecil: Mohd Azam

AMPANG - Pasangan peniaga kerugian RM9,500 apabila rumah mereka di Ampang Jaya di sini, disyaki dipecah masuk penjenayah melalui bumbung pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 10 pagi itu, pengadu telah meninggalkan rumah untuk membantu suaminya berniaga di Jalan Ampang.

"Pengadu kemudian pulang ke rumah pada jam 3 petang dan menyedari ruang tamu berselerak serta pintu bilik utama terkunci dari dalam.

"Apabila pengadu berjaya memasuki bilik tersebut dengan menggunakan kunci pendua, dia mendapati barangan berselerak dan siling terbuka," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohd Azam berkata, pengadu membuat pemeriksaan dan mendapati beberapa barangan berharga telah hilang iaitu beberapa barang kemas anggaran RM7,000 dan wang tunai kira-kira RM2,500.

"Siasatan awal mendapati rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki berada di atas bumbung rumah mangsa dan dipercayai telah pecah masuk ke rumah tersebut melalui bumbung.

"Kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.

serius la cctv kat bumbung..
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register