BTC USD 97,313.6 Gold USD 2,868.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rogol pelajar madrasah: Pelajar kolej dikenakan bon berkelakuan baik

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,445
Top Poster #10
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,445
Reaction score
6,723
Points
881
Awards
1
Rogol pelajar madrasah: Pelajar kolej dikenakan bon berkelakuan baik

NOR FARHANA YAACOB
Ahmad Rasyid (dua dari kiri) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.

MELAKA - Seorang pelajar kolej dilepaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa, selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar madrasah.

Hakim Darmafikri Abu Adam memerintahkan tertuduh, Ahmad Rasyid Ruslan,19, menjalani khidmat masyarakat bagi tempoh 240 jam dalam masa dua tahun dan bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan cagaran sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin untuk tiga tahun.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didapati merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun 20 hari di bilik hotel di Jalan Plaza Mahkota di sini, pada jam 1.30 petang, 12 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Manakala Pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didapati telah melakukan amang seksual terhadap mangsa yang sama pada waktu, lokasi dan tarikh sama dibawah kesalahan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang mana sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan juga sebat.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian mangsa telah meminta tolong tertuduh untuk mendaftarkannya masuk sebuah hotel memandangkan mangsa masih di bawah umur.

Mangsa ke hotel berkenaan kerana dipercayai tidak mahu meneruskan pengajian di sebuah madrasah sebelum mangsa dibawa pulang ke rumah oleh kakaknya.


Bapa mangsa kemudian membawa mangsa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dan hasil soal siasat polis mangsa mengaku telah melakukan hubungan seks dengan tertuduh.

Tertuduh diwakili Peguam Zulkifli Awang merayu hukuman diringankan dengan alasan tertuduh telah insaf dengan kesalahan pertama yang dilakukan dan mahu meneruskan pengajiannya selain membantu menjaga dua adik yang merupakan orang kurang upaya (OKU) terlantar sakit.

Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Sharuddin bagaimanapun memohon tertuduh dikenakan hukuman berat mengambil kira kepentingan awam dan kesalahan seksual merupakan jenayah yang serius.
 
Sponsored Post

Sng plk ea blh lepas mcm tu
aik, kena hukuman berkelakuan baik je ke? pelik pulak...
macam mana dia boleh dpt hukuman ringan mek? pelik ni
Pelaku dh umur 19 tahun. Patut blh kena penjara... ni someting wrong.. sprm patut siasat..



tak pasti mengapa hakim ni bagi hukuman bon berkelakuan baik
pendek kata tak merasa langsung hukuman penjara


mungkin Hakim tengok fakta ni kot
-tertuduh ni boyfriend mangsa
-pastu masa mangsa hamil sehinggalah anak lahir, mangsa dijaga oleh mak tertuduh

biasanya jenayah serius mcm ni jika sabit dikenakan penjara

entahlah



FaKta kes

Berdasarkan fakta kes, tertuduh semasa kejadian berusia 18 tahun telah dihubungi teman wanitanya pada Oktober 2021 agar mengambilnya dari rumah susulan selepas bertengkar dengan ibunya dan mahu melarikan diri dari rumah. Bapa remaja perempuan itu kemudiannya membuat laporan polis.

Siasatan mendapati tertuduh telah membuat hubungan seks beberapa kali di rumah pekerja milik syarikat tertuduh bekerja di Batu 14, Puchong.

Pada bulan Mei tahun lalu, teman wanita memaklumkan telah hamil lima bulan sebelum dijaga ibu tertuduh termasuk mendapatkan rawatan perubatan di klinik swasta sepanjang kehamilannya sebelum melahirkan bayi lelaki di Hospital Selayang pada 16 September tahun lalu.

Tertuduh kemudiannya ditangkap pada 19 September tahun lalu atas kesalahan merogol kanak-kanak perempuan selepas laporan dibuat pegawai perubatan Hospital Selayang.

Pada prosiding tersebut, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) cawangan Shah Alam, Nur Syuhada Ahmad Sayuti ketika membaca laporan sosial tertuduh memaklumkan tertuduh tinggal ibu dan bapa tiri selepas penceraian terdahulu ibunya pada 2016.

“Penama (tertuduh) berhenti sekolah semasa tingkatan tiga kerana tidak minat untuk meneruskan sesi persekolahan lagi. Selain itu, tidak pernah terlibat dalam dadah dan alkohol.

“Keluarga mangsa tidak mahu menerima remaja lelaki itu walaupun bersedia bertanggungjawab. Remaja lelaki tersebut juga memberikan wang bulanan secara rahsia untuk keperluan bayinya,” ujarnya.

Sementara itu, tertuduh yang tidak wakili peguam menyatakan kekesalan dan keinsafannya serta tidak akan mengulangi perbuatannya selain perlu menanggung ibu, bapa tirinya yang sakit dan anaknya dengan pendapatan RM70 sehari sebagai buruh binaan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faraheen Yahya bagaimanapun menegaskan dalam kes seksual, hukuman paling sesuai adalah berbentuk pengajaran dan hukuman berbentuk pemulihan tidak sesuai sebab bertentangan dengan kepentingan awam. -KOSMO!ONLINE

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register