Rogol, liwat mayat

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SAYA suka dan sayangkan syaitan!” kata lelaki bernama Ricardo Munoz Ramirez, 46, yang sanggup bertindak kejam ke atas ramai mangsanya.

Akibat terlalu taksub dan fanatik dengan makhluk itu, 14 orang menjadi mangsanya kurang dua tahun dia terbabit dalam jenayah kejam yang bermula Jun 1984 hingga Ogos 1985.


Mangsanya adalah lelaki dan wanita serta warga emas. Mereka tidak hanya dipukul, diliwat dan dirogol, tetapi dibunuh kejam dengan cara ditikam, leher dikelar dan mayat dikerat beberapa bahagian. Ada juga laporan menyatakan buah dada mangsa dikerat dan mata dicungkil.

Kekejaman itu didakwa ada kaitan dengan pengaruh ‘semangat syaitan’ di dalam diri lelaki berasal dari Texas, Amerika Syarikat (AS) itu. Setiap kali melakukan pembunuhan, Ramirez seolah-olah dirasuk dan hilang pertimbangan.

Selain membunuh, Ramirez melakukan puluhan kes jenayah rompakan, sama ada membabitkan individu atau berkumpulan. Kesempatan melakukan jenayah itu digunakan lelaki berkenaan untuk meliwat atau merogol mangsa meskipun mereka tidak bernyawa.

Yang pasti, sepanjang terbabit jenayah, Ramirez lebih suka melakukannya pada waktu malam sehingga akhbar di AS memberi gelaran kepadanya ‘The Night Stalker’ atau Pemburu Malam.

Pada 28 Jun 1984, warga emas berusia 79 tahun, Jennie Vincow dari Glassell Park, Los Angeles (LA) dibunuh kejam. Pada awalnya, Ramirez berhasrat merompak rumah Jennie, namun apabila gagal mendapat barang berharga, wanita itu menjadi sasaran.

Jennie yang nyenyak tidur bersendirian, ditikam berulang kali, lehernya dikelar, malah sebelum meninggalkan tempat kejadian, dia merogol wanita itu yang sudah menjadi mayat.

Selepas kejadian itu, Ramirez menyepi hampir sembilan bulan sebelum mengganas semula. Pada 17 Mac 1985, dua rakan serumah menjadi sasaran. Lelaki itu menceroboh rumah didiami Maria Hernandez, 22, dan Dayle Okazaki, 34 di Rosemead.

Dengan berpakaian serba hitam dan bertopi, Ramirez langsung tidak memberi amaran, malah terus menembak Dayle di kepalanya. Bagaimanapun, Maria terselamat kerana kunci dipegangnya menghalang peluru menembusi mukanya selepas dia menekup muka dengan tangan.

Empat hari kemudian atau pada 21 Mac 1985, Ramirez menahan pemandu wanita dikenali sebagai Tsia Lian Yu berdekatan taman rekreasi Monterey. Belum sempat wanita itu berkata apa-apa, dia ditarik dan terus ditembak dua kali di bahagian dada yang menjadi punca kematiannya.

Lima hari selepas itu, pasangan suami isteri, Vincent, 64, dan Maxine Zazzara, 44, menjadi mangsa. Kedua-duanya mati ditikam di rumah mereka, namun Maxine dilaporkan mengalami kecederaan mengerikan selepas ditikam di muka, leher, dada malah matanya dicungkil. Buah dadanya dikerat dan ujian autopsi mendapati dia diliwat selepas menemui ajal.

Pada 15 April 1985 atau dua minggu selepas kematian Vincent, pasangan suami isteri, William, 66, dan Lillian Doi, 63, ‘dikejutkan’ dengan kehadiran tetamu tidak diundang.

William ditembak yang mengenai bibir dan kerongkongnya, manakala isterinya dirogol selepas Ramirez mengambil barangan berharga pasangan warga emas itu.

Pada 29 Mei 1985, dua beradik tiri, Malvia Keller, 83, dan Blanche Wolfe, 80, menjadi mangsa. Malvia bernasib malang apabila menjadi pemuas nafsu Ramirez sehingga maut, manakala Blanche bernasib baik meskipun cedera di kepala selepas diketuk menggunakan tukul besi.

Sehari selepas itu, ibu berusia 41 tahun, Ruth Wilson bernasib malang. Sudahlah rantai berlian dan cincin emasnya terpaksa diserahkan kepada Ramirez, dia dirogol selepas diikat di katil tetapi tidak dicederakan.

Mary Louise Cannon yang berusia 75 tahun juga antara mangsa kejam Ramirez. Rumahnya dipecah masuk pada 2 Julai 1985, namun kegagalan lelaki itu mendapatkan barang berharga menyebabkan mangsa dipukul, malah disembelih sehingga lehernya hampir putus.

Selain mangsa terbabit, ramai lagi menjadi sasaran Ramirez. Antaranya pelajar Sekolah Tinggi La Canada, Whitney Bennett, 16, selain individu lain seperti Joyce Lucille Nelson, 61, dan Sophie Dickman, 63 tahun.

Antara pasangan yang menjadi mangsa ialah Lela dan Max Kneiding, 66; Peter, 66, dan Barbara Pan, 64; Elyas, 35, dan Sakina Abowath, 29 tahun.

Berdasarkan laporan, jenayah dilakukan Ramirez turut dipengaruhi sepupunya yang dikenali dengan nama Mike, bekas tentera yang pernah berkhidmat di Vietnam.

Mike ada menunjukkan Ramirez bagaimana dia mendera dan membunuh wanita Vietnam, termasuk menembak dan mengerat mayat mangsa hingga ke kecederaan maksimum.

Malah, Mike turut menunjuk contoh kekejamannya itu dengan membunuh isterinya di depan Ramirez yang ketika itu berusia 12 tahun.

Sejak kejadian itu, Ramirez mula berubah sikap, ponteng sekolah, menghisap rokok dan mengambil dadah. Akibatnya, dia dibuang sekolah ketika menuntut di Sekolah Tinggi Jefferson, di Texas.

Sejak terbabit dengan jenayah rogol dan membunuh pada Jun 1984, Ramirez bernasib baik kerana pihak berkuasa tidak menemui bukti mencukupi untuk menahannya, namun dalam satu kes jenayah pada 24 Ogos 1985, ia hari penamat kepada keganasan lelaki itu.

Pada hari itu, Ramirez yang sanggup memandu 20 kilometer ke selatan LA, mensasar kediaman pasangan kekasih, Bill Carns, 29, dan Inez Erickson, 27.

Selepas memasuki rumah pasangan itu, Ramirez menembak Carns di kepala sehingga mati sebelum memaksa Inez melakukan seks oral. Sebelum itu, Ramirez berkata kepada Inez, dia suka dan sayangkan syaitan. Inez kemudian diikat dan dirogol.

Ketika itu, jiran pasangan terbabit, seorang remaja ternampak seorang lelaki menaiki kereta jenis Toyota yang diletak berhampiran rumah Carns. Remaja itu mengesyaki sesuatu berlaku apabila melihat lelaki terbabit dalam keadaan tergesa-gesa.

Dia sempat mengambil nombor pendaftaran kereta sebelum diserahkan kepada polis selepas kes rompakan di rumah Carns dilaporkan. Polis yang menjalankan siasatan mendapati kereta itu kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Chinatown, LA.

Selepas 24 jam menjalankan operasi, pihak berkuasa mengesan kenderaan terbabit di Rampart, LA. Siasatan menemui kesan cap jari pada cermin kereta itu dan hasil pemeriksaan berjaya mengenal pasti suspek sebagai Ricardo Munoz Ramirez.

Polis mengedarkan foto kepada media untuk mengesan suspek dan pada 31 Ogos 1985, dia ditahan selepas keluar dari rumah adiknya di Tucson, Arizona.

Penahanan itu menyaksikan Ramirez menjadi tumpuan media cetak dan elektronik, sekali gus menjadi berita utama keesokan hari.

Kes Ramirez dilaporkan antara kes paling rumit dan menjalani perbicaraan dalam tempoh panjang disebabkan kesukaran mendapatkan saksi dan bukti meskipun ramai menjadi mangsa.

Dalam proses pengumpulan bukti, lebih 100 saksi dipanggil, malah pihak berkuasa terpaksa membuat senarai pendek daripada 1,600 juri bagi memastikan kes itu diadili dengan baik.

Pada 22 Julai 1988, Ramirez dihadapkan ke mahkamah atas 14 tuduhan jenayah bunuh dan 31 tuduhan lain seperti kes rompakan, cabul, rogol dan mencuri.

Menariknya, meskipun didakwa atas pelbagai tuduhan dan jenayah berat, Ramirez ada peminat fanatik yang juga pengarang sebuah majalah, Doreen Lioy.

Doreen, 41, yang mengutus 75 surat kepada Ramirez sejak dia dibicarakan terpikat dengan wajah kacak lelaki itu dan bagi membuktikan kesetiaannya, mereka berkahwin di bilik menunggu penjara San Quentin pada 3 Oktober 1996.

Dalam perbicaraan, mahkamah pada 20 September 1989 mendapati Ramirez bersalah atas semua 13 tuduhan bunuh, lima cubaan bunuh, 11 kesalahan jenayah seksual dan 14 kes rompakan, sekali gus dijatuhi hukuman mati.

Begitupun, Ramirez membuat rayuan pengurangan hukuman itu, namun pada 7 Ogos 2006 mahkamah menolak rayuan itu, sekali gus kekal dengan hukumannya.

INFO

NAMA: Ricardo Munoz Ramirez

GELARAN: The Night Stalker (Pemburu malam)

USIA: 46 tahun (pada 2006)

LAHIR: 29 Februari 1960 di El Paso, Texas, Amerika Syarikat

KES: Dalam kejadian bermula 28 Jun 1984 hingga 24 Ogos 1985, Ramirez membunuh 14 orang dengan cara memukul, menikam dan menembak mereka, selain meliwat dan merogol

HUKUMAN: Pada 20 September 1989, Ramirez didapati bersalah atas 13 tuduhan bunuh, 5 tuduhan cubaan bunuh, 11 jenayah seksual dan 14 kes rompakan, sekali gus dijatuhi hukuman mati di penjara San Quentin State, California

Memang setan
 
Sponsored Post

JaMeQ

Legendary Member
Platinum Member
Joined
May 15, 2007
Messages
16,164
Reaction score
102
Points
123
aktif tul dukun lintah pagi2 ni buukak tread
 

sky

Fun Poster
Joined
Mar 8, 2007
Messages
993
Reaction score
57
Points
20
sepatutnya diberikan hukuman mati yg 'special' daripada penjenayah lain. cthnya utk setiap sebulan potong satu jari.. sampai xde dah jari tangan kaki, pastu tlinge ngan idong pastu korek sebelah bijik mate, pastu sblah gi dan mcm2 lagi lah ikut kreativiti masing2 sampai la dia kojol. ala2 'killing me softly' gitu..

* ni bukan pengalaman sebenar aku tau, dlm game je.. :D
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
sepatutnya diberikan hukuman mati yg 'special' daripada penjenayah lain. cthnya utk setiap sebulan potong satu jari.. sampai xde dah jari tangan kaki, pastu tlinge ngan idong pastu korek sebelah bijik mate, pastu sblah gi dan mcm2 lagi lah ikut kreativiti masing2 sampai la dia kojol. ala2 'killing me softly' gitu..

* ni bukan pengalaman sebenar aku tau, dlm game je.. :D
agak bernas cadangan ini.....

elok dibawa ke atas untuk dilaksanakan....:D
 

amira88

Legendary Member
Joined
Mar 5, 2008
Messages
12,032
Reaction score
12
Points
115
kejam giler binatang nihhh
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
tuh la pasal....

tajuk bukan main lagik......
Dah jalan cerita dia lagu tu...aik...buat ler cerita ikan ker...cerita burung terbang ker...~X(
 
Sponsored Post
Top
Log in Register