BTC USD 20,985.3 Gold USD 1,747.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rogol bawah Umur sebat 22 kali penjara 28 tahun

ayiem676

Active+ Member
Messages
4,515
Joined
May 12, 2011
Messages
4,515
Reaction score
310
Points
56
61656573503_lelakirogolkanak.jpg


TAWAU: Angkara merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, seorang lelaki menerima akibatnya apabila dijatuhi hukuman 28 tahun penjara dan 22 sebatan hari ini.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh Mohamad Tahir Abraham, 22, yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah merogol mangsa pada 6 April 2021, di satu kawasan semak samun di hadapan rumah mangsa bertempat di Kampung Tampi-Tampi dalam daerah Semporna.

Mangsa juga telah ditumbuk, ditampar, dicekik di beberapa bahagian tubuh sehingga menyebabkan dia pengsan lalu tertuduh merogol sebelum meninggalkan kanak-kanak itu di lokasi kejadian.
Laporan polis dibuat oleh nenek mangsa keesokan harinya setelah penduduk kampung menemui cucunya yang hilang semalaman di lokasi tersebut.

Hasil daripada siasatan lanjut, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah telah berjaya menahan tertuduh keesokan harinya.

Hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat koyakan baharu pada kemaluan, kecederaan lebam pada mata, muka, patah pada tulang selangka dan patah gigi, impak dari tumbukan tertuduh.

Kes telah disiasat mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan 326 Kanun Keseksaan.

41484054727_sebathukumangeneric (1).jpg
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,871
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
28,871
Reaction score
3,861
Points
261
Awards
1
Pakai nama nabi
Mohamad kene sebat
Suatu penghinaan di situ

Diyat mana diayat hehhe
 
Sponsored Post

Top
Log in Register