BTC USD 102,740 Gold USD 2,711.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rogol amah, ahli perniagaan dibenar semak hukuman penjara 12 tahun

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,177
Top Poster #9
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,177
Reaction score
6,705
Points
881
Awards
1
Rogol amah, ahli perniagaan dibenar semak hukuman penjara 12 tahun

Sufian Sulaiman, 50, sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan atas tuduhan itu.

Bernama15 Oct 2024, 05:38 PM
Court of Appeal
Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan ahli perniagaan, Sufian Sulaiman, 50, untuk menyemak semula hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan terhadapnya kerana merogol pembantu rumah warga Indonesia.
PUTRAJAYA:
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan untuk menyemak semula keputusan hukuman penjara 12 tahun dan lima sebatan yang dijatuhkan terhadapnya kerana merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, pada 2016.

Penel tiga hakim diketuai Che Mohd Ruzima Ghazali dalam keputusan sebulat suara membenarkan permohonan dikemukakan Sufian Sulaiman, 50, selaku pemohon terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 27 Julai 2023.

“Setelah kami meneliti hujahan pihak-pihak, kami memutuskan bahawa permohonan pihak pemohon bagi menyemak semula keputusan panel Mahkamah Rayuan terdahulu berjaya membangkitkan hal keadaan khas bagi mewajarkan kebenaran kepada permohonan oleh pemohon.

Oleh itu, mahkamah membenarkan permohonan ini,
kata Hakim Che Mohd Ruzima yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan Lim Chong Fong dan Hakim Mahkamah Tinggi Noorin Badaruddin.

Che Mohd Ruzima kemudian menetapkan 30 Okt ini untuk pengurusan kes.

Pada 27 Julai 2023, panel hakim Mahkamah Rayuan berlainan membenarkan rayuan Sufian untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 14 kepada 12 tahun dengan lima sebatan kerana merogol pembantu rumahnya.

Pada 18 Mei 2018, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan lima sebatan terhadap Sufian, selepas didapati bersalah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 19 tahun ketika itu di sebuah rumah di Cheras, Kuala Lumpur, antara jam 3 dan 4 pagi pada Julai, 2016.

Keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Ogos 2020.

Terdahulu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Sufian berkata bahawa Mahkamah Rayuan berhak mengarahkan semakan dilakukan apabila suatu ketidakadilan didedahkan.

“Ini adalah kes yang jelas di mana pemohon telah mengalami ketidakadilan. Satu-satunya remedi yang ada ialah mahkamah ini campur tangan, mengetepikan keputusan awalnya dan memerintahkan pendengaran semula rayuan di hadapan panel hakim baharu.

Beliau tidak menerima apa yang undang-undang nyatakan beliau patut dapat. Sabitannya tidak mengikut undang-undang,
kata peguam itu.

Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang berkata tidak timbul isu berlaku ketidakadilan dan prejudis terhadap pemohon, kerana kes itu telah didengar di tiga mahkamah iaitu Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
 
Back
Top
Log in Register