BTC USD 19,271.4 Gold USD 1,668.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rockstar Di Godam, Puluhan Video GTA 6 Tertiris, Kod Sumber Mungkin Di Sebarkan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,554
Reaction score
4,607
Points
296
Awards
1
Semalam sehingga 90 video yang didakwa adalah dari permainan video GTA VI telah tertiris ke arena web memberikan peminat siri ini pandangan pertama permainan yang amat dinantikan kemunculannya. Di peringkat awal tidak diketahui siapakah yang meniriskan jumlah video yang besar tetapi kini ia disahkan berjaya dicuri oleh sekumpulan penggodam.

Penggodam yang turut terlibat meniriskan maklumat pengguna Uber sebelum ini berkata mereka mungkin akan meniriskan juga kod sumber untuk GTA V dan GTAV VI serta pelbagai lagi aset. Saiz file yang ditiriskan adalah sekitar 3GB dengan kebanyakannya menunjukkan permainan peringkat awal pembangunan. Ia turut mengesahkan ura-ura GTA VI akan kembali ke Vice City dan juga watak utama wanita yang boleh dikawal oleh pemain. Kesahihan video yang tertiris ini telah disahkan sendiri oleh Jason Schreier menerusi ciapan beliau semalam.

GTA-6-950x535.jpg.webp


Video-video yang tertiris telah dikongsi ke YouTube, Twitter dan pelbagai lagi media sosial. Tetapi ketika artikel ini ditulis majoritinya tekah dipadam selepas menerima notis Take 2 Interactive sebagai penerbit siri GTA.

Rockstar masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden ini tetapi pembangunan permainan pastinya akan terjejas seperti yang berlaku kepada Cyberpunk 2077 dan The Last of Us 2 yang pelancarannya ditangguhkan selepas syarikat pembangunan telah digodam dengan maklumat permainan ditiriskan kepada umum.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register