akecema
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,963
Paid Membership
- Joined
- Jan 26, 2007
- Messages
- 28,963
- Reaction score
- 5,037
- Points
- 486
- Awards
- 1
KUALA SELANGOR - Rayuan lebih 300 peneroka Hutan Simpan Raja Musa, Batang Berjuntai di sini agar kerajaan negeri tidak merobohkan pondok dan memusnahkan tanaman kontan mereka ternyata tidak dilayan.
Sebaliknya, sebanyak dua buah rumah kediaman sementara, 22 pondok dan dua reban ayam telah dimusnahkan dalam operasi meroboh yang dijalankan di kawasan terlibat di sini pada pagi semalam.
Operasi bermula pukul 9 pagi hingga petang itu membabitkan 263 anggota dan pegawai penguat kuasa pelbagai jabatan termasuk Jabatan Perhutanan Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor, polis dan Imigresen.
Jika sebelum ini, operasi yang sama pernah dilakukan pada 20 dan 27 Mei lalu dikatakan mendapat tentangan hebat daripada sebilangan peneroka, tetapi situasi kali ini berjalan dalam keadaan aman dan tanpa sebarang bantahan fizikal.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Peneroka Hutan Simpan Raja Musa, Idris Jaafar ketika ditemui pemberita di luar kawasan operasi mendakwa, pihaknya amat kecewa dengan tindakan kerajaan negeri itu.
"Bayangkan, kami sudah terokai hutan ini hampir 10 tahun lalu dan sudah beberapa kali buat permohonan kebenaran mengusaha tanah dipohon sehingga mendapat permit Kelas E," ujarnya yang mahu kerajaan negeri bersikap lebih prihatin dengan golongan peneroka.
Ingat BN je yg mcm tu rupanya PR pun sama gak???
Mane2 yg marah BN roboh rumah haritu mai la marah lagi