RM60,000 lesap ditipu Awang Hitam

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Kerana teruja untuk mendapatkan wang secara mudah, seorang wanita kerugian RM60,000 apabila ditipu Awang Hitam yang kononnya berjanji akan menggandakan wang terbabit dengan mencelup ke dalam cecair hikmat.

Wanita terbabit yang juga seorang pengurus di sebuah syarikat pada mulanya berkenalan dengan seorang lelaki warga Afrika berkenaan sejak Jun lalu.

Difahamkan, lelaki terbabit seorang pelajar di sebuah kolej swasta di ibu kota dan sejak itu mangsa sering berhubungan dengannya melalui telefon.

Menurut sumber, pada 14 Disember lalu, mangsa dihubungi lelaki terbabit yang memberitahu dia kini menjalankan perniagaan dan bertanya kepada wanita berkenaan sama ada mangsa berminat berkongsi dengannya.

“Wanita itu bersetuju dan mahu melihat bentuk perniagaan yang ditawarkan sebelum lelaki terbabit berjanji akan datang ke rumahnya untuk menunjukkan cara perniagaan terbabit beroperasi.

“Tiba hari dijanjikan, lelaki itu tiba ke rumah mangsa dan mula menunjukkan bagaimana menukarkan wang RM50 menjadi tiga kali ganda membuatkan wanita itu terkejut,” katanya.

Sumber itu berkata, lelaki berkenaan memberitahu itulah perniagaan yang dilakukannya dan mula memujuk mangsa melabur dalam perniagaan terbabit.

“Beberapa hari selepas itu, mangsa menghubungi lelaki terbabit dan menyatakan bersetuju membuat pelaburan dan meminta lelaki berkenaan datang ke rumahnya.

“Lelaki terbabit datang kembali ke rumah mangsa Khamis lalu dengan membawa cecair terbabit dan turut memproses wang berkenaan kononnya untuk menggandakannya,” katanya.

Sumber itu berkata, wang terbabit direndam ke dalam cecair itu dan memberitahu, mangsa akan memperoleh keuntungan tiga kali ganda selepas semua proses terbabit selesai.

“Tidak berapa lama kemudian, lelaki itu membungkus wang yang direndam sebelum menyerahkannya kepada mangsa dan berjanji akan datang semula untuk proses menukarkan wang itu keesokan harinya.

“Mangsa tidak mengesyaki apa-apa kerana menganggap lelaki terbabit sudah menyerahkan semua wang miliknya,” katanya.

Menurutnya, keesokannya mangsa menghubungi lelaki terbabit, namun tidak dijawab membuatkan dia mula curiga.

“Mangsa tergerak hati membuka bungkusan berkenaan dan dia terkejut apabila mendapati wang yang kononnya digandakan sebenarnya itu hanyalah sekeping kertas biasa,” katanya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis kerana berasa tertipu dengan helah lelaki berkenaan.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,274
Reaction score
21,044
Points
1,671
asik kena tipu jla..
 

zkry

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 12, 2007
Messages
6,718
Reaction score
109
Points
78
Adehh...Pengurus pun boleh tertipu...
inikan pulak kita nihh orang kampung...

:-?:-?:eek:
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Baru semalam aku sempat baca teknik nie siap gambar kat Maybank Kajang
 

zkry

Super Active Member
Platinum Member
Joined
May 12, 2007
Messages
6,718
Reaction score
109
Points
78
Baru semalam aku sempat baca teknik nie siap gambar kat Maybank Kajang
Ko jangan tipu orang pulak udah lerr, guna teknik ni...:)):))
terutama sekali aku nii...
 

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,036
Reaction score
228
Points
133
kes macam ni pon ader..tamak punya pasal..
 

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
fuhhhhhhhhhhhhhhh

best ni dapat ganda duit............
 

mimie813

Super Active Member
Joined
Nov 26, 2009
Messages
6,534
Reaction score
290
Points
81
hish...bhaya tul lah warga hitam nie....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register