BTC USD 60,594.6 Gold USD 1,800.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM50,000 menanti pemenang pertandingan memancing

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
319,240
Reaction score
15,749
Points
2,376
SERDANG: Hadiah keseluruhan bernilai hampir RM50,000 menanti pemenang pertandingan memancing sempena pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA International 2010) di Kolam Maeps, di sini Ahad ini.

Pertandingan anjuran Jabatan Perikanan Malaysia turut mendapat kerjasama Maeps Management Sdn Bhd dan dikendalikan Wakjali Event Management selaku pengurus acara.

Juara bakal membawa pulang RM25,000, tempat kedua RM10,000 dan RM5,000 untuk tempat ketiga. Tempat keempat membawa pulang RM1,000 dan tempat kelima RM500.

Selain itu pemenang tempat keenam hingga ke-10 masing-masing menerima RM250 dan ke-11 hingga 20 menerima RM150. Pertandingan dengan yuran penyertaan RM70 untuk satu joran turut menyediakan 30 hadiah cabutan bertuah kepada peserta serta 500 baju-T untuk peserta mendaftar awal. Sempena pertandingan itu , Pengarah Jabatan Pengurusan Maklumat Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia, Salehan Lamin melepaskan satu tan ikan ke Kolam Maeps.

Hadir sama Ketua Cawangan Komunikasi Korporat Jabatan Perikanan Malaysia, Zaki Mokri dan Pengarah Urusan Wakjali Event, Md Zali Kasran.

Salehan berkata, pertandingan memancing itu diadakan bagi memeriahkan pameran MAHA International 2010 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di lokasi sama, bermula 26 November lalu.

”Majlis pelepasan ikan ini dibuat sebagai tambahan kepada stok ikan sedia ada di Kolam Maeps. Sejak dua tahun lalu, pelbagai spesies ikan dilepaskan dengan ikan terbesar patin seberat 13.85 kilogram,” katanya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 013-6322137, 016-2937741 dan 013-3838655. Kaunter pendaftaran dibuka setiap hari di Laman Perikanan Maeps dari jam 12 tengah hari hingga 6 petang.

myMetro
 

CG Sponsors




Top
Log in Register