BTC USD 61,416.0 Gold USD 4,300.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM5 seorang, makan hingga puas

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SEKAYU - Orang ramai khususnya penggemar buah-buahan tempatan kini boleh nikmati pelbagai jenis buah di Taman Pertanian Negeri Sekayu (TPNS), di sini, sepanjang musim buah kali ini melalui promosi ‘RM5 seorang, makan hingga puas’ yang bermula minggu ini.

Pengurus TPNS, Mohd Amran Awang berkata, ia adalah kesinambungan promosi sewaktu musim buah pada tahun-tahun sebelum ini yang bertujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke destinasi pelancongan tersebut.

Menurutnya, sempena musim buah kali ini, pihak TPNS tidak ketinggalan untuk meneruskan promosi ‘RM5 seorang, makan sehingga puas’ kepada pengunjung dan ia bermula minggu ini.

“Bagaimanapun, buat masa ini hanya durian serta rambutan masak sepenuhnya. Buah-buahan lain seperti pulasan, duku, manggis, cempedak dan rambai ada yang belum masak dan kita jangkakan pengunjung dapat nikmatinya hujung bulan ini.

“Sememangnya promosi RM5 ini diadakan sepanjang musim buah tetapi kita akan tamatkannya sebaik sahaja buah habis,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kata Mohd Amran, melalui promosi RM5 itu pengunjung bukan sahaja dapat nikmati pelbagai jenis buah dengan kadar bayaran yang begitu rendah, tetapi juga berpeluang merasai pengalaman makan buah-buahan dalam suasana kebun.

“Pastinya ia satu pengalaman menarik apatah lagi mereka boleh memetik buah-buahan dari atas pokok.

“Jika berminat untuk dibawa pulang, kita akan timbang dan pastinya harga di sini lebih rendah berbanding di pasaran,” katanya.

Tambah Mohd Amran, sehubungan itu mana-mana pihak yang ingin berkunjung ke TPNS bagi merasai pengalaman itu khususnya secara berkumpulan boleh menghubungi pejabat TPNS di talian 09-6124406 bagi memudahkan pihak pengurusan.

Katanya lagi, dusun buah-buahan di TPNS tersebut berkeluasan kira-kira lapan hektar dengan dipenuhi pelbagai jenis tanaman termasuklah durian, manggis, ciku, limau, madu, pulasan serta cempedak dan ia sememangnya menjadi satu daya tarikan pengunjung.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/rm5-seorang-makan-hingga-puas-1.415679
 
bestnya...makan sepuas-puasanya dan petik sendiri buah-buahan dari pokok.
 
Taman Pertanian Negeri Sekayu ni kat mana

murahnye rm5 boleh mkn smpai kenyang..
sgt berbaloi
 
Boleh berkelah sekali
 
Area Kuala berang...terengganu
 
boleh bawa satu keluarga pergi tempat cam ni...dengan harga yang murah dan berbaloi.
 
Back
Top
Log in Register