RM410 Juta Kerugian Di Rekod Akibat Jenayah Scammer

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,190
Reaction score
2,101
Points
226
29.10.2019 - Kuala Lumpur, Kerugian berjumlah RM410.6 juta membabitkan 8,489 kes direkodkan berlaku sepanjang tahun lepas hingga Ogos lepas (2019) akibat kegiatan jenayah scammer.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam jawapan bertulis yang dipaparkan dalam laman web Parlimen berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam tempoh itu 7,833 kes melibatkan pinjaman tidak wujud juga dilaporkan berlaku melibatkan kerugian berjumlah RM 71.7 juta.

“Menyedari pelbagai kes scammer yang semakin berleluasa, kerajaan berusaha menangani isu ini termasuk dengan melancarkan portal semakan ‘mule account’ (akaun palsu menggunakan identiti yang dimanipulasi) secara dalam talian melalui laman web rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“PDRM juga telah mewujudkan akaun Facebook “Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police” untuk berkongsi maklumat berkenaan modus operandi kes-kes jenayah siber atau komersial untuk memberi peringatan kepada masyarakat mengenai kegiatan keji ‘scammer’.

“Kita juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik akaun bank rakyat tempatan yang telah memberi pinjam akaun bank mereka kepada penjenayah selain turut mewujudkan kerjasama dengan institusi kewangan dan Bank Negara untuk mengesan dan membuat tangkapan terhadap pemilik keldai akaun itu,” katanya.

Kenyataan itu bagi menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (PH-Sabak Bernam) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kes ‘scammer’ termasuklah Macau Scammer, Love Scammer dan tawaran pinjaman yang tidak wujud di negara ini bagi tempoh 2018 dan 2019.



Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/index.php/2019/10/29/kira-kira-rm410-juta-kerugian-direkod-akibat-jenayah-scammer/
 
Top
Log in Register