RM30,000 nilai ‘hadiah ghaib’

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUANTAN: Tiga wanita kerugian lebih RM30,000 selepas dijerat dengan ‘hadiah ghaib’ pemberian rakan yang dikenali melalui laman sembang di Internet.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Zaini Jass, berkata mangsa masing-masing berusia 20-an berasal dari bandar ini mendakwa menerima hadiah istimewa itu daripada rakan mereka di luar negara.

Menurutnya, mangsa mengadu sebelum menerima hadiah itu, mereka perlu menjelaskan cukai kastam antara RM9,000 hingga RM10,000 untuk menuntut barangan itu dan wang dimasukkan dalam akaun pengirim.

Namun, katanya, mangsa menyedari tertipu selepas mendapati hadiah istimewa itu yang konon berada di lapangan terbang sebenarnya tidak wujud ketika datang menuntutnya.

“Mangsa termasuk seorang pekerja kilang yang kerugian RM12,000 mendakwa tidak menyangka akan ditipu kerana sudah lama mengenali suspek dan tidak mengesyaki apa-apa sepanjang tempoh perkenalan antara lima hingga enam bulan.

“Bagaimanapun, tanpa disedari, ini taktik suspek untuk menipu mangsa dengan menyalahgunakan kepercayaan mereka selain dijanjikan hadiah istimewa,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Beliau berkata, kes itu dikenalpasti masih baru di negeri ini dan meminta orang ramai terutama mereka yang suka berkenalan melalui laman sembang Internet berhati-hati supaya tidak tertipu dengan janji manis.

“Polis sedang menjejak suspek dan percaya kegiatan ini dilakukan penjenayah tempatan berdasarkan akaun bank diberi.

“Mangsa yang terpedaya akan memasukkan wang dalam akaun pengirim secara berperingkat selepas suspek memberitahu nilai diberi tidak mencukupi untuk membayar cukai kastam,” katanya.
 
Sponsored Post

K.E.Y..kuchi

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Jul 14, 2009
Messages
3,354
Reaction score
8
Points
25
benda yang tidak pasti ni janganlah percaya...
 

theBLOGGERboy

Super Active Member
Joined
Aug 21, 2009
Messages
7,437
Reaction score
30
Points
70
haiz....x kan nk dapat hadiah pon kna bayar cukai kastam..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register