BTC USD 35,991.2 Gold USD 1,813.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM3.66 Bilion Hartanah Di Pulau Pinang Tidak Terjual

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,140
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,140
Reaction score
4,391
Points
296
Awards
1
29.11.2021 - Georgetown, Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang mempunyai jumlah hartanah tidak terjual tertinggi di Malaysia dengan melibatkan 4,683 unit rumah yang telah siap dibina bernilai RM3.66 bilion. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata Johor di kedudukan pertama dengan bilangan hartanah tidak terjual 6,509 unit (RM4.89 bilion) manakala Kuala Lumpur (3,863 unit bernilai RM3.1 bilion) dan Selangor (3,367 unit bernilai RM2.9 bilion) masing-masing ketiga dan keempat.

“Daripada jumlah unit rumah tidak terjual di Pulau Pinang, hanya 347 unit atau tujuh peratus merupakan rumah mampu milik berharga RM300,000 dan ke bawah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Usul Anggaran Pembangunan 2022 di persidangan Dewan Undangan Negeri pada Isnin.

Dia berkata kerajaan negeri sentiasa mengingatkan para pemaju supaya memberi keutamaan kepada projek perumahan mampu milik yang berharga RM300,000 ke bawah dan tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

“Dalam keadaan ekonomi semua pihak terjejas ekoran pandemik Covid-19 ketika ini, para pemaju sepatutnya membuka mata dan mengambil peluang untuk membina lebih banyak rumah mampu milik. Sementelah apa gunanya mereka membina rumah berharga RM300,000 ke atas atau sehingga mencecah RM1 juta sekiranya tidak boleh dijual disebabkan pembeli tidak berkemampuan?” katanya.

Jagdeep berkata kerajaan neger turut memainkan peranan dalam menggalakkan pemaju membina rumah mampu milik dengan memperkenalkan pelbagai insentif seperti pengurangan caj-caj melibatkan pemajuan dan sebagainya.​

1638181198848.png

Berita asal malaysiakini.com/news/601126​
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,227
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,227
Reaction score
3,161
Points
261
Awards
1
Berita baik nie, aku cadangankan kerajaan negeri bnykkan lg buat rumah mampu tngk hahaha
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,314
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,314
Reaction score
3,209
Points
261
Awards
1
Aikk 347 buah rumah bawah rm300k pun tadak org nak beli ka?

Murah da tu
 

pudins70

Super Active Member
gem
Messages
9,389
Joined
Mar 28, 2011
Messages
9,389
Reaction score
1,058
Points
151
Dia ingatkan pemaju, serupa lah nasihat budak-budak hidu gam.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register