BTC USD 22,978.5 Gold USD 1,868.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

` RM2 Je Makan Kat Kedai Malaysiaku Negaraku..

tebbaloi

Legendary Member
gem
Messages
13,457
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131


2ringgit.jpg


SHAH ALAM - Percaya atau tidak, anda boleh menikmati nasi putih berulamkan tiga atau empat jenis lauk, segelas air panas atau minuman sejuk dengan sepuasnya dengan hanya membayar RM2.

Ini bukan cerita rekaan, tetapi dengan nilai RM2 itu, Restoran Malaysia Negara Ku yang terletak bersebelahan Balai Polis, Seksyen 7, di sini, menjadikannya realiti.

Walaupun harga makanan yang ditawarkan murah, namun kualiti penyediaan makanannya tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah ke kedai berkenaan itu.

Pemiliknya, Datuk Zainal Abidin Awang Kechik ketika ditemui Sinar Harian berkata, tujuan utamanya membuka Malaysia Negara Ku sebagai memberi pilihan kepada orang ramai yang kurang berkemampuan menikmati hidangan makanan yang enak tanpa mengeluarkan bajet yang besar.

Beliau yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara juga mahu membuktikan perniagaan yang tidak berlandaskan keuntungan tidak semestinya membawa kerugian besar.

Katanya, apa yang penting kemakmuran yang dicapai negara ini perlu dikongsi dan dinikmati bersama rakyatnya.

“Saya membuka Malaysia Negara Ku bukan mahu mengaut keuntungan, tetapi lebih kepada memberi khidmat komuniti kepada rakyat, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan seperti pelajar universiti, pekerja kilang, orang kebanyakan dan sebagainya.

“Dengan hanya RM2, orang ramai tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik boleh menikmati hidangan makanan sama seperti di restoran lain malah mereka boleh menambah makanan dan makan sehingga puas,” katanya.

Namun begitu, orang ramai yang berhasrat makan di Malaysia Negara Ku perlu membawa bersama Mykad dan perlu ditunjukkan kepada petugas kaunter.

Katanya, bagi mereka yang bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 setiap seorang.

“Di sini saya juga mahu tekankan betapa pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia membawa bersama Mykad setiap kali keluar dari rumah.

“Itulah sebabnya, setiap kali makan di sini orang ramai perlu tunjukkan Mykad masing-masing.

“Melalui cara ini, secara tidak langsung kita dapat menanam rasa kecintaan dan semangat patriotisme terhadap negara,” katanya.

Zainal Abidin memberitahu, restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung 150 orang pada satu-satu masa.

Katanya, setiap pelanggan perlu mengambil sendiri makanan yang dihidangkan dan selepas itu perlu membasuh sendiri pinggan masing-masing selepas makan.

Menurutnya, cara itu secara tidak langsung mampu mendidik masyarakat supaya lebih berdisiplin.

“Orang ramai juga boleh bungkus dan bawa pulang makanan yang disediakan.

“Mereka juga digalakkan membawa bekas makanan dan minuman sendiri bagi keselesaan dan kemudahan masing-masing,” katanya.



Mahu buka

220 cawangan

Dalam pada itu, Zainal Abidin memasang impian untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku ke seluruh Malaysia.

Katanya, ia bagi memastikan semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan keturunan menikmati hidangan berkhasiat, enak serta murah.

“Selepas ini saya merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku.

“Hasrat saya ialah satu kawasan Parlimen perlu mempunyai satu cawangan Malaysia Negara Ku,” katanya.



Kini semua boleh makan sedap

Bercakap mengenai nama Malaysia Negaraku, Zainal Abidin berkata, idea itu timbul berdasarkan semangat cintanya terhadap tanah air yang telah mengecap kemerdekaan dan kemakmuran.

Katanya, tidak ada restoran lain pada zaman ini yang menawarkan harga makanan serendah itu di negara ini.

“Jika kita lihat di negara-negara jiran, nak makan pun susah. Situasi ini tidak sama di Malaysia.

“Di negara ini ada pelbagai tempat makan, namun bukan semuanya mampu makan hari-hari di restoran.

“Justeru, saya buka restoran ini untuk memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan makan makanan yang sama seperti di restoran yang harganya mahal,” katanya.

Menurutnya, kos penyelenggaraan restoran itu menelan belanja RM30,000 sebulan. ====Sambutan pengunjung restoran Malaysia Negara Ku > N6






ini link yer.. berita di petik dari sinar harian http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8054183.asp
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register