BTC USD 58,710.8 Gold USD 2,579.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM2 bilion pelaburan baharu: MB Perlis bukti kemampuan - Harakah

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,971
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,971
Reaction score
6,425
Points
881
Awards
1
RM2 bilion pelaburan baharu: MB Perlis bukti kemampuan

Izwan Abdul HalimAugust 10, 2024

MENTERI Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berjaya menarik pelaburan baharu bernilai RM2 bilion ke negeri Perlis dalam tempoh kurang dua tahun pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Ia sekali gus membuktikan kemampuan pentadbiran beliau membawa perubahan besar kepada negeri ini.

Meskipun terdapat dakwaan kononnya pelaburan tersebut adalah hasil daripada kesinambungan usaha pentadbiran terdahulu di bawah Datuk Seri Azlan Man dari Umno, sumber rasmi dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis menafikan perkara tersebut.

Menurut sumber itu, semua pelaburan diumumkan oleh Mohd Shukri adalah usaha baharu yang dimulakan di bawah pentadbiran beliau.

Pelaburan tersebut melibatkan beberapa sektor utama seperti perindustrian, tenaga boleh diperbaharui, logistik, pertanian dan perkhidmatan pelancongan.

Sektor tenaga boleh diperbaharui mencatatkan jumlah pelaburan terbesar, dengan kelulusan projek solar bernilai RM1.346 bilion pada Julai 2024 sahaja.

Pelaburan besar tersebut dijangka bukan sahaja akan memacu pertumbuhan ekonomi negeri Perlis, tetapi juga menghasilkan lebih dari 1,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat negeri ini.

Pentadbiran Mohd Shukri juga tidak hanya menumpukan perhatian kepada pembangunan ekonomi, tetapi juga menitikberatkan syiar Islam dan kesejahteraan rakyat.

Inisiatif seperti kempen Hapus Judi dan Jom Solat serta usaha untuk menghidupkan kembali aktiviti sukan di stadium-stadium di Perlis mencerminkan komitmen beliau terhadap aspek ini.

Mohd Shukri juga dikenali dengan pendekatan mesra rakyat, mudah didekati, dan tidak terlalu berprotokol, menjadikannya seorang pemimpin yang disukai oleh rakyat jelata.

Antara pelaburan baharu yang diluluskan dari November 2022 hingga Julai 2024 adalah:

● Pertanian: RM6 juta (Nov 2022)
● Perkhidmatan Pelancongan: RM0.18 juta (Nov 2022), RM0.27 juta (Mei 2023), RM0.43 juta (Julai 2024)
● Perindustrian: RM92 juta (Jan 2023), RM127 juta (Ogos 2023), RM181 juta (Ogos 2023)
● Logistik: RM5 juta (Mei 2024)
● Tenaga Boleh Diperbaharui (Solar): RM350 juta, RM688 juta, RM308 juta (Julai 2024)
● Perkhidmatan: RM250 juta (Julai 2024)

Dengan pencapaian ini, Mohd Shukri menunjukkan bahawa pentadbiran PN di Perlis bukan sahaja berjaya mengekalkan momentum pembangunan, tetapi juga membawa perubahan positif yang ketara dalam tempoh masa singkat.


Kejayaan ini berupaya dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain serta membuktikan bahawa kepimpinan yang berkesan mampu mencapai kemajuan ekonomi dan pembangunan sosial secara seimbang. – HARAKAHDAILY 10/8/2024
 
Sponsored Post

Pentadbiran Mohd Shukri juga tidak hanya menumpukan perhatian kepada pembangunan ekonomi, tetapi juga menitikberatkan syiar Islam dan kesejahteraan rakyat.

Inisiatif seperti kempen Hapus Judi dan Jom Solat
usaha untuk menghidupkan kembali aktiviti sukan di stadium-stadium di Perlis mencerminkan komitmen beliau terhadap aspek ini.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register