BTC USD 61,270.2 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 RM100,000 denda untuk ‘berita palsu’ berkait Covid-19 atau darurat

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
Agong setuju denda RM100,000 untuk ‘undang-undang berita palsu’, kata Takiyuddin

March 12, 2021 6:56 PM

agong-sultan-abdullah-fmt-200520-2.jpg

Yang di-Pertuan Agong bersetuju dengan jumlah denda lebih tinggi bagi kesalahan berkaitan undang-undang berita palsu, kata Takiyuddin Hassan.

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong mempersetujui ordinan darurat baharu yang menetapkan denda sehingga RM100,000 melibatkan penyebaran berita palsu, kata Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan.
Memetik ordinan yang baru diwartakan itu, beliau berkata jelas dinyatakan Agong berpuas hati bahawa tindakan serta-merta dikehendaki bagi menjamin dan mengekalkan “keselamatan, kehidupan ekonomi, dan ketenteraman awam”

Menurut tafsiran ordinan itu, “berita tidak benar” termasuklah apa-apa berita, maklumat, data, dan laporan, yang keseluruhannya atau sebahagiannya palsu, berhubungan dengan Covid-19 atau pengisytiharan darurat.
Ordinan ini turut menangani penyebaran berita palsu di luar Malaysia.


“Jika mana-mana kesalahan di bawah Ordinan ini dilakukan oleh mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, di mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan itu seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat di dalam Malaysia.”

Laporan semalam menyebut mereka yang menghasilkan, menerbit atau menyiarkan berita palsu kini berdepan denda sehingga RM100,000, penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya di bawah ordinan darurat baharu.

Mereka yang membayar untuk penghasilan berita palsu seperti itu akan berdepan hukuman lebih berat, dengan denda sehingga RM500,000 atau penjara enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Ini mencetuskan kritikan ahli politik, kumpulan media dan peguam yang menyuarakan kebimbangan ia akan mengekang hak dan kebebasan orang ramai.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
1615562747990.png


Menteri: Ordinan berita palsu hanya sentuh Covid-19, darurat
Alyaa Alhadjri & Yasmin Ramlan
Diterbitkan 12 Mar 2021, 5:31 pm

Dikemaskini 9:24 pm



Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 bagi mengekang berita palsu hanya akan menumpukan kesalahan berkaitan wabak Covid-19 dan proklamasi darurat.
Saifuddin juga berkata, kesalahan tersebut tidak akan diletakkan di bawah akta-akta lain seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) atau Akta Hasutan.

"Hasrat kami hanyalah untuk mengawal penyebaran berita palsu berhubung dua perkara secara khusus, iaitu Covid-19 dan proklamasi darurat.
"Akan ada perdebatan sama ada ia (ordinan) bersamaan dengan mana-mana akta.

"(Tapi) saya tidak mahu pergi terlalu jauh hingga ke situ kerana tujuan kita sangat jelas - kita hanya fokus kepada berita palsu (berkenaan) Covid-19 dan darurat," katanya ketika sidang media bagi menjelaskan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang berkuat kuasa hari ini.

Katanya, pihak yang meminta jaminan yang ordinan tersebut tidak akan disalah guna membangkitkan soalan bersifat politik.
"Itu soalan politik, bukan soalan perundangan," katanya.

Saifuddin juga berkata ordinan tersebut tidak akan digunakan terhadap mereka yang telah didakwa sebelum ini berhubung berita palsu berkaitan Covid-19.
Sidang media diadakan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan.

93909fc060e5df238a23fab51e014794.jpg


Ordinan tersebut yang diwartakan kerajaan semalam dilihat memberi kuasa besar kepada kerajaan terhadap berita yang disifatkan tidak benar.
Ia mengundang kebimbangan sejumlah pihak, termasuk Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) yang menggesa kerajaan tidak menggunakan proklamasi darurat untuk menutup sebarang kritikan terhadapnya.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago pula berpendapat ia sebagai langkah kerajaan untuk mengawal naratif di media.


Jika darurat tamat lebih awal
Sementara itu, Takiyuddin menjelaskan bahawa ordinan ini tidak akan diteruskan selepas proklamasi darurat berakhir, yang dijadual Ogos ini.
Bagaimanapun, katanya, jika darurat diisytihar tamat lebih awal, ia tetap akan berkuat kuasa jika tidak dibatalkan di Parlimen.

"Perkara 150 klausa 7 mengatakan bahawa jika ordinan darurat ini tak dibatalkan oleh Parlimen lebih awal, maka tempoh hayatnya ialah enam bulan daripada tarikh berakhirnya darurat.

"Kalaulah darurat tak disambung, jadi ordinan-ordinan yang tak dibatalkan lebih awal ini masih sah selama enam bulan (selepasnya). Tapi tak boleh tak ada (sidang) Parlimen, mesti ada," katanya.
Saifuddin pula berkata, jelas bahawa ordinan tersebut hanya mempunyai tempoh penguatkuasaan selama enam bulan selepas darurat tamat.

"Sekali lagi pengkritik berlebihan dalam hujah mereka...(Ordinan ini) tidak akan (digunakan) selama-lamanya," katanya.

Katanya lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berdepan "perang berita palsu" pada tahun 2021 dengan "senjata" lapuk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Pada masa itu, kita tidak tahu lajunya berita palsu dapat disebarkan," katanya, sambil menambah peruntukan dalam ordinan itu diperlukan bagi membolehkan tindakan diambil dengan pantas.

Menurut warta kerajaan semalam, mana-mana pihak yang "mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan atau menyebarkan" berita tidak benar dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau apa-apa bentuk lain boleh dikenakan tindakan.

Mereka yang disabit bersalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Ia juga memberi pihak berkuasa akses kepada data berkomputer serta pemeliharaan data trafik laman web. Akses tersebut termasuklah kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
Ordinan Darurat tak sama dengan SOSMA, Akta Hasutan, kata Saifuddin

March 12, 2021 7:45 PM

ORDINAN-DARURAT-FAKE-NEWS-SAIFUDDIN-ABDULLAH-08.jpg

Saifuddin berkata kebimbangan kerajaan adalah berasas kerana sehingga kini 287 kertas siasatan dibuka oleh Polis Diraja Malaysia serta SKMM berhubung penyebaran berita palsu mengenai Covid-19.

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata, Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 tidak sama dengan Akta Hasutan 1948 serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Beliau berkata, ordinan yang baru berkuat kuasa itu hanya berkaitan penyebaran berita tidak benar berhubung Covid-19 dan pengisytiharan darurat.

Katanya, penguatkuasaan ordinan itu perlu kerana Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini berdepan pelbagai kekangan untuk melaksanakan penguatkuasaan dan tindakan bagi memerangi penularan berita palsu.
“Tujuan kita ialah mempercepatkan proses kerana SKMM ada kekangan untuk melaksanakan beberapa perkara, malah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) sedang dalam proses dipinda.


“Ketika Akta 588 digubal pada 1998, kita tidak tahu macam mana lajunya berita palsu boleh disebarkan masa ini, justeru ordinan nombor dua digubal bagi merungkai isu ini,” katanya dalam sidang media khas bagi memperjelaskan mengenai penguatkuasaan Ordinan Darurat Kuasa-Kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang berkuat kuasa hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata kebimbangan kerajaan adalah berasas kerana sehingga kini 287 kertas siasatan dibuka polis dan SKMM berhubung penyebaran berita palsu Covid-19 termasuk 113 kes dalam siasatan manakala 51 kes didakwa di mahkamah.

“Manakala sebanyak 30 kes didapati bersalah, 20 dalam proses perbicaraan dan 12 diberikan notis amaran,” katanya.

Saifuddin berkata, antara berita palsu yang sering berlegar adalah mengenai kematian seseorang individu yang dikaitkan dengan penularan Covid-19.


Justeru, beliau yakin 29 seksyen dalam ordinan itu yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, berupaya menyekat penyebaran berita palsu, didalangi pihak tidak bertanggungjawab.

“Tindakan penguatkuasaan aktif juga sedang dijalankan pada masa ini berdasarkan laporan yang diterima.

“Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu sehingga menyebabkan ketakutan, panik atau kegusaran kepada orang awam, seterusnya menimbulkan kekecohan serta kemudaratan kepada kestabilan negara,” katanya.


 

zari83

Active+ Member
Joined
Nov 24, 2011
Messages
4,136
Reaction score
988
Points
81
1615562747990.png


Menteri: Ordinan berita palsu hanya sentuh Covid-19, darurat
Alyaa Alhadjri & Yasmin Ramlan
Diterbitkan 12 Mar 2021, 5:31 pm

Dikemaskini 9:24 pm



Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah berkata Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 bagi mengekang berita palsu hanya akan menumpukan kesalahan berkaitan wabak Covid-19 dan proklamasi darurat.
Saifuddin juga berkata, kesalahan tersebut tidak akan diletakkan di bawah akta-akta lain seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) atau Akta Hasutan.

"Hasrat kami hanyalah untuk mengawal penyebaran berita palsu berhubung dua perkara secara khusus, iaitu Covid-19 dan proklamasi darurat.
"Akan ada perdebatan sama ada ia (ordinan) bersamaan dengan mana-mana akta.

"(Tapi) saya tidak mahu pergi terlalu jauh hingga ke situ kerana tujuan kita sangat jelas - kita hanya fokus kepada berita palsu (berkenaan) Covid-19 dan darurat," katanya ketika sidang media bagi menjelaskan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang berkuat kuasa hari ini.

Katanya, pihak yang meminta jaminan yang ordinan tersebut tidak akan disalah guna membangkitkan soalan bersifat politik.
"Itu soalan politik, bukan soalan perundangan," katanya.

Saifuddin juga berkata ordinan tersebut tidak akan digunakan terhadap mereka yang telah didakwa sebelum ini berhubung berita palsu berkaitan Covid-19.
Sidang media diadakan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan.

93909fc060e5df238a23fab51e014794.jpg


Ordinan tersebut yang diwartakan kerajaan semalam dilihat memberi kuasa besar kepada kerajaan terhadap berita yang disifatkan tidak benar.
Ia mengundang kebimbangan sejumlah pihak, termasuk Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) yang menggesa kerajaan tidak menggunakan proklamasi darurat untuk menutup sebarang kritikan terhadapnya.
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago pula berpendapat ia sebagai langkah kerajaan untuk mengawal naratif di media.


Jika darurat tamat lebih awal
Sementara itu, Takiyuddin menjelaskan bahawa ordinan ini tidak akan diteruskan selepas proklamasi darurat berakhir, yang dijadual Ogos ini.
Bagaimanapun, katanya, jika darurat diisytihar tamat lebih awal, ia tetap akan berkuat kuasa jika tidak dibatalkan di Parlimen.

"Perkara 150 klausa 7 mengatakan bahawa jika ordinan darurat ini tak dibatalkan oleh Parlimen lebih awal, maka tempoh hayatnya ialah enam bulan daripada tarikh berakhirnya darurat.

"Kalaulah darurat tak disambung, jadi ordinan-ordinan yang tak dibatalkan lebih awal ini masih sah selama enam bulan (selepasnya). Tapi tak boleh tak ada (sidang) Parlimen, mesti ada," katanya.
Saifuddin pula berkata, jelas bahawa ordinan tersebut hanya mempunyai tempoh penguatkuasaan selama enam bulan selepas darurat tamat.

"Sekali lagi pengkritik berlebihan dalam hujah mereka...(Ordinan ini) tidak akan (digunakan) selama-lamanya," katanya.

Katanya lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berdepan "perang berita palsu" pada tahun 2021 dengan "senjata" lapuk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Pada masa itu, kita tidak tahu lajunya berita palsu dapat disebarkan," katanya, sambil menambah peruntukan dalam ordinan itu diperlukan bagi membolehkan tindakan diambil dengan pantas.

Menurut warta kerajaan semalam, mana-mana pihak yang "mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan atau menyebarkan" berita tidak benar dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau apa-apa bentuk lain boleh dikenakan tindakan.

Mereka yang disabit bersalah boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Ia juga memberi pihak berkuasa akses kepada data berkomputer serta pemeliharaan data trafik laman web. Akses tersebut termasuklah kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan.



berita annuar musa langgar sop di meja mkn tu palsu ke cmm?
 

Maestro

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2009
Messages
3,805
Reaction score
835
Points
81
1615562140828.png


'Dakwa darurat diisytihar sebab k'jaan hilang majoriti adalah berita palsu'


Diterbitkan 12 Mar 2021, 4:21 pm

Dikemaskini 8:41 pm



Tindakan kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana telah hilang majoriti di di Dewan Rakyat melanggar ordinan darurat berkenaan berita palsu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan.
"Ia satu kesalahan, bagi saya ia satu kesalahan," katanya ketika sidang media bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah di Putrajaya hari ini.

Takiyuddin berkata demikian ketika ditanya jika dakwaan sejumlah pihak yang kerajaan mendapatkan pengisytiharan darurat kerana ia telah hilang majoriti boleh dianggap sebagai berita palsu.
Sidang media itu diadakan bagi menjelaskan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang berkuat kuasa hari ini.

Ordinan itu untuk mengekang "berita tidak benar" berkenaan wabak Covid-19 dan proklamasi darurat yang membawa kepada hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Pada 12 Jan lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengisytiharkan darurat atas nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pengisytiharan dibuat bagi mengekang peningkatan kes Covid-19. Ketika itu, terdapat sekitar 2,000 hingga 3,000 kes baru dilaporkan setiap hari.

Bagaimanapun, sejumlah pihak mengisytiharkan mengapa Parlimen turut digantung sepanjang tempoh penguatkuasaannya, lebih-lebih lagi setelah perniagaan dan sekolah telah diteruskan semula.

Pengisytiharan darurat dibuat dua hari selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) hilang sokongan majoriti di Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Machang daripada Umno, Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongannya.
Pada hari pengisytiharan pula, seorang lagi ahli Parlimen Umno Nazri Abdul Aziz (Padang Rengas) turut mengambil langkah sama.
Bagaimanapun kerajaan telah mendapat sokongan dua ahli Parlimen PKR, iaitu Steven Choong dan Larry Sng, bagi menampung kehilangan sokongannya, selepas Sultan Abdullah bertitah yang Parlimen boleh bersidang ketika darurat.

Menurut Takiyuddin, Agong telah mengisytiharkan darurat atas nasihat jemaah menteri, dan ia adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.

Takiyuddin dan Saifuddin menegaskan di bawah ordinan ini, tujuan menyebarkan berita palsu mesti dibuktikan terlebih dahulu sebelum tertuduh boleh disabit bersalah.
Saifuddin turut memberi satu lagi contoh berita palsu yang boleh disabitkan, iaitu mendakwa ada individu yang mati selepas menerima vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, Takiyuddin menegaskan, bertentangan dengan laporan yang membangkitkan undi maksimum RM100,000 di bawah ordinan itu, hakim mahkamah sesyen yang mendengar kes ada budi bicara.
Katanya lagi, hakim malah boleh hanya memberi amaran kepada tertuduh.

"Ordinan hanya menyatakan hukuman maksimum, bermakna hakim boleh menentukan jumlahnya," katanya lagi.
Selain denda maksimum RM100,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun, pesalah juga boleh didenda tidak lebih RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.



Belum apa2 dh salah guna...


Taki taki rumba betul...:ROFLMAO::ROFLMAO::ROFLMAO:
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
berita annuar musa langgar sop di meja mkn tu palsu ke cmm?

tn zari, berita annuar musa langgar sop tu berlaku sebelum Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 diwartakan dan dikuatkuasakan
Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 diwartakan dan dikuatkuasakan baru semalam
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
9,338
Reaction score
479
Points
91
teringat contoh berita palsu masa pru. harga kereta turun, hapus gst harga barang turun

patutlah ada golongan marah penyebar berita palsu kena tangkap. mula-mula skop cobid dan darurat. kemudian akta ini terpakai untuk semua berita

Harga minya turun 50%.. Tol hapus.. Ptptn..
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,360
Reaction score
15,062
Points
1,906
Ordinan Berita Palsu dikuatkuasakan hingga Februari 2022

Kerajaan perkenalkan undang-undang Pewartaan Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No.2) 2021 bagi mudahkan polis ambil tindakan terhadap individu cipta, terbit atau sebarkan berita tidak benar berhubung Covid-19 atau proklamasi darurat mulai 12 Mac 2021.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register