BTC USD 35,786.3 Gold USD 1,876.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM10,000 untuk mangsa banjir

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,560
Reaction score
12,774
Points
2,376
KUALA LUMPUR: Prihatin dengan nasib mangsa banjir di Kedah dan Perlis, Unicorn International Islamic Bank Malaysia Berhad (Unicorn Malaysia) menyumbang RM10,000 kepada Tabung Bencana The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP)-Media Prima, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ikbal Daredia berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu mangsa banjir sekali gus meringankan bebanan mereka. Menurutnya, sumbangan itu sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya yang sudah tiga tahun beroperasi di Malaysia.

“Kami berbesar hati dapat membantu menyediakan keperluan mangsa banjir di utara Malaysia,” katanya selepas menyerahkan sumbangan berkenaan kepada wartawan Berita Harian, Nadia Hamid mewakili NSTP di sini, semalam. Hadir sama Pengerusi Unicorn Investment Bank Bahrain, Sheikh Yousef Abdullah Al-Shelash, Pengarah Unicorn Malaysia, Datuk Kamaruddin Taib dan Datuk Aziz Abu Bakar. Tabung berkenaan dilancarkan 3 November lalu bagi mengumpul dana untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di beberapa negeri yang terjejas.

myMetro
 

CG Sponsors




Top
Log in Register