RM10,000 menanti siapa berjaya namakan anak tapir

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,491
Reaction score
2,008
Points
201
RM10,000 menanti siapa berjaya namakan anak tapir

Share


Tweet


Puan Peradong dan anaknya yang baru dilahirkan. FOTO ihsan pembaca

Puan Peradong dan anaknya yang baru dilahirkan. FOTO ihsan pembaca
Mohd Firdaus Ibrahim
[email protected]

Kuala Lumpur: RM10,000. Itu wang tunai menanti pemenang yang berjaya menamakan anak tapir betina dilahirkan di 99 Wonderland Park Wildlife In The City, di sini, pada 6 Februari lalu.
Pemiliknya, Datuk Seri Jeff B.K Lee berkata, pertandingan Namakan Baby Tapir Kami itu dianjurkan bagi menarik minat rakyat Malaysia bersama meraikan kelahiran tapir atau Tenuk Malaysia (Tapirus indicus).

"Pemenang peraduan akan diumumkan pada 27 April 2021 sempena perayaan Hari Tapir Sedunia. Bagi mereka yang berminat boleh kunjungi Facebook atau laman web https://www.99wonderlandpark.com.my/ untuk maklumat lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas mengenai kelahiran tapir betina itu, Jeff berkata, pihaknya mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah, Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim untuk meminjam dan mempamerkan kepada pengunjung sepasang Tapir Malaysia, iaitu Mr Junior dan Puan Peradong, Januari tahun lalu.
"Selepas lebih setahun dipelihara dan dipamerkan di sini, Puan Peradong melahirkan anaknya yang seperti semua tahu ia masih belum dinamakan.
"Kami serahkan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menamakannya. Nama yang dipilih nanti akan diumumkan dan pemenang akan diberikan ganjaran wang tunai RM10,000 yang dijanjikan," katanya.

Jeff bersama pekerjanya melihat anak tapir yang baru dilahirkan itu. FOTO ihsan pembaca
Jeff bersama pekerjanya melihat anak tapir yang baru dilahirkan itu. FOTO ihsan pembaca

Katanya, 99 Wonderland Park Wildlife In The City yang terletak di Jalan Ipoh Batu 12, di sini, masih belum dibuka untuk kunjungan ramai disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan bagi membendung penularan Covid-19.
"Kami akan maklumkan pembukaannya kepada umum selepas mendapat kebenaran," katanya.
Untuk rekod, spesis tapir atau Tenuk Malaysia (Tapirus indicus) ini adalah spesis tapir terbesar di dunia.
Musim mengawan tapir berlaku pada bulan April hingga Jun.
Tempoh kehamilan Tapir Malaysia ialah kira-kira 390 hingga 403 hari yang mana anak pertamanya mempunyai berat sekitar 6.8 kilogram.
Kebiasaannya tapir betina akan melahirkan anaknya dengan purata dua tahun sekali.
Ketika muda, tapir ini tinggal bersama ibunya selama 6 hingga 8 bulan.
 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,528
Reaction score
1,196
Points
201
"corona" utk betina

"Covideen" bg jantan..
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,764
Reaction score
1,193
Points
151
Johnpir sedap gk tu......pirvid ka cun gk hahaha
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,209
Reaction score
1,872
Points
206
apo susah, letak ajo namo Tapir Guan Eng

ekekekekkee
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,296
Reaction score
21,165
Points
1,671
Kena try ni. Mana tau ada rezeki
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,478
Reaction score
373
Points
46
susah apa nk namakan.. Che Pan ( cipan )..kan dah berjaya namakan .. bak sini 10k..
takpun
-joyah
-Rin hanekoma
-Wagiman Supardi
-Noobmaster69
-Dichlorophenolindophenol
-tokey99
-zanuar
 
Sponsored Post
Top
Log in Register