BTC USD 38,395.1 Gold USD 1,796.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RM0.00 Harga Sebuah Senyuman

Cilimuda

Freshie
Joined
Nov 7, 2008
Messages
13
Reaction score
0
Points
3
Diambil dari laman sesawang CILIMUDA

Masa utk kawan baring, selepas 4 jam duduk. Begitulah nasihat doktor, kalau tidak, kena back saw. Bertemankan nokia communicator untuk menulis, kawan mahu bercerita…….. LAGI!!!.


Sedang kawan baring dan termenung, teringat kawan pada Cili Merah yang sedang dalam perjalanan ke selatan negara jiran untuk bergumbira. Teringat kata-katanya, kalau dia punya wang yang banyak mahu juga bantu orang (ketika itu Cili Merah sedang menonton rancangan Bersamamu di TV3)

Kawan percaya ramai yang mahu bantu orang bila ada kemampuan, walaupun kita tak tahu apa sebenarnya akan berlaku bila dah mampu nanti. Atau tidak tahu duit sebanyak mana, baru dikira berkemampuan.


Anyway, berbalik cerita kawan pasal nak bantu orang. Kawan ingat kembali cerita yang juga diceritakan oleh Cili Merah kepada kawan. Kawan anggap ini cerita motivasi antara yang paling best kawan dengar.

Begini ceritanya:

Ada seorang pesakit, kawan namakan Mail. Dia baru ditempatkan di wad kelas 3, setelah baru keluar dari Unit Rawatan Rapi, akibat kemalangan jalan raya. Mail ditemani oleh pesakit-pesakit lain. Lapan orang kesemuanya. Ada yang beransur pulih, ada yang sakit teruk dan ada yang sakit, lagi teruk.


Nasib Mail baik sedikit, sebab dia dapat katil hujung sekali bersebelahan jendela, jadi, dapat lah dia menghirup udara segar dan dapat mendengar deruan kereta-kereta, tapak-tapak kaki manusia, suara sembang dan sumbang.


Hari ini, cuti umum sempena hari kemerdekaan, jadi, ada perarakan yang secara kebetulan melintas di tepi hospital, jadi jelaslah permandangan pada mana-mana pesakit yang menghuni di katil tepi jendela, termasuk Mail.

Sahabat-sahabat pesakit lain yang tidak boleh bangun dari katil kecewa sebab tidak dapat saksikan perarakan tu.


Menyedari kekecewaan sahabat-sahabat lain di dalam wad itu, Mail yang duduk di pinggir katil itu mula bersuara dengan suara yang kuat “sekarang ni ada sekumpulan pancaragam berpakaian merah dan putih, persis askar british sedang berpancaragam melintas hospital, ada lapan lelaki dan ada sepuluh wanita. Mereka memainkan lagu patriotik. Iramanya sungguh rancak, senada dgn gaya tari mereka…………”


Selama hampir satu jam setengah jam Mail berterusan menggambarkan suasana perarakkan dengan amat terperinci sekali hinggakan dapat menceritakan hampir kesemua aksi ahli kumpulan, pancaragam, pertunjukan udara, jet tentera dan payung terjun, kereta berhias hinggalah lagak dan kerenah kebanyakkan penonton, tua, muda dan kanak-kanak


Sahabat-sahabat lain yang asyik mendengar butir-butir perkataan yang keluar dari mulut Mail. Gembira, tergelak-gelah, terharu, tersenyum dan tersengih, bangga dan berpuas hati seolah-oleh mereka duduk disamping Mail sambil memerhatikan perarakkan itu bersama.

Walaupun kawasan katil Mail masih ditutup tirai, tapi suaranya kuat kedengaran, tanpa rupa, hanya suara.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Mail, kerana menjadi mata dan telinga mereka. Mail hanya tersenyum girang kerana mampu buat mereka gembira.

Esok, khabar buruk, sangat-sangat buruk. Mail meninggal dunia. Tiada lagi suara Mail, tiada lagi cerita Mail, tiada lagi pengalaman luar jendela yang boleh dikongsi bersama sahabat-sahabat lain.


Katil Mail kosong, tiada penghuni baru. Muthu yang baring di hujung sudut katil dipintu masuk wad itu, mula bersuara “Sister, pindahkan saya ke katil Mail, saya mahu katil di tepi tingkap, boleh tengok luar”. Sister Ros senyum dan mengangguk setuju, sambil membantu Muthu pindah ke katil bekas arwah Mail.


Setelah beberapa ketika duduk di atas katil Mail, dia menjengok-jengok di luar jendela, tapi yang dia lihat hanyalah dinding bangunan yang sedang dalam pembinaan. Sukar mahu lihat jalanraya, mahu pun orang yang lalu lintas. Yang kedengaran hanyalah bunyi-bunyi, orang yang sedang bekerja, maklumlah hari ini hari bekerja setelah cuti umum semalam.


Muthu bingung, sahabat-sahabat lain yang tahu mengenai itu juga tidak faham. Uncle Sam bertanya, memecah kesunyiaan “Sister, semalam, Mail ceritakan pada kami pasal perarakan, kenapa Muthu tak boleh nampak apa-apa diluar sana?” Sister Ros kebingungan, dan membalas “Mail masuk hospital sebab kemalangan jalan raya, paru-paru dia rosak teruk dan tak dapat diselamatkan, matanya turut buta” Ringkas saja jawapannya.

Semua yang mendengar terkejut,

“walaupun dia sakit teruk, dan buta, masih mampu bantu hiburkan kita dengan imaginasinya, kasihan Mail, dan terima kasih kami semua ucapkan.” Kata Muthu sambil yang lain tunduk, muram dan sayu berpandangan sesama sendiri

Ulasan kawan:
Untuk bantu-membantu tidak perlu wang ringgit dan harta yang banyak. Apa sahaja boleh dibuat untuk membantu, walaupun tinggal beberapa hembus nafas yang terakhir!.

Teruskan membantu

Cili Hijau

p/s : manalah Cili Merah ni, sms tak berjawab, tapi Delivered, masalah roaming kot… or sibuk bershopping!!. 1 sms pun bisa membantu tau (buat Cili Hijau tersengeh!).
Anyway, berbalik cerita kawan pasal nak bantu orang. Kawan ingat kembali cerita yang juga diceritakan oleh Cili Merah kepada kawan. Kawan anggap ini cerita motivasi antara yang paling best kawan dengar.

Lagi Cerita Menarik
 
Last edited:
Sponsored Post

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,235
Reaction score
837
Points
176
suddenly im smelling fishy here....
 

Cilimuda

Freshie
Joined
Nov 7, 2008
Messages
13
Reaction score
0
Points
3
Morning Tok, dun said that.. just to share the story mory..., gud one, trust me
 

Biggie

Passed Away - Al Fatihah
Joined
Aug 31, 2008
Messages
14,648
Reaction score
79
Points
120
citer best cili muda.....
 

alep

Fun Poster
Joined
Oct 6, 2008
Messages
498
Reaction score
16
Points
15
bleh tahan gak eik.............
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register