RM 10.8 JUTA Untuk Promosi Makanan Malaysia di London!!!

CG Sponsors




shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
Ahad, 2010 Januari 10
1 MALAYSIA : 2 JUTA POUND PROMOSI MAKAN

Perbadanan Perbangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) memperuntukkan 2.0 juta pound sepanjang 2010 bagi melaksanakan kempen perhubungan awam pemasaran di sini (London) bagi mempromosikan makanan Malaysia.

Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia bagi United Kingdom, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berkata kempen itu yang akan dilaksanakan melalui Kempen "Malaysia Kitchen", bermatlamat mempromosikan restoran Malaysia di sini.

Sebanyak 38 daripada 62 restoran Malaysia di United Kingdom beroperasi di bandar raya ini, katanya kepada pemberita Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi pertama Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ke London mulai Ahad hingga 14 Jan ini.

Beliau berkata usaha itu juga bertujuan meningkatkan antara 20 peratus dan 30 peratus pengunjung ke restoran-restoran Malaysia, terutama di London, dan selain meningkatkan pengimportan makanan diproses dari Malaysia.

Kempen itu, yang diharap meningkatkan peminat makanan Malaysia, juga dijangka meningkatkan bilangan pelancong yang melawat ke Malaysia, katanya.

Sebagai permulaan, Muhyiddin dijangka melancarkan kempen promosi makanan Malaysia apabila Malaysia menjadi penaja utama program "Taste of London" selama empat hari di sini pada Isnin ini.


Korang rasa patut ke & berbaloi ke dalam suasana ekonomi sekarang, habiskan wang RAKYAT banyak tu untuk promosi makanan di London???? Kira/estimate sendiri. Kempen 4 hari tu pulak masa ramai warga London "terperangkap" dalam rumah di sebabkan salji/ribut salji extreme yg melanda, stok makanan berlambak dalam rumah!!!.

Walaupun cuba bersangka baik, tertanya2 jugak aku betulke 100% dari RM 10.8 Juta ni akan di guna untuk tujuan tu atau projek ni hanya "front" untuk menyediakan dana bagi UMNO/BN yg kesempitan wang, sebab bagi aku banyak sgt, tak padan dgn promosi tu & keadaan ekonomi sekarang.

Boleh buat 20 biji gereja baru di tapak baru ni...!!!! Boleh gak beli 30 biji enjin jet pejuang F5E.... dok heboh hilang 2 biji enjin apahal???!!!!
 
Last edited:
Sponsored Post

BlueDream

Legendary Member
Joined
Apr 11, 2007
Messages
12,909
Reaction score
59
Points
120
ader jerr projek
yg untung golongan tertentu
bukan rakyat
1m rakyat diketepikan :p
 

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
bole makan free ker?jom ke london
 

Gash_BeLL

Fun Poster
Joined
Nov 4, 2009
Messages
320
Reaction score
1
Points
15
mesti belebih duit tu..
apela yg dorang nk buit ngan duit tu..
 

lilbee

Active+ Member
Joined
Nov 13, 2009
Messages
4,801
Reaction score
10
Points
25
bole makan free ker?jom ke london
sejuk gedi kat london skang..

diorang pun berkurung dlm umah je..

apsal tak buat promosi time summer ke spring ke..:-?:-?
 

wiralution X

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2007
Messages
2,826
Reaction score
41
Points
30
pergh sampai 10 juta??? :eek: baik la wat kat benda lain yg lebih berfaedah. hermmmm
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
919
Points
161
sejuk gedi kat london skang..

diorang pun berkurung dlm umah je..

apsal tak buat promosi time summer ke spring ke..:-?:-?
Itu ler saya kata .... mereka tuh adalah badut2 yang telah dipilih oleh rakyat yang cetek pemikiran
 

za_xc03

Active Member
Joined
Nov 23, 2007
Messages
1,236
Reaction score
14
Points
25
Bagusss dari tidak buat apa2 hanya dok mengata je
 

hairl

Active+ Member
Joined
Aug 22, 2007
Messages
3,053
Reaction score
24
Points
25
emm tp mslhnya 10 juta...slalunya 1/10 je guna yg lbh ntah ke mana
 
Sponsored Post
Top
Log in Register