BTC USD 36,380.0 Gold USD 1,839.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RIWAYAT NAKHODA MUHAMMAD TAIB (PENGASAS KERAJAAN MELAYU KUALA SEPIT)

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
332,786
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
332,786
Reaction score
17,750
Points
2,536
Awards
1
FB_IMG_1626712021999.jpg

RIWAYAT NAKHODA MUHAMMAD TAIB (PENGASAS KERAJAAN MELAYU KUALA SEPIT)

Kuala Sepit merupakan sebuah kerajaan Melayu lama yang wujud di daerah Manjung, Perak Darul Ridhuan. Kerajaan ini merupakan pusat pentadbiran pertama Nakhoda Muhammad Taib, selaku pengasas dan peneroka awal jajahan Dinding. Dikatakan bahawa beliau memerintah kerajaan Melayu Kuala Sepit dari tahun 1857-1876.

Nakhoda Muhammad Taib merupakan anak kepada seorang pembesar yang bernama Tajol yang bergelar Toh Muda, anak kepada Qadhi Ibrahim, qadhi Kerajaan Siak, Sumatera. Beliau dikatakan berasal dari Batu Bara, Sumatera sebelum menjadi penguasa di Kuala Sepit. Beliau yang lebih terkenal dengan ilmu perniagaan dan pelayaran telah menyebabkan beliau dikenali ramai terutama di kalangan raja², orang² besar dan saudagar. Di antara raja yang terkenal dan mesra dengan Nakhoda Muhammad Taib adalah Sultan Jaafar Muazzam Shah, Sultan Perak yang ke-23.

Mengikut fakta sejarah, Sultan Jaafar Muazzam Shah menaiki takhta kerajaan negeri Perak pada tahun 1850, menggantikan Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah (Marhum Durian Sebatang). Di samping dikenali sebagai ahli perniagaan dan ahli dalam pelayaran, Nakhoda Muhammad Taib juga amat disegani oleh orang ramai kerana keperwiraannya yang luar biasa. Beliau dikatakan mempunyai sebilah keris yang bernama Helang Menyambar, di mana apabila ada musuh² yang datang menyerang, keris itu akan disisipkan di pinggang sambil berdiri menantikan kedatangan mereka. Anehnya, musuh² tadi tidak dapat maju ke hadapan lagi malah hendak menentang mukanya pun tidak boleh.

Selain itu, Nakhoda Muhammad Taib mempunyai kenderaan kenaikkan bernama Lancang Kuning, sebuah gong terawal dan sebatang tongkat bernama Semambu Bangkit. Menurut cerita, Semambu Bangkit selalu beliau gunakan pada waktu beliau berniaga. Dikatakan bahawa sebelum beliau memulakan perniagaan, beliau akan mengambil tongkat itu dan dihidangkan ke arah darat. Sejurus kemudian, ramailah orang datang membeli tanpa bertawar lagi. Sebahagian daripada barang kepunyaan beliau dapat disaksikan di Sekolah Gambar Lumut.

Sepanjang memerintah Kuala Sepit, Nakhoda Muhammad Taib berjaya menghapuskan lanun-lanun di Selat Dinding dan menjadikan Kuala Sepit sebagai entreport bagi pedagang nusantara. Di dalam pentadbiran, Nakhoda Muhammad Taib dibantu oleh Dato' Pendikar Muhammad Yasin (bahagian keselamatan), Tok Baginda Raja (bahagian perubatan/ pawang besar) dan Tuan Haji Said (hal ehwal agama/qadhi). Dikatakan Tuan Haji Said pernah mengislamkan orang-orang bangsa Batak ketika menjadi buruh di Teluk Muroh serta mengislamkan seorang perantau bangsa Batak bernama Tok Permatang yang menjadi pengasas kepada Kampung Permatang, Sitiawan Perak.

Dato' Pendikar Muhammad Yasin merupakan orang kanan kepada Nakhoda Muhammad Taib. Dalam masyarakat di situ, ia dikenali sebagai Dato' Pendikar saja dan beliau merupakan orang penting bagi pembukaan Kampung Batu 3, Segari, Lumut atau dikenali sebagai Kampung Dato' Pendikir. Kampung itu dibuka untuk mempersiapkan diri dari segala sudut iaitu dalam mempertahankan diri dengan menjadikan tempat simpanan senjata rahsia dan penempatan bagi Dato Pendikar sendiri. Oleh kerana itulah lokasi Kampung Batu 3 ini terletak jauh sedikit kedalam.

Dikisahkan bahawa Sultan Jaafar Muazzam Shah yang merupakan sahabat paling rapat dengan Nakhoda Muhammad Taib telah melantik Nakhoda Muhammad Taib mentadbir daerah Dinding. Sultan Jaafar Muazzam Shah telah memberi surat kuasa kepada beliau di mana isi kandungannya bertulis begini:

"Qul al-ha"
"Tarikh Hijrah 1227 Nabi SAW, pada 1277 tahun kepada tahun (jim) pada 13 hb Safar hari Jumaat pada jam pukul 8:00".

"Bahawasanya adalah pada ketika itu, Sultan Jaafar Muazzam Shah, Duli Kehadrat Yang Dipertua Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan, yang telah bersemayam di atas takhta kerajaan di Pasir Panjang Indera Mulia serta di hadapan ayahanda baginda dan putera baginda, dan cucunda baginda dan sekaliannya penuh sesak di balai penghadapan serta segala raja² dan orang besar², hulubalang, saider² bentara, penghulu rakyat jelata.
Hal ehwal inilah kita menyatakan seperti Nakhoda Muhammad Taib ini orang Batu Bara, mari datang kepada kita hendak perhamba kepada kita, serta hendak mengerjakan pekerjaan kita yang berpatutan di dalam adat dan hukum melainkan kita pun terlebih suka sangat akan jadi meramaikan negeri jajahan kita adanya".

"Melainkan inilah kita kurniakan kepada Nakhoda Muhammad Taib ini istima cap mohor kita diberi serahkan daripada tempat kediamannya di sebelah laut di dalam Sungai Dinding sehingga Perenggang di sebelah matahari naik Teluk Muroh, di sebelah matahari turun Sungai Puyu, di sebelah laut Pulau Pangkor, di sebabkan daratan Pangkalan Dinding Sungai Raja Hitam, melainkan semuanya kita wakilkan kepada Nakhoda Muhammad Taib ini sekalian daripada genap perkaranya di dalam daerah jajahan seperti yang tersebut itu dari hukum hakam sekalian adatnya serta menerimakan hasil mahsul di mana yang ada keluar dan masuk di dalam jajahan itu adanya".

"Dan lagi barang siapa² mereka itu yang datang hendak berbuat daripada sesuatu pekerjaan yang boleh akan jadi rezekinya melainkan hendaklah mereka itu ikut barang yang dimuafakatkan oleh Nakhoda Muhammad Taib ini adanya. Dan lagi seperti hasil masyhul yang aman ada dapat dihimpunkan Nakhoda Muhammad Taib ini akan letakkan bahagi dua yang suatu bahagi akan jadi empunya Nakhoda Muhammad Taib ini, yang suatu bahagian dimaklumkan kepada kita inilah adanya".

"Habiya-habiya janganlah siapa² melalui seperti yang tersebut di dalam istima cap mohor kita ini melainkan barang siapa² yang melalui titah kita ini adalah mereka itu salah kepada Allah SWT ,dan salah kepada Rasulullah SAW serta salah kepada kita. Insya Allah Ta'ala berkat keramat segala marhum²di dalam negeri Perak ini, kita hukum orang itu dengan sepenuh-penuh hukum ingkar, kita rampas melawan kita bunuh, demikian kita nyatakan adanya".
"Walhal Sannah Khotimah"
"Termaktub pada 13 hari bulan Safar hari Jumaat, jam 8:09 tamat".

Selepas menerima surat kuasa daripada Sultan Jaafar Muazzam Shah di istana Pasir Panjang Indera Mulia, Nakhoda Muhammad Taib telah menolak gelaran yang hendak diberikan oleh Sultan kepadanya kerana tugas yang amat berat itu belum dilaksanakan lagi. Beliau berpendapat bahawa sekiranya maksudnya berjaya, barulah beliau menerima gelaran tersebut.

Menurut sejarah, disebabkan perselisihan dan pergaduhan di kalangan raja² Perak yang berpanjangan, maka Nakhoda Muhammad Taib tidak mempunyai gelaran sehingga akhir hayatnya. Beliau memerintah Kuala Sepit selama 16 tahun. Jenazah Nakhoda Muhammad Taib dikebumikan di Bukit Teluk Kopiah, Batu Tiga Segari di Lumut. Ketika hayatnya, Nakhoda Muhammad Taib mempunyai beberapa orang anak bernama Muhammad Nordin, Muhammad Ariff, Muhammad Arshad, Muhammad Saman dan Alang Jamilah.

Selepas kematiannya, tampuk pemerintahannya telah digantikan oleh anaknya yang bernama Penghulu Muhammad Nordin. Sebagai pengganti, Penghulu Muhammad Nordin telah menyambung tugas² bapanya yang belum selesai. Di antara tugas² yang dijalankan ialah membuat jalanraya, membuka kampung², membuka pekan Lumut, memajukan perniagaan anak negeri dan lain².

Penghulu Muhammad Nordin tidak dapat memperbaharui surat kuasanya dari Sultan Perak kerana pada tahun 1874, telah dibuat satu persetiaan dengan kompeni Inggeris yang terkenal dengan nama "Persetiaan Pangkor". Inilah punca bermulanya kuasa kompeni mencampuri pemerintahan di negeri Perak. Yang menyedihkan ialah jawatan yang dipegang oleh Penghulu Muhammad Nordin sebagai ketua pemerintahan Dinding sudah tidak bermakna lagi kerana jajahan tersebut telah diserahkan oleh Sultan Abdullah kepada pihak kompeni.

#MAMR
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
gem
Messages
18,155
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
18,155
Reaction score
3,151
Points
261
Awards
1
Xlama mn la br ja lg huhuhu....dl kt perak ada kerajaan gangga negara
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register