BTC USD 54,588.2 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

RIWAYAT HIDUP DATO' PENGGAWA TUA MUKIM PERMATANG II, DATO' NEKBAR

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
323,453
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
323,453
Reaction score
16,412
Points
2,376
SERBA SEDIKIT TENTANG RIWAYAT HIDUP DATO' PENGGAWA TUA MUKIM PERMATANG II, DATO' NEKBAR

Dato' Nekbar merupakan tokoh kedua terbesar dalam kategori Orang Besar di dalam negeri Selangor Darul Khusus. Beliau merupakan anak kepada Dato' Panapindang, Dato' Penggawa Tua Mukim Permatang I. Beliau dikatakan lahir sekitar tahun 1750-an.

Beliau dilantik menyandang jawatan Dato' Penggawa Tua Mukim Permatang II setelah kematian bapa beliau iaitu sekitar tahun 1783/ 1784. Beliau dilantik menjadi Orang Besar melalui bilateral dan patrilineal iaitu penyambung keturunan kepada tokoh-tokoh penyandang jawatan Orang Besar Selangor pada era Sultan Salehuddin Shah.

Ketika menjawat jawatan ini, Dato' Nekbar secara langsung pernah terlibat dalam pertempuran antara tentera Selangor dan tentera Belanda di Kuala Selangor pada tahun 1784. Selepas kemangkatan Sri Sultan Ibrahim Shah, Dato' Nekbar pernah berkhidmat beberapa tahun di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Shah ibn Sultan Ibrahim Shah. Selepas beliau meninggal dunia, anaknya dikatakan telah dilantik menjadi Dato' Penggawa Tua Mukim Permatang III.

SERBA SEDIKIT TENTANG RIWAYAT HIDUP DATO' MAHARAJA LELA II DATO' MAKEK

Dato' Makek merupakan tokoh ketiga terbesar dalam kategori Orang Besar di dalam negeri Selangor Darul Khusus. Beliau merupakan anak kepada Nakhoda Nahu, iaitu seorang saudagar yang berasal dari Batu Bahara melalui perkahwinannya dengan anak perempuan Dato' Maharaja Lela I Dato' Hussin (Daeng Loklok) yang bernama Kembang.

Beliau merupakan kerabat orang besar melalui matrilineal yang mana bapanya mengalami mobiliti sosial menegak melalui perkahwinan dengan anak perempuan Orang Besar Selangor. Beliau dilantik menjadi Dato' Maharaja Lela II oleh Sri Sultan Ibrahim Shah pada tahun 1782 menggantikan datuknya, Dato' Hussin. Adapun bapa beliau merupakan saudagar kaya yang kerap datang ke Kuala Selangor untuk berniaga pada era Sultan Salehuddin Shah.

Oleh kerana sering datang berniaga di Kuala Selangor, Nakhoda Nahu telah jatuh hati dengan anak perempuan Dato' Maharaja Lela yang bernama Kembang. Dengan penuh keyakinan ,Nakhoda Nahu telah mengadap Dato' Maharaja Lela untuk menyunting anak dato' tersebut. Dari perkahwinan itu maka lahirlah anak lelaki yang diberi nama Malek.

Dato' Makek juga pernah bertempur dengan tentera Belanda pada tahun 1784 di atas Bukit Selangor (Bukit Malawati) dan pernah berkhidmat beberapa tahun di dalam pemerintahan Sultan Muhammad Shah. Setelah kematiannya, anak beliau telah menyandang jawatan Dato' Maharaja Lela ini hingga zaman Sultan Muhammad i

#MAMR

 

CG Sponsors




Top
Log in Register