Rita sah hamil dua bulan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
JOHOR BAHRU - Pelakon Rita Rudaini, 32, yang berkahwin secara rahsia dengan teman lelakinya, Aidil Zafuan Abd. Radzak, 21, disahkan telah hamil.

Sumber Kosmo! memberitahu, usia kandungan Rita kini sudah mencecah dua bulan setengah.

"Rita memang tertekan dengan keadaan yang berlaku sekarang tetapi sangat gembira kerana sudah disahkan mengandung dan dia juga masih mampu menjalani penggambaran sebuah drama bersiri dengan Suhan Movies pada ketika ini," kata sumber yang merupakan teman rapat pelakon jelita itu kepada Kosmo!.

Bagaimanapun suami Aidil yang ditemui semalam enggan mengulas mengenai kehamilan isterinya. Dia berjanji akan menjelaskan segalanya dalam satu sidang akhbar beberapa hari lagi.

"Maaf, saya enggan komen. Satu sidang akhbar akan dibuat (tidak lama lagi). Ketika itu, abang (wartawan) boleh tanya macam-macam,'' ujarnya.

Demikian komen ringkas Aidil ketika ditanya mengenai status Rita yang dikatakan sedang mengandung dua bulan setengah selepas perkahwinan rahsia mereka berdua di Songkhla, Thailand Februari lalu terbongkar baru-baru ini.

Enggan bercakap banyak, Aidil bagaimanapun mengakui telah berjumpa keluarganya bagi menjernihkan keadaan dua hari selepas keluarganya membuat sidang akhbar di Seremban baru-baru ini. Rita bagaimanapun tidak ikut sekali dalam pertemuan itu.

Alhamdulillah....
 
Sponsored Post

elmyda

Super Active Member
Joined
Jan 5, 2007
Messages
9,552
Reaction score
157
Points
73
apa yg selamat tu bro? "selamat" sblm ke selepas? hehe..

tp apa2 pn bagus diaorg kawin..
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
sbb rita mengandung la diorang terpaksa mengaku dh kawin
 

Emil

Fun Poster
Joined
Nov 11, 2007
Messages
208
Reaction score
0
Points
10
Alhamdulillah,
Tak per la dia dah declare nikah secara sah.
Terima je lah..
 

taurusboyz90

Legendary Member
Joined
Apr 20, 2008
Messages
10,017
Reaction score
119
Points
123
baguslah..harap2 dengan kelahiran cahaya mata ni leh melembutkan hati parent diaorang
 

bellaluna

Legendary Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
11,891
Reaction score
2
Points
115
bestnye..

exp byk.

mcm2 ade. 8->8->
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,266
Reaction score
524
Points
176
umur 21...tgh tak reti nak fikir jangka panjang, tau nak seronok je...pastu ada peluang kawen ngan pompuan lawa...lagi la..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register