BTC USD 65,126.1 Gold USD 1,787.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rita Rudaini Mahu Tuntut Nafkah Daripada Aidil! Dakwa Dia Tak Betanggungjawab!

voda

Active Member
Paid Membership
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,32, berkemungkinan akan memfailkan tuntutan nafkah anak dan isteri terhadap suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak,23, selepas mendakwa lelaki itu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Md. Zain berkata, tuntutan itu mahu dibuat selepas meneliti tuduhan daripada Aidil yang menuntut Rita kembali taat kepadanya serta memohon hak penjagaan kekal anak mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia setahun tiga bulan.

Kata Mohd Zaidi, perkara itu masih lagi dalam pertimbangan kerana Rita bersedia untuk berbincang dengan Aidil bagi menyelesaikan kes melibatkan rumah tangga mereka itun secara baik.

“Anak guam saya menimbangkan untuk mengemukakan tuntutan itu kepada Aidil selepas melihat tuduhan yang dikemukakan oleh Aidil melalui mahkamah sebelum ini adalah tidak berasas,” katanya.

Pada 26 Oktober lalu Aidil Zafuan yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan memfailkan permohonan sulh (perbincangan) di mahkamah Tinggi Syariah, Seremban, termasuk menuntut hak penjagaan anak secara kekal (hadhanah).

rita%20&%20aidil.jpg

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

Aidil juga menuntut perintah isteri taat (nusyuz) terhadap Rita.

Dalam mStar online 28 Oktober lalu, Aidil menafikan membuat tuntutan berkenaan sebaliknya kunjungan dia ke mahkamah untuk menangguhkan perintah tersebut yang dibuat ketika mereka menghadapi masalah rumah tangga pada Hari Raya Aidilfitri lalu.

Notis yang dikemukakan Aidil itu tidak diterima Rita kerana ia dipercayai dialamatkan di kampung wanita itu di Utan Aji, Kangar, Perlis.

Sementara itu Rita berkata dia telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban pada 2 November lalu bersama peguamnya untuk mendapatkan notis tuntutan yang dikemukakan Aidil.

Notis itu turut menuntut Rita menghadiri majlis sulh yang akan diadakan pada 16 Disember ini di mahkamah yang sama.

Kata Rita dia terkejut selepas mendapati Aidil membuat sepuluh tuntutan termasuklah memohon mendapatkan hak penjagaan kekal anak mereka serta memohon Rita kembali taat kepada suami.

Rita berpendapat jika Aidil membuat tuntutan sedemikian, ia bermakna suaminya itu sudah tidak menyayanginya lagi dan dia bersedia untuk diadili di mahkamah.

“Saya kena kuatkan semangat dan bersedia untuk dibicarakan di mahkamah selepas suami sanggup membuat tuntutan itu,” katanya yang sedang mengandung tiga bulan, anak kedua mereka.

Tindakan Aidil itu kata Rita amat memeranjatkan kerana hubungan mereka yang keruh sebelum ini sebenarnya telah kembali pulih dan dia tertanya-tanya apakah motif Aidil membuat tuntutan sedemikian.

Pasangan tersebut berkahwin secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga lelaki yang pada mulanya tidak merestui perkahwinan itu.
 
Sponsored Post

bazsh

Super Active Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
7,020
Reaction score
12
Points
65
Hmm...ni la menikah kalo xder restu
Aku rasa si Aidil ni mesti tension duduk kat tengah2
 

anuarul

CG Top Poster Club
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,151
Reaction score
104
Points
133
wal macam macamm....mase nak kawen...sanggop lari ke siam..hahahhaaa
 

GASTER123

Legendary Member
Joined
May 6, 2008
Messages
15,829
Reaction score
448
Points
131
kesian lak kat depa ni..macam2 masalah..klu aku pun mesti xlena tido malam2 memikir masalah..
 

fido_figos

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 20, 2009
Messages
602
Reaction score
2
Points
15
hurm....maaf cakapla...aku salahkan rita
 

ykenobi

Super Active Member
Joined
Nov 19, 2008
Messages
6,422
Reaction score
14
Points
65
kalo kawin xdpt restu mak bapak..
payah aa..payah...
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
akibat tiada restu,pasti byk halangan..
 

Acul

Fun Poster
Joined
Jan 24, 2007
Messages
575
Reaction score
8
Points
15
Hmm...ni la menikah kalo xder restu
Aku rasa si Aidil ni mesti tension duduk kat tengah2

Makbapak mana tak restu kalo kawin dengan anak dara tua..umur 30an..macam takde orang lain nak kawin. Dah ler kawin kat siam. Makbapak aidil tu dah cakap siang-siang yang dia tak restu hubungan rita dan aidil..
 

comelcomot

Active+ Member
Joined
Jan 29, 2009
Messages
4,851
Reaction score
11
Points
30
cam2..la masalah artis skng..snng nyer diorg kawen dan cerai..masa nk nikah dulu sanggup ssh payah..skng..dah mula nuntut sana sini..ermmm..mintak di jauhi
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register