BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Risiko rumah tepi padang

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Kedudukan rumah berhampiran dengan padang bola Rumah Rakyat Juasseh.

image.jpg

Mohd Izwan menunjukkan jaring yang koyak di belakang gol yang berhampiran dengan surau.


KUALA PILAH – Penduduk di Rumah Rakyat Juasseh, di sini memohon jasa baik pihak terbabit untuk membina pagar pengadang di padang awam taman berkenaan bagi keselamatan penduduk terutama yang tinggal di persekitaran padang ini.

Ini berikutan terdapat rungutan diterima daripada penduduk mengatakan sering terjadi kerosakan harta benda dan peralatan akibat terkena bola sepak yang dimain belia pada waktu petang.

Penduduk, Mohd Izwan Lokman, 29, berkata, padang bola di taman itu sering menjadi tumpuan belia sekitar kawasan Juasseh untuk melaksanakan aktiviti riadah pada setiap petang.

Menurutnya, penduduk pernah mengajukan permohonan untuk membina pagar pengadang ke pihak berkaitan beberapa tahun dahulu tetapi pihak tersebut memaklumkan ia adalah tanggungjawab pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Kami sudah pun bertemu dengan pihak JKKK tetapi mereka memaklumkan perkara ini bukan bidang kuasanya," katanya.

Justeru itu katanya, untuk mengelakkan masalah ini berterusan, golongan belia sudah mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong membina pagar pengadang di kawasan padang bola.

"Pengadang dibina berhampiran surau taman yang sering mengalami kerosakan teruk akibat terkena bola.

“Kami menggunakan tiang lampu sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang secara kebetulan sedang membuat pertukaran tiang lampu kayu kepada tiang lampu batu manakala jaring adalah sumbangan individu daripada penduduk taman,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan tiang pagar tersebut sudah mula reput dan jaringnya banyak yang koyak.

"Kami sangat berharap agar ada yang lebih baik dan sempurna seperti yang terdapat di padang awam Kampung Selaru di mana padang itu memiliki pagar yang tinggi bagi mengelakkan bola tersasar ke kawasan perumahan," katanya.

Selain itu, Lau Tack Meng, 56, berkata, rumahnya juga pernah mengalami kerosakan akibat terkena bola.

"Pada awal tahun lalu, lampu di bahagian hadapan rumah pecah. Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan belia. Lagipun ini satu-satunya padang bola yang terdapat di sini.

"Jalan penyelesaian perlu dicari bagi menangani masalah ini. Malah, saya pernah ajukan masalah ini ketika mesyuarat Kawasan Rukun Tetangga (KRT) pada 2008 dan 2009, tetapi masih tiada penyelesaian," katanya.
 
Back
Top
Log in Register