Risau siling runtuh, pekerja hadir ke pejabat pakai topi keledar

Recommended Brokers


kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
31,576
Reaction score
1,269
Points
206


UTTAR PRADESH: Gambar sekumpulan pekerja terpaksa memakai topi keledar dalam sebuah pejabat kerajaan di Uttar Pradesh di India menjadi tular di media sosial.

Kesemuanya merupakan kakitangan jabatan elektrik di daerah Banda bertindak sedemikian sebagai langkah keselamatan berikutan pejabat mereka terletak dalam sebuah bangunan usang dengan bumbung premis itu dilaporkan berlubang.

Selain itu, turut terdapat tiang di tengah bilik terbabit yang berfungsi sebagai 'pemegang' siling untuk mengelakkan ia runtuh.

"Kami perlu pakai helmetuntuk melindungi diri masing-masing jika berlaku kejadian tidak diingini secara tiba-tiba.

"Kami ada maklumkan kepada pegawai atasan tentang keadaan bangunan itu, namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Mungkin mereka mahu tunggu salah seorang daripada kami terbunuh baru usaha membaik pulih dimulakan," kata salah seorang pekerja.

Menurutnya, kesemua pekerja terbabit juga perlu membawa payung jika musim hujan berikutan bumbung bocor.

Bukan hanya keadaan pejabat itu yang usang, perabot yang disediakan juga sangat daif berikutan tiada laci atau almari disediakan untuk menyimpan dokumen atau fail, malah kesemua dokumen itu hanya ditempatkan di dalam kotak kadbod.

 
Sponsored Post

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,491
Reaction score
252
Points
131
macam astrok pulak berita ni.....
dulu dulu dul bukan dah ada ke kes mcm ni?
 

3gunHell

Active+ Member
Joined
Jul 31, 2011
Messages
2,637
Reaction score
28
Points
30
nampak gambar pun mcm da uzur
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
8,907
Reaction score
1,867
Points
141
macam astrok pulak berita ni.....
dulu dulu dul bukan dah ada ke kes mcm ni?
ASTRO AWANI dah tak tau nk letak apa dlm website kot..

last2 ambil je berita lama....
 

susah2je

Legendary Member
Joined
Aug 19, 2006
Messages
17,618
Reaction score
499
Points
131
Macam pernah baca berita ni 15 tahun dulu ..
 

myroadtax.com

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 12, 2014
Messages
25,842
Reaction score
570
Points
161
Ini kisah lama. Hari ini dalam sejarah. :D
 

GPK1

Active+ Member
Joined
Dec 3, 2007
Messages
4,167
Reaction score
71
Points
30
haiyaa astrok vanavil
 

babylove

Freshie
Joined
Nov 9, 2019
Messages
5
Reaction score
0
Points
3
mcm sarang tikus ,xkan begitu pejabat nya?Whatttttttttttttt??!
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
149,638
Reaction score
20,704
Points
1,661
berita mcm serupa tapi tak sama



INDIA - Kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan usang di Bihar, India, terpaksa memakai topi keledar sepanjang waktu pejabat kerana risau berlaku kejadian siling runtuh.

Satu rakaman video menunjukkan empat pekerja memakai topi keledar sedang bekerja, dan tular di laman sosial negara itu baru-baru ini. Ia juga menunjukkan suasana bekerja yang serba kekurangan di India.

Susulan itu, rakaman berkenaan disiasat dan mendapati bangunan di Areraj, daerah Champaran itu, telah diumumkan sebagai tempat berbahaya oleh inspektor keselamatan sejak dua tahun lalu, namun, tiada sebarang tindakan diambil.

“Jabatan pembinaan bangunan mengumumkan bangunan itu tidak boleh digunakan lagi. Tetapi, pihak berkuasa tidak menemui alternatif lain untuk memindahkan pejabat.

“Keadaan menjadi semakin teruk apabila hujan kerana seluruh bangunan bocor, menyebabkan peralatan dan rekod pekerjaan menjadi tidak selamat.

Hal itu telah diadukan secara bertulis kepada pegawai kanan, tetapi keadaan masih sama,” kata salah seorang pekerja, Amit Kumar Pandey.

Beberapa bahagian bumbung sudah beberapa kali jatuh di kepala pekerja, dan kini keadaannya semakin teruk hinggakan ia boleh runtuh pada bila-bila masa.

“Bangunan ini agak lama dan disebabkan kami perlu hadir ke pejabat, kami memutuskan untuk memakai topi keledar. Ramai pekerja cedera kerana beberapa bahagian bumbung jatuh dari siling,” kata salah seorang pekerja, Parvez Ahmad.

Selepas video itu tular, pihak kerajaan memutuskan untuk memindahkan pejabat itu secepat mungkin dan pada masa yang sama, mengenakan notis tunjuk sebab terhadap empat pekerja di dalam video kerana menghebahkan masalah itu, bukannya cuba menyelesaikannya dengan pihak berwajib.

“Pemindahan akan dijalankan segera, sebaik menerima laporan dari bahagian pembangunan, tetapi proses itu ditangguh. Kami sudah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada pihak yang terlibat kerana menangguhkan urusan tersebut,” kata seorang pegawai kanan.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2017/08/10/pakai-topi-keledar/#WrkEZxp8TUhZVjKe.99
 

Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
595
Reaction score
94
Points
20
Mcm berita lawak lak...only in India :LOL:
Knp x guna safety helmet je klu betul2 bahaya...kan panas pki helmet lama2
 
Sponsored Post
Top
Log in Register