BTC USD 38,046.8 Gold USD 1,797.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Riot Sahkan Akan Ada Valorant Mobile

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
29,951
Reaction score
4,085
Points
236
Bersempena ulang tahun pertama Valorant, Riot mengumumkan bahawa permainan taktikal 5v5 ini bakal dibawa ke platform mudah alih. Meskipun begitu, mereka tidak berkongsi maklumat yang mendalam mengenainya. Namun, berdasarkan temu bual Riot dengan Polygon, apa yang ditawarkan Valorant di PC akan diberikan di peranti mudah alih tetapi pasti akan mempunyai sedikit perbezaan.

Selain itu, dengan kehadiran permainan tersebut ke telefon pintar, Riot berkata ia tidak akan menjejaskan pemain di PC dan tiada fungsi crossplay dimana pemain mobile tidak perlu risau. Buat pengetahuan, Valorant adalah sebuah permainan ibarat gabungan CS:GO dan Overwatch. Walaupun baru berusia 1 tahun tetapi jumlah purata pemain aktif kira-kira 14 juta setiap bulan.

Dengan ini, arena permainan mudah alih kian rancak kerana Apex Legends juga sudah ada versi Mobile. Malah, telefon gaming turut dilihat menawarkan butang tambahan untuk bermain permainan sebegini. Walau bagaimanapun, Riot tidak mendedahkan tarikh pelancarannya dan mungkin bukan tahun ini.

1622705285739.png

Sumber asal https://www.polygon.com/22463495/valorant-mobile-consoles-cross-play-riot-games-iphone
 

CG Sponsors




Top
Log in Register