Ringgit tak mungkin cecah RM4 (4.04 hi: 4.04)

CG Sponsors




Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,287
Reaction score
21,164
Points
1,671
3pm

USD/MYR close:4.18782

low:4.18515 high:4.20154
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,455
Reaction score
1,466
Points
201
Pengurup wang di sekitar Kuala Lumpur. - Foto: NSTP/ HAFIZ SOHAIMI
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS, RM4.168


Share


Tweet

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan peningkatan semalam berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini ketika semakin ramai pelabur beralih ke arah mata wang negara sedang membangun termasuk ringgit.

Pada 9.35 pagi, unit tempatan itu disebut harga pada 4.1680/1730 berbanding dolar AS daripada paras 4.1740/1790, semalam.


Seorang peniaga berkata, aliran peningkatan harga minyak global telah memacu sentimen pasaran bagi aset lebih berisiko dan menyebabkan ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0432/0473 daripada 3.0487/0533 dan naik berbanding yen kepada 3.9328/9379 daripada 3.9482/9533.

Selain itu ringgit turut mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4505/4574 daripada 5.4775/4858 dan meningkat berbanding euro kepada 4.9170/9233 daripada 4.9387/9458 sebelum ini.
– Bernama
 

Cricket

Fun Poster
Joined
Oct 25, 2008
Messages
269
Reaction score
62
Points
20
setengah tahun PN ambil alih
ringgit naik RM4.14 vs USD

bursa pun naik
1526.36
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,455
Reaction score
1,466
Points
201
Ringgit cecah paras tertinggi dalam tujuh bulan


Share


Tweet

KUALA LUMPUR: Penurunan dolar Amerika Syarikat (AS) dan minat risiko yang mengukuh telah menyokong ringgit untuk ditutup di paras tertingginya dalam tempoh tujuh bulan.

Pada penutup, mata wang berada pada 4.1400/1450 berbanding dolar AS daripada 4.1630/1680 pada Jumaat minggu lalu.


Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata dolar AS terus mencatatkan prestasi lemah selepas Simposium Jackson Hole.

Beliau berkata, kenaikan harga minyak dan hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang tinggi meningkatkan permintaan terhadap unit tempatan.

"MGS menerima permintaan asing yang tinggi berikutan jangkaan satu lagi penurunan kadar pada September.

"Malaysia juga menjadi negara contoh bagi usaha memerangi pandemik COVID-19 susulan bilangan kesnya yang rendah," katanya kepada Bernama.

Selain itu, Innes berkata lebih banyak petanda positif daripada pemulihan ekonomi China dengan aktiviti pembuatan pada Ogos melonjak ke paras tertingginya sejak Januari 2011, juga memacu pergerakan risiko dalam komoditi hari ini dan menjadi sokongan yang baik bagi ringgit.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Caixin meningkat kepada 53.1 pada Ogos daripada 52.8 pada Julai.

Di dalam negara, IHS Markit berkata pengeluaran pembuatan stabil pada Ogos tetapi hilang momentum yang dilihat semasa lantunan semula awal selepas perintah kawalan pergerakan dan bacaan terkini adalah susulan pengembangan pada Jun dan pertumbuhan seterusnya pada Julai.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0490/0539 daripada paras 3.0581/0629 pada Jumaat dan naik berbanding yen kepada 3.9149/9207 daripada 3.9393/9444.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding pound Britain kepada 5.5671/5742 daripada 5.5251/5322 dan susut berbanding euro kepada 4.9593/9665 daripada 4.9486/9562 sebelumnya.
-BERNAMA
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,455
Reaction score
1,466
Points
201
Ringgit dibuka tinggi


Share


Tweet

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dengan sentimen positif yang dibawa oleh momentum hasil menggalakkan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) terus menyokong mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan disebut pada 4.1410/1460 berbanding dolar AS daripada 4.1430/1490 ketika ditutup pada Rabu.


Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pasaran dilihat berada dalam mod bersedia mengambil risiko pada masa ini memandangkan dolar AS terus menyusut manakala aset berisiko seperti ekuiti terus meningkat.

"Ini memberi manfaat kepada ringgit kerana pelabur menjadi lebih konstruktif terhadap nilai ringgit," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, susulan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) Global lebih tinggi pada Ogos, Rizab Persekutuan AS juga dilihat komited untuk mengekalkan kadar penanda arasnya yang lebih rendah bagi tempoh lebih panjang.

Pelabur kini menunggu mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijadualkan pada 10 September untuk mendapatkan kemungkinan keputusan dasar dan petunjuk daripada kenyataannya.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0364/0412 daripada 3.0445/0494 ketika ditutup semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.8978/9032 daripada 3.9037/9101.

Ringgit stabil berbanding pound Britain kepada 5.5200/5270 daripada 5.5367/5451 semalam dan tinggi berbanding euro kepada 4.8992/9068 daripada 4.9173/9261.
-BERNAMA
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,455
Reaction score
1,466
Points
201
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS


Share


Tweet

KUALA LUMPUR: Ringgit yang diniagakan tinggi semalam, meneruskan aliran mengukuh untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini.

Menurut peniaga, kelemahan dolar sedikit sebanyak telah membantu meningkatkan permintaan untuk mata wang baharu muncul, termasuk ringgit.


Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1400/1450 berbanding dolar AS daripada 4.1440/1490 ketika ditutup Isnin.

Seorang peniaga berkata para peniaga agak berhati-hati terutamanya menjelang keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) berhubung kadar faedah utamanya yang dijadual akan diputuskan pada Rabu berserta peningkatan kes COVID-19 dan peralihan politik di Amerika Syarikat.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0339/0386 daripada 3.0321/0369 pada Isnin, lebih rendah berbanding yen Jepun kepada 3.9167/9218 daripada 3.9080/9138 dan lemah berbanding euro kepada 4.9129/9193 daripada 4.9119/9195 semalam.

Mata wang tempatan itu, bagaimanapun, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3120/3189 daripada 5.3230/3315 sebelumnya. - BERNAMA
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,455
Reaction score
1,466
Points
201
Pelabur ambil untung, ringgit dibuka rendah
September 21, 2020 @ 10:46am
TINJAUAN_RINGGIT_MALAYSIA_PENGURUP_WANG_1600656347.jpg
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Kegiatan pengambilan untung dalam kalangan pelabur selepas ringgit ditutup pada paras tinggi tujuh bulan Jumaat lalu, menyaksikan mata wang tempatan dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini.
Pada masa sama, ringgit turut memantau pergerakan mata wang renminbi China.
Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1122/1180 berbanding 4.1100/1150 ketika ditutup Jumaat lalu.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata selain itu, sentimen juga kelihatan kurang bimbang mengenai Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang akan dikeluarkan daripada senarai pemantauan Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE (WGBI) bulan ini.
"Ringgit seharusnya didagang dengan baik kerana ia terus memantau renminbi China, sekali gus menyaksikan pemulihan ekonomi China kekal bebas daripada COVID-19.
"Eskport Malaysia ke China mungkin boleh terus meningkat dengan permintaan penggunaan runcit tanah besar itu bergerak seiring dengan pemacu perindustrian China," kata beliau kepada Bernama.
Bagaimanapun, Innes mengingatkan bahawa walaupun ringgit masih terus menjadi mata wang kegemaran untuk dibeli dalam jangka masa panjang, ia boleh mendorong kegiatan pengambilan untung yang berterusan sekiranya risiko masih ada berikutan penularan COVID-19 di Eropah dan kebimbangan berlakunya penumpuan pasaran saham terhadap sektor teknologi.
Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.
Ia lega berbanding dolar Singapura kepada 3.0307/0362 daripada 3.0299/0347 pada Jumaat tetapi mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3267/3353 daripada 5.3340/3421 sebelumnya.
Mata wang tempatan lebih rendah berbanding euro kepada 4.8764/8848 daripada 4.8712/8787 tetapi meningkat sedikit berbanding yen kepada 3.9368/9429 daripada 3.9398/9450 pada Jumaat.
-BERNAMA
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,455
Reaction score
1,466
Points
201
ringgitkemas_1604724205.jpg
Ringgit beri reaksi positif pada pembentangan Belanjawan 2021 - Foto Bloomberg
KUALA LUMPUR: Ringgit memberi reaksi positif serta mengukuh sebanyak 0.2 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat, paras paling kukuhnya berbanding unit negara maju itu dalam tempoh seminggu.
Bagi minggu akan datang, prestasi ringgit dijangka mendapat dorongan menerusi pengumuman data ekonomi terbaharu yang dilihat memberi kejutan positif untuk unit tempatan itu.

Penganalisis Pasaran FTXM, Han Tan, berkata ringgit berserta semua mata wang utama Asia mencatatkan aliran peningkatan mingguan berbanding dolar AS yang sebaliknya susut daripada kenaikan awal sebelum pemilihan presiden negara itu.
Menurutnya, keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada awal minggu yang seiringan dengan jangkaan pasaran, juga membantu prestasi ringgit bagi tempoh itu.
"Selain itu, kejutan positif data ekonomi Malaysia yang akan diumumkan minggu depan seperti pengeluaran perindustrian bagi September dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga juga boleh mempengaruhi jangkaan sekitar pemulihan ekonomi dan memberi sokongan untuk ringgit.
"Ekonomi Malaysia dijangka menguncup sebanyak 6.5 peratus pada suku ketiga yang lebih baik daripada prestasi suku kedua yang menguncup sebanyak 17.1 peratus," katanya.
Bagi minggu depan, tukaran ringgit dan dolar AS dijangka dalam sentimen lemah sementara menunggu sebarang perubahan besar membabitkan pilihan raya Presiden AS.
"Ini kerana, kemenangan Joe Biden akan menyaksikan dolar AS menyederhana lagi yang sebaliknya membuka ruang tukaran ringgit-dolar pada 4.11 seperti pada pertengahan September.
"Namun, jika Donald Trump berjaya mengubah keadaan dan menuntut kemenangannya atau tuntutan undang-undangnya terhadap undian terbukti membantunya, ini boleh memulihkan dolar AS dan menyebabkan ringgit-dolar AS ke arah paras rintangan pada 4.17," katanya.
Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit mengukuh semula berbanding dolar AS kepada 4.1275/1325 daripada 4.1530/1570 pada minggu sebelumnya.
Dalam pada itu, ringgit rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0624/0668 daripada 3.0427/0468 Jumaat lepas, rendah berbanding yen kepada 3.9918/9978 daripada 3.9757/9814 sebelum ini.
Ringgit turun berbanding pound Britain kepada 5.4231/4313 daripada 5.3806/3866 dan susut berbanding euro pada 4.8923/8995 daripada 4.8470/8529 sebelum ini.
-BERNAMA
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,455
Reaction score
1,466
Points
201
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu ditutup hari ini, dipacu oleh sentimen positif susulan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) semalam.

Pada 6 petang, mata wang tempatan di paras 4.1140/1190 berbanding dolar AS daripada 4.1220/1260 sewaktu ditutup pada Jumaat lalu.


Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata RCEP akan menyumbang dari segi mengekalkan Malaysia sebagai hab perdagangan dan destinasi pelaburan pilihan.

Beliau turut menyifatkan perjanjian dimeterai ASEAN berserta China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand itu turut berperanan sebagai mekanisme pemulihan ekonomi bagi menangani COVID-19 serta membantu memastikan pasaran dan rantaian bekalan terus dibuka.

DISYORKAN UNTUK ANDA

Seorang penganalisis berkata, sentimen positif di pasaran itu juga berkemungkinan didorong oleh kejutan positif membabitkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga yang susut 2.7 peratus berbanding penguncupan 4.6 peratus dalam jangkaan awal.

Dalam pada itu, ringgit ditutup bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lainnya.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0562/0604 daripada 3.0558/0608 dan susut berbanding yen kepada 3.9350/9405 daripada 3.9246/9288.

Unit tempatan itu bagaimanapun mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4185/4268 daripada 5.4291/4360 sebelum ini dan naik berbanding euro kepada 4.8722/8798 daripada 4.8743/8802.

-BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register