Ringgit tak mungkin cecah RM4 (4.04 hi: 4.04)

CG Sponsors




Sponsored Post

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,456
Reaction score
1,466
Points
201
ringgitmalaysia_1591100738.jpg

Ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain
Ringgit ditutup tinggi, meningkat tiga hari berturut-turut


Share


Tweet

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi untuk hari ketiga berturut-turut hari ini dalam persekitaran menunjukkan pemulihan ekonomi daripada krisis COVID-19 selepas China mengumumkan peningkatan bagi Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi bulan Mei.

Pada penutupan hari ini, ringgit diniagakan pada paras 4.2750/2800 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.3150/3200 yang dicatatkan pada Isnin.


Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata ringgit terus didorong oleh ekonomi China yang optimis setelah data PMI mencatat tahap baik iaitu 50.7 yang menandakan pengembangan dalam aktiviti.

PMI di bawah 50 menunjukkan penguncupan.

"Tetapi data PMI Malaysia adalah baik semalam kerana ia mencatatkan PMI yang lebih baik daripada jangkaan, katanya.

PMI IHS Markit Malaysia meningkat kepada 45.6 pada bulan Mei daripada paras terendah sebanyak 31.3 direkodkan pada bulan April, menunjukkan ekonomi telah pulih.

IHS Markit berkata sektor pembuatan Malaysia memberi petunjuk bahawa ia semakin stabil pada pertengahan suku kedua dengan pengurangan jumlah pengeluaran, pesanan baharu dan pekerjaan masing-masing mencatatkan penurunan.

Selain itu, katanya, kenaikan harga minyak tetap menjadi pemangkin utama di sebalik dolar AS yang lemah.

"Wujudnya isu kedudukan lindung nilai dolar AS yang masih belum selesai di seluruh rantau ini di sebalik pembukaan semula aktiviti perniagaan," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali pound Britain, yang mana ia turun kepada 5.3715/3787 daripada 5.3454/3533 semalam.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura ke 3.0503/0547 daripada 3.0620/0660 pada penutupan hari Isnin, naik berbanding yen Jepun kepada 3.9686/9736 daripada 4.0099/0156 dan lebih tinggi berbanding euro pada 4.7790/7859 daripada 4.7953/8021.
-BERNAMA
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,456
Reaction score
1,466
Points
201
ringgit_1591759424.jpg

Gambar fail: Foto - AFP
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS


Share


Tweet

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang lebih baik terhadap unit tempatan walaupun harga minyak dunia rendah dan laporan inventori Amerika Syarikat (AS) lemah.

Pada 9.05 pagi ini, ringgit berada pada 4.2690/2770 berbanding dolar AS daripada 4.2720/2800 semalam.


Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes, berkata mata wang tempatan dipengaruhi pergerakan dalam pasaran minyak mentah dunia.

Pada masa ini, minyak mentah Brent sebanyak AS$40.51 setong, susut 1.63 peratus.
in-art-close-icon-128x128-16481b937f87b244a645cdbef0d930f8.png

–– ADVERTISEMENT ––





"Malangnya, turun naik menunjukkan penurunan apabila peniaga minyak bimbang mengenai landskap makro berikutan laporan inventori AS menunjukkan permintaan AS terus menurun," katanya.

Menurut Jabatan Perdagangan AS, inventori borong meningkat 0.3 peratus pada April 2020, manakala stok pada pemborong merosot kepada 1.1 peratus pada Mac.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding euro kepada 4.8406/8501 daripada 4.8124/8227 pada Selasa dan berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.0710/0774 daripada 3.0661/0723.

Ringgit rendah berbanding pound kepada 5.4314/4421 daripada 5.4007/412 dan susut berbanding yen kepada 3.9612/9694 daripada 3.9589/9674 sebelum ini. - Bernama
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,287
Reaction score
21,164
Points
1,671
Ringgit cecah purata RM4.25 separuh pertama 2020

KUALA LUMPUR: Ringgit mencecah paras purata 4.25 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada separuh pertama 2020 iaitu susut 3.2 peratus daripada purata 4.12 bagi tempoh sama pada 2019.


Punca utama penyusutan itu adalah COVID-19 yang turut menjejaskan rantaian bekalan global serta usaha bagi menanganinya.

Kes COVID-19 di peringkat global kini berjumlah 10.59 juta termasuk 514,082 kematian.

Ringgit memulakan 2020 di paras 4.0880/0930 dan setakat tahun ini, paras tertingginya adalah 4.052 yang dicatat pada 17 Januari manakala paras terendah 4.44 pada 23 Mac lalu.

Mengulas prestasi ringgit, ahli ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Mazlina Abdul Rahman berkata, penurunan kadar faedah akibat pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) juga memberi kesan terhadap penyusutan mata wang tempatan itu.

Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak menurunkan OPR sebanyak tiga kali pada 2020 sehingga ke paras 2.0 peratus yang merupakan kadar paling rendah dalam tempoh sedekad.

"Selain itu, harga minyak juga susut secara ketara berikutan pertikaian antara Arab Saudi, Rusia dan AS yang menyebabkan ringgit melepasi paras 4.40 dan terus diasak tekanan bagi beberapa minggu," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, penganalisis yang juga Ketua Strategis Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, berkata ringgit dipacu sentimen positif pada awal 2020.

"Ini susulan pemeteraian perjanjian perdagangan fasa pertama AS-China yang sememangnya memberangsangkan untuk mata wang Asia.

"Malangnya, pasaran sebaliknya dikejutkan dengan bencana dalam bentuk COVID-19," katanya.

Dalam pada itu, Kenanga Research yang juga cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank berkata, ringgit mengukuh pada Jun walaupun dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta peningkatan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia kepada 45.6 pada Mei berbanding 31.3 pada April.

Pada Jun, PMI meningkat kepada 51.0 iaitu tertinggi sejak September 2018.

"Bagaimanapun, peningkatan itu hanya sementara apabila pasaran kewangan global mengalihkan minat terhadap risiko kepada aset selamat, khususnya dolar AS," kata Ketua Penyelidik Kenanga, Wan Suhaimie Wan Mohd Saidie.

Beliau menjangkakan ringgit meningkat sedikit pada Julai berikutan pemulihan harga minyak selain turut dipacu kejayaan Malaysia membendung serta mengurus pandemik berkenaan.

"Malah, perdagangan tempatan akan mendapat manfaat daripada pemulihan perdagangan global serta permintaan terhadap komoditi apabila ekonomi dunia dibuka secara beransur-ansur.

"Namun, terdapat beberapa ketidaktentuan membabitkan ketegangan semula perdagangan AS-China serta kebimbangan mengenai berlakunya gelombang kedua jangkitan COVID-19 di serata dunia," katanya dalam nota penyelidikan.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,287
Reaction score
21,164
Points
1,671
Penurunan OPR, ringgit dijangka cecah RM4.35 akhir 2020

KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank Bhd menjangkakan ringgit diniagakan pada paras 4.35 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2020 susulan langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) lagi kepada 1.75 peratus, semalam.


Bank pusat berkenaan telah melaksanakan pengurangan OPR sebanyak empat kali berjumlah 125 bps sejak awal tahun ini.

Dalam satu nota penyelidikan hari ini, Ahli Ekonomi RHB Investment Bank Bhd Ahmad Nazmi Idrus, berkata langkah bank pusat itu sepatutnya kurang memberi tekanan kepada ringgit untuk terus mengukuh.

"Selain itu, risiko kemungkinan berlakunya gelombang kedua jangkitan COVID-19 kekal tinggi seperti yang dialami banyak negara lain.

"Jika itu benar-benar berlaku, kita mungkin menyaksikan pengukuhan dolar AS kerana pelabur lebih memilih aset yang lebih cair," katanya.

Namun, Ahmad Nazmi berkata ringgit telah menokok sedikit kepada 4.29 berbanding dolar AS pada Jun 2020 berbanding 4.35 dalam bulan sebelumnya.

"Ringgit dapat mengatasi kerugian sebelum ini susulan peningkatan sentimen selepas ekonomi dibuka semula selain kelemahan yang dialami dolar AS," katanya.

Mengulas rizab antarabangsa BNM yang berjumlah AS$103.4 bilion setakat 30 Jun 2020 berbanding AS$102.9 bilion pada 29 Mei 2020, beliau berkata peningkatan itu masih berlaku walaupun sebahagian besar daripada peningkatan nisbah liputan import itu berpunca daripada penyusutan permintaan berkaitan.

"Pengukuhan ringgit juga sebahagiannya disebabkan oleh pertambahan jangkitan COVID-19, khususnya di AS manakala keadaan di sini sebaliknya semakin baik," katanya.

Beliau berkata, peningkatan ringgit dijangka berterusan walaupun keadaan ekonomi sebaliknya kekal tidak menentu.

Pada 9.05 pagi ini, ringgit diniagakan rendah pada 4.2800/2860 berbanding dolar AS daripada paras 4.2750/2800, semalam.

 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,456
Reaction score
1,466
Points
201
Ringgit terus meraih manfaat daripada dolar AS yang lemah
Ringgit teruskan momentum peningkatan


Share


Tweet

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum kenaikan minggu lalu untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh sentimen lemah mata wang negara maju itu, kata peniaga.

Mata wang tempatan meningkat kepada 4.2200/2250 berbanding dolar AS daripada 4.2500/2550 pada jam 6 petang Khamis minggu lalu.


Peniaga berkata, dolar AS susut kepada paras terendah dalam tempoh dua tahun pada Rabu selepas bank pusat AS memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada hampir sifar untuk menyokong ekonomi yang lembap.

Beliau berkata, sebarang ketidaktentuan pertumbuhan dan hasil bon akan dilindungi dana Rizab Persekutuan (Fed).

"Dolar AS telah sedia lemah disebabkan peningkatan kes COVID-19 di AS, pelabur mengalihkan aset mereka ke luar dari AS selain tumpuan kepada pilihan raya umum, serta kebimbangan terhadap hasil rendah dan paras fiskal.

"Fed mengatakan COVID-19 amat menjejaskan aktiviti ekonomi, pekerjaan dan kadar inflasi...ini adalah petanda lebih suram bagi unjuran pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus menyokong sentimen dalam pasaran pertukaran asing," katanya.

Peniaga lain pula berkata, ringgit terus meraih manfaat daripada dolar AS yang lemah dan peningkatan aliran bon memandangkan pelabur asing terus membeli Sekuriti Kerajaan Malaysia yang memberi pulangan berjangka sebenar positif berbanding hasil sebenar berjangka AS yang mencatatkan sebaliknya.

"Berdasarkan unjuran dolar AS yang amat suram, pelabur asing juga boleh memperoleh peningkatan hasil yang ditambah daripada ringgit yang lebih kukuh," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0649/0694 daripada 3.0808/0851 ketika ditutup pada Khamis lepas, serta naik berbanding yen Jepun kepada 3.9905/0956 daripada 4.0346/0397.

Ringgit stabil berbanding euro kepada 4.9555/6623 daripada 4.9746/9822 pada Khamis namun susut berbanding pound Britain kepada 5.5037/5111 daripada 5.4587/4668.
-BERNAMA
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,456
Reaction score
1,466
Points
201
Kestabilan harga minyak sokong kenaikan ringgit - Foto Bloomberg
Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar


Share


Tweet

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika permintaan terhadap unit tempatan itu terus ketara susulan harga minyak mentah yang kembali stabil, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi ini, mata wang tempatan berada di paras 4.2110/2160 berbanding 4.2180/2230 pada 6 petang Selasa.


Ketua Strategis Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata ringgit terus meningkat berikutan prestasi dolar AS yang sebaliknya lemah serta perbezaan hasil nyata antara sekuriti kerajaan Malaysia dan AS yang mencecah paras terendah.

"Seperti yang berlaku semalam, peningkatan ringgit itu telah didorong oleh prestasi pasaran global.

"Walaupun ini positif, namun antara perbincangan utama mengenai dasar monetari itu adalah sama ada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan lagi kadar faedah atau mengekalkannnya apabila semakan itu dibuat pada 10 September ini," katanya.

Selain itu, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0681/0729 daripada 3.0672/0719 dan merosot berbanding yen kepada 3.9884/9936 daripada 3.9796/9855.

Berbanding pound Britain, ringgit susut kepada 5.5088/5158 daripada 5.5079/5161 namun meningkat berbanding euro kepada 4.9728/9804 daripada 4.9747/9810.
-BERNAMA
 

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
May 13, 2007
Messages
21,456
Reaction score
1,466
Points
201
Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain - Foto hiasan
Ringgit dibuka kukuh, tertinggi dalam lima bulan


Share


Tweet

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi kepada paras tertinggi dalam tempoh hampir lima bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh dana global yang mencari hasil.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.2110/2160 berbanding dolar AS daripada 4.2180/2230 dicatatkan pada 6 petang pada Rabu.


Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata dari perspektif hasil nyata, sekuriti kerajaan Malaysia menonjol, dijangka meningkatkan permintaan terhadap ringgit, yang mencatatkan prestasi baik daripada kenaikan harga minyak dan beta stabil unit tempatan kepada renminbi China.

Beliau juga berkata, mata wang tempatan dapat menguji paras trend 4.175 tidak lama lagi dan kemungkinan hasil positif yang rendah daripada rundingan perdagangan AS-China.

Berbanding sekumpulan mata wang, ringgit diniagakan tinggi.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0560/0601 daripada 3.0619/0646 semasa ditutup semalam dan naik berbanding yen kepada 3.9631/9689 daripada 3.9661/9701.

Berbanding pound, unit tempatan meningkat kepada 5.4944/5018 daripada 5.5046/5106 dan naik berbanding euro kepada 4.9690/9758 daripada 4.9709/9760 sebelum ini.
-BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register