Ringgit tak mungkin cecah RM4 (4.04 hi: 4.04)

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,287
Reaction score
21,164
Points
1,671
Update daily
Fri 19 February 2020 3:15pm

xeLogo.png


1 US Dollar equals
4.04 Malaysian Ringgit

USD/MYR close: 4.04605 low: 4.03764 high: 4.04698

*record high 4.48 (29 Sept 2015) 4.54 (11 Nov 2016)
*record low 3.84 (13 April 2016)


http://www.xe.com/currencycharts/?from=USD&to=MYR

* 12 Ogos 2015

Ringgit cecah RM4

Nilai ringgit mencecah paras RM4 berbanding satu dolar Amerika dalam dagangan intra hari ini. Matawang tempatan itu didagangkan RM4.0035 berbanding satu dolar Amerika pada jam 9.35 pagi tadi namun kembali pulih sedikit tidak lama selepas itu dan berlegar sekitar RM3.99.


Ini merupakan nilai terendah yang pernah dicatatkan matawang negara sejak krisis kewangan Asia pada 1997.

Kekurangan petunjuk positif dalam pasaran tempatan, isu-isu domestik serta kejatuhan harga minyak mentah menyebabkan nilai ringgit semakin menyusut, sekaligus menjadikan prestasinya terburuk dalam kalangan matawang Asia.

Manakala di peringkat global, jangkaan peningkatan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan, kejatuhan harga bon kerajaan serta penurunan nilai yuan, semalam memburukkan lagi prestasi ringgit.

Ringgit didagangkan lebih rendah berbanding matawang-matawang utama lain kecuali dolar Singapura. Ia sedikit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.8216 berbanding 2.8302 semalam. Matawang tempatan itu didagangkan lebih rendah berbanding yen pada 3.1877, pound sterling (6.2020) dan euro (4.4040) - MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/ms/ekonomi/ringgit-cecah-rm4
Ringgit tak mungkin cecah RM4


DZulkifli Mahmud (dua dari kiri) dan Kristina Fong (dua dari kanan) melihat buku prospek ekonomi selepas sidang akhbar di Menara Matrade, Kuala Lumpur, semalam. Utusan/IRWAN MAJID

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Penyusutan nilai ringgit berbanding mata wang utama dunia khususnya dolar Amerika Syarikat (AS) sejak tahun lalu, dijangka tidak berterusan malah tidak akan mencecah RM4 sehingga akhir tahun ini apabila Rizab Persekutuan AS mengumumkan kenaikan kadar faedah.

Ketua Penyelidikan RAM Research Services Bhd., Kristina Fong berkata, langkah Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah yang dijangka dibuat pada tahun ini juga, secara langsung akan menghilangkan tekanan dan ketidakpastian ke atas ringgit.

Beliau berkata, ketika ini nilai ringgit banyak dipengaruhi oleh sentimen pasaran di AS, selain faktor global lain.

“Saya menjangka ringgit akan berlegar sekitar RM3.9 berbanding dolar sehingga hujung tahun ini, dan tidak mungkin mencecah paras RM4. Malah, saya turut menjangkakan ringgit tidak akan mencecah paras tersebut pada 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis taklimat Prospek Ekonomi dan Kesan Turun Naik Kadar Pertukaran di Bangunan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Dzulkifli Mahmud.

Fong berkata, meskipun masih terdapat faktor ketidakpastian lain, namun beliau percaya Malaysia mempunyai asas ekonomi yang kukuh untuk mengekalkan kekuatan mata wang negara pada tahap tertentu.

Sementara itu, mengulas sama ada kerajaan akan mengambil langkah menambat ringgit, Fong percaya, tambatan ringgit bukanlah sebahagian daripada rancangan kerajaan Malaysia untuk menangani situasi tersebut.

“Kami percaya tambatan ringgit bukannya sebahagian daripada rancangan kerana pasaran Malaysia adalah lebih terbuka ketika ini. Kali terakhir Malaysia melaksanakan tambatan ringgit iaitu pada 1998, kita berada pada situasi yang berbeza.

“Pada masa kini, kita mempunyai lebih banyak pelaburan dan penglibatan asing, jadi saya berpendapat ia tidak berada dalam pelan kewangan negara ketika ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berpendapat, antara perkara yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk menangani kelemahan ringgit adalah terus memantau apa yang berlaku supaya dapat menangani sebarang risiko yang mungkin muncul.

“Malaysia mempunyai asas yang kukuh dan daya tahan tersebutlah yang akan membolehkan negara ini bertahan dengan kejutan,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/tidak-mungkin-cecah-rm4-8211-ram-1.120579#ixzz4kalMKRMq
 
Bawah paras RM4 sejak 0gos 2016

KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh ke bawah paras RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama sejak Ogos 2016 pagi ini, didorong jangkaan positif ekonomi dan kedudukan kewangan negara.


Mata wang tempatan itu meningkat 0.4 peratus kepada RM3.991 sedolar, tertinggi sejak 16 Ogos 2016.

Penganalisis berkata, pengukuhan mata wang tempatan itu disokong oleh peningkatan kedudukan fiskal kerajaan, unjuran ekonomi negara yang positif serta paras ringgit yang selama ini di bawah nilai.

Untuk jangka terdekat, penganalisis berkata, mata wang tempatan itu mampu mengukuh ke paras RM3.95 sedolar.

"Aliran masuk dana ke negara ekonomi baru muncul akan disokong oleh permintaan tinggi di persada global, kemantapan lebaran imbangan kerajaan serta langkah mengetatkan dasar monetari secara berperingkat," katanya.

Sementara itu, BMI Research dalam nota penyelidikannya baru-baru ini menaikkan unjuran ringgit kepada RM3.90 sedolar menjelang akhir tahun ini daripada unjuran sebelumnya iaitu RM4 sedolar.

United Overseas Bank (UOB) pula berkata, untuk tempoh selanjutnya, tiga faktor positif utama yang akan terus menyokong pengukuhan ringgit adalah pertumbuhan ekonomi yang kukuh, pengukuhan harga minyak mentah dunia dan jangkaan kesan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dijadualkan tahun ini.

TA Securities Holdings Bhd turut mengunjurkan ringgit meneruskan aliran meningkatnya berbanding dolar AS tahun ini didorong jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia, peningkatan harga minyak mentah serta penghantaran balik pendapatan eksport memberi impak positif kepada ringgit.


https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2018/01/371294/ringgit-mengukuh-bawah-paras-rm4-sedolar

Ringgit dinilai secara tidak adil, kata BNM



KUALA LUMPUR 20 Nov. - Mata wang ringgit dinilai secara tidak adil dan jauh berbeza daripada nilai saksama yang memperlihatkan keperluan kepada pemulihan kadar pertukaran.


Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, ringgit kini diniagakan pada paras tertinggi berban*ding dolar AS sejak 2016 apabila ia disenaraikan sebagai satu daripada mata wang berprestasi pa*ling buruk di Asia.

Katanya, sama seperti beberapa mata wang pasaran baharu muncul yang lain, ringgit mengalami kerugian selepas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Jelas beliau, pelabur bimbang tindakan pengeluaran modal secara tergesa-gesa oleh keba*nyakan ekonomi baharu muncul boleh menyebabkan kenaikan kadar faedah AS dengan pantas.

“Ringgit menyaksikan peningkatan ketara sejak November tahun lepas, yang ketika itu merupakan antara mata wang paling tidak menentu namun kedudukannya kini semakin mengukuhkan, malah stabil.

“Ketidaktentuan telah menurun daripada kedudukan puncak pada 9.7 peratus kepada kira-kira 3.7 peratus pada masa ini,” kata*nya dalam teks ucapan sempena Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia di sini Jumaat lalu yang dikeluarkan BNM hari ini.

Bagi kebanyakan ahli ekonomi dan penganalisis, Malaysia adalah ekonomi yang bergantung kepada minyak dan apabila harga minyak turun, ekonomi Malaysia menghadapi masalah.

Menurut Muhammad, walaupun keadaan itu benar untuk beberapa tahun sebelum ini, namun perkara berkenaan terus diandaikan tetap dan kekal oleh pihak tertentu.

Tambahnya, persepsi itu berterusan sungguhpun sudah banyak perubahan struktur dilakukan yang membawa kepada ekonomi Malaysia yang lebih pelbagai dan mengurangkan pergantungan kepada minyak.

“Bagi yang belum tahu, peratusan pendapatan minyak kepada pendapatan kerajaan sebanyak 41.3 peratus pada 2009 berbanding 14.6 peratus pada 2016. Fakta ini seolah-olah tidak dihiraukan oleh banyak penganalisis,” katanya.


http://www.utusan.com.my/bisnes/eko...ra-tidak-adil-8211-bnm-1.557016#ixzz4z2xHcDVd

BNM umum langkah baru sokong ringgit berkuatkuasa 5 Disember


Ia bertujuan mewujudkan pasaran tukaran asing di Malaysia yang meluas, maju, memiliki kecairan agar setara dengan pertumbuhan ekonomi serta sentiasa menepati keperluan sofistikated para pengguna.

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memperkenalkan beberapa langkah bagi meningkatkan kecairan pasaran tukaran asing berkuat kuasa 5 Disember ini.

Bercakap pada taklimat media di sini, hari ini, Penolong Gabenor BNM, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata langkah bertujuan memperluaskan pasaran kewangan Malaysia itu antaranya membolehkan pemastautin, termasuk kalangan pengurus dana berstatus pemastautin untuk bebas dan secara aktif melindung nilai mata wang dolar AS dan renminbi China.

Bagaimanapun, pendedahan itu hanya terhad kepada RM6 juta setiap pelanggan dan setiap bank dengan perisytiharan sekali tiada pembabitan dalam aktiviti spekulatif.

Kalangan pemastautin dan pengurus dana bukan pemastautin kini boleh secara aktif menguruskan pendedahan tukaran asing sehingga 25% daripada jumlah pelaburan aset.

Jelasnya, bagi mempertingkatkan akses pelabur asing dan korporat terhadap tukaran asing di pasaran dalam pesisir, institusi kewangan luar pesisir bukan pemastautin boleh mengambil bahagian dalam kerangka Pejabat Lantikan Luar Negara yang diberi kelonggaran tambahan bagi transaksi ringgit.

“Kelonggaran ini termasuk (tindakan) melindung nilai tukaran asing (akaun sendiri/bagi pihak pelanggan) untuk akaun semasa dan kewangan berdasarkan komitmen, pembukaan akaun ringgit (simpan kira) dan lanjutan pembiayaan dagangan ringgit,” katanya.

Menurut Adnan, sejajar usaha memudahkan pelaburan dalam aset tukaran asing, pemastautin yang memiliki pinjaman ringgit domestik, bebas untuk melabur dalam aset tukaran asing di dalam pesisir dan luar negara pada had RM50 juta untuk korporat dan RM1 juta bagi individu.

“Pemastautin tanpa pinjaman ringgit domestik sebaliknya boleh terus menikmati kelonggaran pelaburan dalam aset tukaran asing di dalam pesisir dan luar negara membabitkan sebarang jumlah.

“Ini memberi layanan sama rata kepada pemastautin dengan pinjaman ringgit domestik untuk melabur dalam aset tukaran asing di pasaran dalam atau luar pesisir,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kalangan pengeskport kini boleh mengekalkan sehingga 25% hasil eksport dalam mata wang asing berbanding 100%, sebelum ini.

“Mereka boleh memegang baki lebih tinggi dengan kelulusan BNM untuk memenuhi tanggungan obligasi dalam tukaran asing,” katanya.

Malah, kata Adnan, sebarang pembayaran oleh pengeksport pemastautin bagi tujuan penyelesaian dagangan barangan dan perkhidmatan domestik, kini perlu dibuat sepenuhnya dalam ringgit.

Kesemua hasil eksport dalam ringgit juga boleh menikmati kadar pulangan lebih tinggi menerusi satu kemudahan deposit khas.

Kemudahan berkenaan akan ditawarkan kepada pengeksport menerusi semua bank-bank komersial pada kadar 3.25% setahun.

Bagaimanapun, kemudahan yang akan ditawarkan sehingga 31 Dis 2017 itu tertakluk kepada semakan selanjutnya.

Mata wang asing yang diperoleh daripada pertukaran hasil eksport akan digunakan bagi memastikan kecairan berterusan tukaran asing di pasaran dalam pesisir.

Sebagai tambahan kepada langkah lindung nilai yang diumumkan itu, para pengeksport juga dapat melindung nilai atau sebaliknya sehingga tempoh 6 bulan daripada tanggungan obligasi mata wang asing mereka.

Langkah ini bertujuan menggalakkan pasaran tukaran asing dalam pesisir yang lebih terperinci, telus dan mantap bagi kemudahan pelabur dan penggiat pasaran menguruskan risiko pasaran secara berkesan dengan kelonggaran lebih ketara untuk melindung nilai di pasaran berkenaan.

“Pasaran tukaran asing dalam pesisir yang lebih terperinci dan (memiliki) kecairan akan membolehkan para pelabur melaksanakan pengurusan lebih baik bagi menangani kelemahan aliran tukaran asing,” katanya.

Jelasnya, langkah-langkah yang baharu diumumkan itu merupakan sebahagian daripada siri inisiatif pembangunan pasaran Jawatankuasa Pasarangan Kewangan.

Ia bertujuan mewujudkan pasaran tukaran asing di Malaysia yang meluas, maju, memiliki kecairan agar setara dengan pertumbuhan ekonomi serta sentiasa menepati keperluan sofistikated para pengguna.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diperoleh menerusi talian 03-2698 6089, 03-2692 8736, 03-2691 6473, 03-2691 3164 atau 03-2693 0772 (Isnin sehingga Jumaat pada 9 pagi-5 petang), Sabtu dan Ahad dari 9 pagi-1 tengah hari) atau emel [email protected] mulai 3 Disember.


http://www.freemalaysiatoday.com/ca...bank-negara-umum-langkah-baru-sokong-ringgit/

Ringgit tidak ditambat meskipun susut ketara - Bank Negara

KUALA LUMPUR 11 Nov: Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan menambat nilai ringgit meskipun mata wang tempatan itu susut mendadak pada pagi ini.


"Ringgit akan terus menghadapi turun naik, sebahagian besarnya berpunca daripada ketidaktentuan dalam persekitaran luar.

Nilai ringgit tidak patut ditentukan oleh kedudukan spekulasi," katanya pada sidang media selepas mengumumkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.3 peratus bagi suku ketiga tahun ini.

Ringgit susut berbanding kebanyakan mata wang utama dan serantau pada suku ketiga," katanya.

Beliau berkata ini mencerminkan perubahan dalam sentimen pelabur dan aktiviti pengimbangan semula pelabur portfolio di sepanjang suku, didorong terutama oleh peristiwa luaran.

"Walaupun semua mata wang serantau terjejas oleh ketidaktentuan berterusan ketika tempoh kadar faedah Amerika Syarikat (AS) kembali ke paras normal, ringgit dan mata wang negara pengeksport komoditi lain berhadapan pelarasan tambahan disebabkan oleh harga minyak mentah global yang tidak menentu pada suku itu," katanya.

Secara keseluruhan, ringgit menyusut nilai sebanyak tiga peratus berbanding dolar AS pada suku kedua.

Ringgit juga menyusut nilai berbanding euro (-3.9 peratus), yen Jepun (-4.2 peratus) dan dolar Australia (-5.5 peratus), namun mengukuh berbanding paun sterling (0.2 peratus).

Ringgit juga menyusut nilai berbanding mata wang serantau kecuali peso Filipina, antara 1.8 peratus dan 7.3 peratus. - BERNAMA



http://www.bharian.com.my/node/211607

Ringgit luar pesisir bukan rujukan sah - BNM



KUALA LUMPUR: Pasaran ringgit luar pesisir, seperti kontrak hadapan tidak boleh diserah (NDF) yang menjadi punca utama berlaku kekeliruan nilai tukaran wang tempatan pada akhir minggu lalu, bukan rujukan sah dan tepat.

Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid, berkata BNM tidak mengiktiraf pasaran ringgit luar pesisir seperti NDF yang wujud secara bersendirian.

Susulan itu, beliau menegaskan, semua urus niaga berkaitan ringgit perlu dirujuk pada kadar tukaran domestik seperti kadar spot dan kontrak hadapan ringgit domestik.

"Kami mahu memberitahu pasaran supaya tidak mengendahkan sama sekali dengan apa yang berlaku di pasaran luar pesisir seperti NDF. Ia boleh melonjak terlalu tinggi (berbanding ringgit domestik) dan menjunam terlalu rendah.

"Ia terbukti seperti yang terjadi pada pagi Jumaat lalu apabila ringgit di pasaran berkenaan pada suatu ketika diniagakan setinggi RM4.56 bagi satu dolar (sedangkan kadar tukaran spot ringgit di dalam negara ketika itu adalah sekitar RM4.34 sedolar)," katanya pada taklimat khas mengenai perkara berkenaan di ibu pejabat BNM di Kuala Lumpur, hari ini.

Adnan Zaylani menjelaskan, pasaran ringgit domestik dan luar pesisir adalah dua pasaran berasingan.

"Secara asasnya, kedua-dua produk itu sama sekali berbeza dan pasaran luar pesisir tidak ada kena-mengena dengan pasaran mata wang kita.

"Pasaran kita ditetapkan pada tukaran dolar-ringgit berasaskan urus niaga di dalam negara atau 'onshore'," tegasnya.

Ringgit tidak pernah diniagakan di luar Malaysia sejak 1998 apabila kerajaan pada masa itu melaksanakan tambatan mata wang.

Bagaimanapun, NDF adalah pasaran urus niaga mata wang tidak rasmi yang menjejaki pergerakan ringgit berbanding dolar AS. Ia beroperasi 24 jam.

Pada Jumaat lalu, ringgit ditutup pada RM4.3418 berbanding dolar AS, paras terendah dalam tempoh 14 bulan.

Sementara itu, pada hari sama, agensi berita Reuters, melaporkan NDF sebulan ringgit susut 3.7 peratus di pasaran luar pesisir untuk ditutup pada RM4.5395 berbanding dolar AS, terendah sejak September 2004.

Kekeliruan dalam kalangan pengguna dan peniaga susulan perkembangan itu menyebabkan BNM pada Ahad lalu, mengeluarkan satu kenyataan bahawa ringgit kekal sebagai mata wang bukan antarabangsa dan menegaskan bahawa dagangan ringgit seperti NDF adalah tidak diiktiraf.

BNM juga tidak bercadang memperkenalkan langkah baharu dan tidak ada perubahan dalam peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing (FEA) berikutan situasi turun naik ketara pasaran tukaran asing khususnya pada akhir minggu lalu.

Mengulas lanjut, Adnan Zaylani berkata, BNM mahu peserta pasaran supaya menetapkan harga permulaan ringgit pada hari dagangan berdasarkan harga penutup hari sebelumnya.

"(Harga penutup hari sebelum) adalah di mana kita perlu memulakan harga dagangan awal kerana setiap hari akan terdapat perubahan. Apabila pasaran mula dibuka, akan terdapat sebahagian rujukan daripada (peristiwa) semalaman, ia biasa berlaku.

"Dalam hal ini (kejatuhan mendadak ringgit), apabila melihat nilai ringgit berada di luar kawalan dan pasaran luar pesisir juga menjadi luar kawalan, BNM meminta supaya bank menetapkan ringgit mengikut harga pada hari sebelumnya.

"Pada masa sama, sudah pasti BNM juga perlu menyediakan kecairan di dalam pasaran dan ini dilakukan sejak Khamis lalu," katanya.

Beliau berkata, nilai ringgit juga perlu diselaraskan mengikut asas atau fundamental sebenar mata wang itu berbanding dipengaruhi oleh aktiviti bersifat spekulatif yang berlaku di dalam pasaran NDF.

"Kami menyedari ada pasaran di luar sana (NDF) yang tidak telus dan di luar bidang kuasa BNM, serta memberikan impak untuk mewujudkan ketidakstabilan terhadap pasaran mata wang di dalam negara atau pasaran 'onshore'.

"Mandat bagi BNM adalah untuk mengekalkan pasaran mata wang yang teratur dan memastikan bahawa pasaran kewangan berfungsi dengan baik. Justeru, kami memberi jaminan untuk tidak berkompromi dengan pasaran sedemikian," katanya.


http://www.bharian.com.my/node/213644


Last edited:
Sponsored Post

simplest_box

Active+ Member
Joined
May 21, 2012
Messages
4,950
Reaction score
137
Points
43
kami tunggu ringgit cecah angka keramat 3.85
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,287
Reaction score
21,164
Points
1,671
Smlm da 3.86 kan???
Ringgit terus merosot kepada 3.8720

Ringgit diniagakan lebih lemah berbanding dolar AS dalam sesi awal hari ini berikutan minat diperbaharui bagi mata wang AS itu ketika kejatuhan harga komoditi menjejaskan lagi keyakinan pelabur.

Pada 9.02 pagi, ringgit disebut harga pada 3,8720/8750 berbanding dolar AS daripada 3,8520/550 pada 5 petang semalam.

Seorang peniaga berkata, peserta pasaran membeli balik dolar selepas keyakinan mereka terhadap ekonomi AS telah dipulihkan selepas pengumuman perbelanjaan pengguna yang lebih baik pada Jun, yang meningkat pada kadar paling perlahan dalam tempoh empat bulan.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 2,7999/8039 daripada 2,7982/7014 semalam dan susut berbanding yen kepada 3,1143/1170 daripada 3,1070/1099 sebelumnya.

Ringgit susut berbanding pound sterling kepada 6,0264/0322 daripada 6,0018/0084 pada Selasa dan turun berbanding euro kepada 4,2100/2141 daripada 4,2256/2297 sebelumnya. - MalaysiaGazette
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,287
Reaction score
21,164
Points
1,671
Ringgit tidak perlu ditambat

Mata wang ringgit tidak perlu ditambat kerana ia boleh menyebabkan kurangnya keyakinan pelabur meskipun prestasinya terus merudum berikutan kejatuhan harga komoditi dunia.


Ketua Penyelidikan MIDF Research, Zulkifli Hamzah (gambar) berkata, ringgit perlu ditentukan oleh permintaan harga dan kadar pertukaran semasa.

"Kalau ringgit ditambat ianya menyebabkan keyakinan pelabur semakin merosot, selain kerajaan perlu melakukan banyak reformasi terhadap ekonomi dan kewangan," katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau mengulas mengenai kedudukan lemah ringgit yang terus lemah selepas melepasi paras psikologi 3.8000 pada bulan lepas sejak ia ditambat 17 tahun yang lalu.

Pagi ini, ringgit diniagakan lebih lebih lemah kepada 3.8720 berbanding dolar Amerika Syarikat.

Pada penutup semalam ringgit berada pada 3.8520. Beliau menambah, kejatuhan mata wang ringgit tidak seteruk mata wang negara-negara lain seperti won yang merudum 3.345 peratus pada bulan lepas.

Mata wang baht juga merosot 3.28 peratus dan singdolar 2.01 peratus.

Ringgit hanya jatuh 1.1 peratus.

Mata wang Asia mula merekodkan prestasi tidak menentu sejak suku pertama tahun ini apabila pasaran membeli balik dolar selepas keyakinan terhadap ekonomi AS telah dipulihkan semakin meningkat.

Di Malaysia pula, kejatuhan mata wang ringgit dikaitkan dengan tindakan para pelabur asing mencairkan bon-bon dan saham untuk keluar daripada pasaran tempatan.

Meskipun ringgit menyaksikan trend menurun namun mata wang itu dijangka tidak melepasi 4.0000 berbanding dolar.

Beberapa penganalisis menjangkakan ringgit akan mencecah paling rendah RM3.90 menjelang hujung tahun ini.

Setakat ini tidak ada penganalisis yang berani untuk mengunjurkan ringgit akan jatuh ke paras RM4.00 tetapi menjangkakan aliran mata wang berterusan sehingga Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah, kemungkinan pada bulan depan.

Sebelum ini, Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz beberapa mengulangi penurunan ringgit bukan mencerminkan fundamental Malaysia. - MalaysiaGazette
 

Abdul wahob

Super Active Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
8,045
Reaction score
49
Points
70
Kalau mat maslan yg ckp aku mmg pecaya
 

FXerha

Super Active Member
Joined
Aug 14, 2014
Messages
5,249
Reaction score
114
Points
73
Mase zaman 1997 ke atas tu logik la ringgit jatuh..mmg sume negara teruk mase tu..
 

zamir2015

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Jul 24, 2015
Messages
335
Reaction score
0
Points
10
percaya la wei....tolong la percaya
 

blankoguy85

Super Active Member
Joined
Dec 14, 2011
Messages
7,577
Reaction score
66
Points
80
pusing selagi bolehh..orang semua nk ringgit kukuh..
dia nk ringgit merudum.. ampessss...
 

juhan

Active+ Member
Joined
Mar 30, 2010
Messages
4,148
Reaction score
639
Points
81
Cakap guna kepala lutut mmg ler mcm2 blh jadi. Kapal laut pun blh terbang. Terus ler panjangkan lidah. Jilat jgn x jilat.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register