BTC USD 28,043.9 Gold USD 1,940.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ringgit dijangka naik minggu depan ekoran sentimen positif bajet 2015.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka naik minggu depan dengan sentimen positif berikutan Bajet 2015 dan disokong oleh prospek keadaan fiskal yang bertambah baik di Malaysia, kata seorang pedagang mata wang.

"Pengukuhan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan tadbir urus fiskal merupakan antara strategi yang didapati dalam Bajet 2015," katanya dan menambah langkah sedemikian adalah positif bagi Malaysia. "Langkah-langkah dan insentif yang diumumkan dalam Bajet 2015 seperti pengenalan produk pelaburan patuh Syariah yang baru, akan mengukuhkan industri perkhidmatan kewangan Malaysia terutamanya dengan menggalakkan kewangan Islam di peringkat domestik dan antarabangsa," katanya.

Petunjuk oleh Rizab Persekutuan AS yang ia akan menangguhkan kenaikan kadar faedah boleh menyokong permintaan bagi aset pasaran pesat membangun serta jangkaan data eksport China yang bertambah baik juga akan memberi kekuatan dalam mata wang Asia seperti ringgit. "Memandangkan pasaran masih bimbang terhadap pertumbuhan global, kami menjangka jajarannya antara 3.21 hingga 3.28 minggu depan," katanya. Bagi asas mingguan, ringgit didagangkan kukuh berbanding dolar AS pada 3.2560/2580 berbanding 3.2570/2600 pada Jumaat.

Mata wang tempatan bercampur-campur semasa mengakhiri minggu berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan mengukuh berbanding pound British kepada 5.2285/2327 daripada 5.2386/2437 pada Jumaat lalu tetapi lemah berbanding dolar Singapura kepada 2.5593/5613 daripada 2.5545/5587 pada Jumaat lalu. Ringgit rendah berbanding yen pada 3.0154/0181 berbanding 2.9900/9930, serta berbanding euro pada 4.1254/1282 berbanding 4.1136/1177 pada Jumaat lalu.

http://www.bharian.com.my/node/10919
 
Top
Log in Register