BTC USD 42,368.7 Gold USD 1,776.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rider Penghantar Makanan & Barang @ CG - Grabfood, Foodpanda, JnT etc etc

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,811
Reaction score
2,910
Points
206
harap syarikat ehailing dapat kurangkan komisyen yang diambil dari rider semasa tempoh PKP ni.
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
FoodPanda, salah satu perkhidmatan tempahan makanan, kini dilihat mengalami masalah melibatkan pembayaran pada sistem mereka. Pihak FoodPanda mengatakan melalui kemaskini sosial, dimana sistem pembayaran atas-talian mereka menghadapi masalah.

Untuk sementara waktu, pihak FoodPanda meminta pengguna hanya menggunakan pilihan “Cash on Delivery”. Notifikasi juga sudah mula dipaparkan pada aplikasi FoodPanda.

FoodPanda-Down-950x535.jpg.webp

Perkara ini sekaligus menyukarkan para pengguna dalam membuat pembelian makanan dan barangan buat sementara waktu pada platform berkenaan. Buat masa ini, tiada masa diberikan berkaitan bilakah masalah teknikal ini akan diselesaikan.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
Penghantar Foodpanda Di Lindungi Insurans Secara Automatik, Percuma

11.06.2021 - Kuala Lumpur, foodpanda Malaysia mengumumkan skim insurans baharu yang lebih baik untuk memberi perlindungan berganda kepada rakan penghantaran sekiranya berlaku keadaan di luar jangkaan sebagai tanda komitmen yang berterusan terhadap kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan kesemua penghantarnya. Bekerjasama dengan PolicyStreet, sebuah syarikat insurans teknologi terkemuka, skim insurans baharu ini akan membolehkan semua penghantar aktif dilindungi secara automatik dan ia adalah percuma.

Pengarah Urusan foodpanda, Sayantan Das berkata, kaedah bayar dahulu dan tuntut kemudian ini akan memberi perlindungan kepada penghantar sepanjang tempoh waktu bekerja mereka dan ini dinaik taraf daripada pelan perlindungan insurans sebelumnya. Menurut beliau, semua penghantar adalah tulang belakang syarikat dan mereka berhak mendapat perlindungan terbaik untuk semua pengorbanan yang mereka lakukan setiap hari dalam memberikan kegembiraan kepada masyarakat dan negara.

“Foodpanda selalu mencari cara dan peluang baharu bagi memastikan kesihatan, keselamatan, dan kesejahteraan kesemua penghantar dijaga dengan baik. Para penghantar kami sentiasa berhadapan dengan keadaan cuaca dan jalan raya yang tidak dapat dijangkakan, oleh itu kami ingin mengingatkan bahawa mereka adalah keutamaan kami dan syarikat komited untuk menyediakan mereka skim insurans terbaik agar mereka dapat bekerja dalam keadaan yang tenang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Das menjelaskan, tuntutan sehingga RM100,000 boleh dibuat sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal. Selain itu, penghantar juga boleh menuntut sehingga RM2,500 untuk sebarang kos perubatan dan hospital sebanyak RM40 sehari selama 30 hari, maksimum. Bagi memastikan proses tuntutan berjalan lancar, penghantar dinasihatkan memiliki semua dokumen yang berkaitan dan diperlukan untuk tuntutan insurans.

Beberapa dokumen yang diperlukan termasuk rekod perubatan dan resit rasmi serta laporan polis dan salinan kad pengenalan penghantar untuk tujuan pengenalan diri. Selain itu, penghantar foodpanda juga layak mendapat skim insurans khas untuk Covid-19 yang mana tuntutan sehingga RM300 boleh dibuat bagi mereka yang perlu menjalani kuarantin dan hingga RM5,000 sekiranya berlaku kematian mengejut.

1623416805651.png

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2021/06/11...dilindungi-insurans-secara-automatik-percuma/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,421
Reaction score
4,153
Points
236
FoodPanda Dan Digi Menawarkan Pelan Khusus Untuk Penghantar Makanan - Bermula RM48 Sebulan;

FoodPanda kini dilihat menawarkan sejumlah penawaran untuk penghantar makanan mereka, termasuk pelan telekomunikasi dibawah Digi. Melalui penawaran pelan ini, Digi menawarkan dua pelan dengan kontrak selama 24 bulan, dan turut menawarkan sejumlah pilihan telefon percuma. Dua pelan yang ditawarkan adalah pelan RM48 sebulan yang hadir dengan panggilan tanpa had, serta data sebanyak 40GB.

Pelan RM78 sebulan pula turut hadir dengan panggilan tanpa had, dan penggunaan data sebanyak 60GB. Tiga peranti yang diberikan sebagai pilihan peranti percuma adalah Vivo Y12D, Oppo A31 dan juga Vivo Y20s – masing-masing tertakluk kepada pakej yang dipilih. Jikalau berminat, anda boleh layari laman Digi Business hari ini, dan menyemak penawaran Digi khusus untuk penghantar makanan FoodPanda hari ini.

Bagi anda sendiri, adakah pelan ini berbaloi untuk mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan?

FoodPanda-Digi--901x1280.jpg.webp


Foodpanda-Digi-Telefon-950x469.jpg.webp

Sumber asal https://digienterprise.com.my/foodpandarider#/view-plans
 

WnB

Super Active Member
Joined
Dec 30, 2007
Messages
9,330
Reaction score
479
Points
91
nak internet unlimited.. 😄😄
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
314,311
Reaction score
14,998
Points
2,376
FB_IMG_1625400490098.jpg

FB_IMG_1625400492363.jpg
FB_IMG_1625400497023.jpg

FB_IMG_1625400499330.jpg


Pekerja penghantar makanan sanggup meredah hujan agar makanan yang dipesan pelanggan segera sampai ke lokasi semasa tinjauan fotoBERNAMA baru-baru ini.

Golongan ini antara yang sibuk melaksanakan tugas penghantaran makanan sejak pendemik COVID-19 melanda negara tahun lepas. 
Tugas yang diamanahkan dilihat dapat mengurangkan pergerakan orang ramai namun para penghantar makanan terdedah dengan risiko jangkitan COVID-19.

Sehubungan itu Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata pekerja beberapa sektor pengangkutan termasuk e-hailing, perkhidmatan kurier dan perkhidmatan penghantaran bungkusan akan diberi vaksin mulai bulan ini.

Hati-hati di jalanraya terutama ketika musim hujan ini.
#kitajagakita #lindungdirilindungsemua #menangbersama
 

jagajaga

Active Member
Joined
Jul 7, 2009
Messages
1,545
Reaction score
113
Points
43
Ade tak geng CG yang buat teleport?
Kurang info la pasal teleport ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register