BTC USD 47,253.0 Gold USD 1,752.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rider Penghantar Makanan & Barang @ CG - Grabfood, Foodpanda, JnT etc etc

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
7,026
Reaction score
675
Points
126
Salam.

Den dalam perancangan untuk menyertai syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan. Tengah tunggu motor untuk siap dibaiki dlu.

Jadi sementara menunggu, den nak kumpulkan seberapa banyak maklumat sebelum den mencampakkan diri dalam kerjaya tersebut. Perancangan nak buat part time ja.. sabtu ahad jadi laa..

Antara yg popular ialah GrabFood (GF) dan FoodPanda (FP).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Info tentang FP


Setiap 1 jam Foodpanda bayar RM5.00 & RM6.00 pada weekend. Ni basic payment. Lepas 3 bulan bekerja, gaji akan naik sejam RM6.00 & RM7.00 weekend. Bila dah 6 bulan kerja gaji naik RM7.50 sejam & RM8.50 pada weekend. Manakala 1 trip delivery akan dapat tips RM3.00. Dalam masa sejam mungkin boleh dapat 4 order bergantung kepada permintaan order dalam kawasan tersebut.

Foodpanda bayar gaji secara mingguan. Setiap hari Selasa akan dapat gaji.

RATE PADA 11 March 2019
1 Jam rm4 (weekday) rm5 (weekend) , rm4 utk 1 trip (batch baru / #2) .. manakala rm5 utk 1 trip (batch #1)

Jika performance tak bagus, akan turun ke batch #3 (pembayaran rm3.5 1 trip) batch #4 (pembayaran rm3 1 trip)

Bonus penghantaran rm2 setiap penghantaran selepas jam 11 malam.

fp ade batch...
batch 1 Rm5
batch 2 Rm4
batch 3 Rm3.50
batch 4&5 Rm3

hujung mggu tambah Rm1 utk 1 order...
4&5 biase rider baru...

fp ade shift,kene pilih sendiri ikut kelapangan...
jadual shift keluar seminggu sekali...
klau tak masuk shift takde alasan byk kali bleh kene terminated...
nak selamat isi absence letak le alasan...

- Gaji dibayar melalui CIMB Bank. Bank lain tak ada masalah cuma lambat sikit la. Hari Selasa, rider yang ada akun CIMB akan dapat dulu, bank lain tunggu float clear baru merasa duit..beza sehari macam tu je.

- 3 bulan tak aktif, bole kene terminate.

- Fleet Manager abg Shahrizul mungkin dia boleh bantu untuk register, Area JB ni no.phone dia 0177728881.


Info tentang GF

- Harga beg rm150, utk rider baru, grab akan tolak rm50 setiap minggu dari akaun, bermakna 3 minggu bole setel hutang dah, kalo tak setel, boleh kene banned.

- Kalo kat service type hanya tulis grabfood bike, kene pegi office GF, minta tukar ke Grabfood sahaja. Kalo tak order takkan masuk.

- Kalo beg hilang / dicuri, kene bayar rm250 untuk amik beg baru beserta salinan report polis untuk dapat beg yg baru ..

Antara masalah GF

- Yg mana area kl, mcm byk masalah je skang, kene pickup jauh, tapi fare ciput...rider kata tak berbaloi..

- apps bug, bole terkena dapat double order, bila tekan let's go, salah satu order akan complete tiba2, walaupon kita blom siap hantar order tu..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Dari segi jadual kerja, FP akan keluarkan jadual setiap hari rabu, kita boleh pilih nak start pkul brp, brp jam..

Manakala GF pula bebas, boleh on dan off sesuka hati mcm grab car juga..


Den duk jb, den igt nak pilih area skudai ja, setakat pemerhatian, yg banyak area skudai ni ialah FP.. ada baca komen kat fb GF, area johor tak byk lagi vendor guna GF ni, yg ada pon kawasan bandar.


Den duk baca komen2 rider2 kat group fb, mcm2 masalah yg mereka hadapi.
Masalah vendor la, insentif la.. tp kebanyakkan area kl sana..


Hati mcm berat nak pilh FP hihi, tapi kajian harus dijalankan terlebih dahulu, sebelum keputusan sebenar dapat dibuat.

Kepada sesiapa yg mempunyai info, sudikanlah diri anda untuk berkongsi apa2 maklumat yang anda tahu. Kalo den ada tersalah info, mohon tegur agar dapat den betulkan, agar dapat membantu rakan2 yg lain untuk mencari info yg benar. :D

Den pon akan update dari masa ke semasa insyaallah.

-Rujukan-

Satu
 
Last edited:
Sponsored Post

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
7,026
Reaction score
675
Points
126
Jika sudah diterima oleh GF, ini sms yg akan diterima..

attachment.php
 

Attachments

  • 65208633_2206208539492831_6272041562411106304_n.jpg
    65208633_2206208539492831_6272041562411106304_n.jpg
    50.8 KB · Views: 9,443
Last edited:

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,540
Reaction score
957
Points
121
kalo part time, elok FP ke GF TT?
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
7,026
Reaction score
675
Points
126
kalo part time, elok FP ke GF TT?

pada den dia ikut pengurusan masa kita.. pilih mana yg lebih sesuai dan kita selesa dgnnya..

FP dah tetapkan masa, tp bole pilih brp jam yg kita nak.. tak silap minimum 4 jam ..

manakala GF takde tetapkan masa.. nak buat sejam sehari pon bole..
 

joee

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
weekdays RM5/hour & RM3/order
weekends RM6/hour & RM3/ order


katalah sejam dpt 3oder hntr..so yg rm5 + 3+3+3 la kan
 

soul333

Fun Poster
Joined
Jun 14, 2009
Messages
615
Reaction score
29
Points
30
nak tanye, aku pon dok terpikir nak buat part time GF ni

ade bc2 kat group GF dlm FB, byk dok membangau skrg ni. rider by sgt

tp dlm mase sama aku nak tau

1) kene declare kat LHDN mcm grab driver x? tak sanggup nk byr income tax byk2
2) kalau la dpt order brg non halal mcm beer ke barbie ke, mcm mane?


mane2 otai GF ley tlg jwbkan
 

stillFX

Super Active Member
Joined
Nov 11, 2016
Messages
7,540
Reaction score
957
Points
121
pada den dia ikut pengurusan masa kita.. pilih mana yg lebih sesuai dan kita selesa dgnnya..

FP dah tetapkan masa, tp bole pilih brp jam yg kita nak.. tak silap minimum 4 jam ..

manakala GF takde tetapkan masa.. nak buat sejam sehari pon bole..

ok tuan.. mekasih ye
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
7,026
Reaction score
675
Points
126
nak tanye, aku pon dok terpikir nak buat part time GF ni

ade bc2 kat group GF dlm FB, byk dok membangau skrg ni. rider by sgt

tp dlm mase sama aku nak tau

1) kene declare kat LHDN mcm grab driver x? tak sanggup nk byr income tax byk2
2) kalau la dpt order brg non halal mcm beer ke barbie ke, mcm mane?


mane2 otai GF ley tlg jwbkan

yep ada gak baca pasal rider byk sgt tu.. tp abaikan je la, kita apply je.. kalo dah ditentukan rezeki oleh Allah, dapat la kita :)

soalan no 1 den tak tau..

soalan no 2, masa register nnt, kita boleh pilih nak bwk semua jenis makanan halal & non halal .. ataupon makanan halal sahaja..

dont worry bebeh :D
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
7,026
Reaction score
675
Points
126
weekdays RM5/hour & RM3/order
weekends RM6/hour & RM3/ order


katalah sejam dpt 3oder hntr..so yg rm5 + 3+3+3 la kan

bener tuan, den dah update kat first post..

ada kenaikkan gaji lepas bulan2 tertentu :D:D
 

shah_ae

Legendary Member
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,111
Reaction score
832
Points
171
weekdays RM5/hour & RM3/order
weekends RM6/hour & RM3/ order


katalah sejam dpt 3oder hntr..so yg rm5 + 3+3+3 la kan

fp ade batch...
batch 1 Rm5
batch 2 Rm4
batch 3 Rm3.50
batch 4&5 Rm3

hujung mggu tambah Rm1 utk 1 order...
4&5 biase rider baru...

bleh pilih non halal @ halal mase reg...
reg byr 100. backpack 160 byr potong gaji pertame & kedua...
t-shirt Rm25 1...

fp ade shift,kene pilih sendiri ikut kelapangan...
jadual shift keluar seminggu sekali...
klau tak masuk shift takde alasan byk kali bleh kene terminated...
nak selamat isi absence letak le alasan...
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register