Ribuan tunjuk perasaan Israel tuntut Netanyahu berundur

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
48,047
Reaction score
3,951
Points
201
ISRAEL-POLITICS-DEMO_1600658854.jpg

Polis Israel menahan penunjuk perasaan yang berkampung di depan kediaman Benjamin Netanyahu di Jerusalem. Foto AFP

JERUSALEM : Ribuan penunjuk perasaan Israel berkumpul bandar ini semalam menuntut pengunduran Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Ia demonstrasi pertama yang diadakan sejak perintah berkurung terbaru dikuatkuasakan di seluruh Israel susulan penularan COVID-19.

Israel yang menunjukkan kadar jangkitan COVID-19 per kapita antara tertinggi di dunia dalam tempoh dua minggu terakhir ini, melaksana perintah berkurung pada Jumaat lalu.

Perintah itu dikuatkuasakan pada hari pertama musim percutian Yahudi, sekali gus menimbulkan kemarahan dalam kalangan Yahudi ultra-Ortodoks.

Sementara pemerintah dipuji atas tindakan awal menangani pandemik itu, pelaksanaan perintah berkurung yang ketat sejak Mac lalu menimbulkan bantahan ramai penduduk yang mendakwa pemerintah gagal mengawal pandemik itu.

Protes jalanan masih dibenarkan walaupun ada sekatan terbaharu dan penunjuk perasaan masih turun menyertai tunjuk perasaan di luar kediaman Netanyahu.

Penunjuk perasaan memakai pelitup muka, tetapi tidak mengamalkan penjarakan fizikal di antara satu sama lain untuk mencegah penularan virus.

Polis berkata, sekatan yang dilakukan di lokasi demonstrasi dilaksana kepada penunjuk perasaan yang ingkar peraturan dan undang-undang.

Ketika perintah berkurung yang ditetapkan selama tiga minggu itu, pergerakan penduduk dihadkan dalam lingkungan satu kilometer untuk melakukan aktiviti masa lapang dengan perjalanan melebihi had itu terbatas untuk membeli bekalan, mencari rawatan perubatan atau bekerja di sektor penting.

Walaupun aktiviti ekonomi biasanya perlahan ketika cuti Yahudi, ramai pihak di Israel bimbang berlaku kegawatan lebih teruk ketika perintah berkurung kedua ini.

Netanyahu melaksana pelbagai langkah pencegahan sejak beberapa bulan lalu untuk mengelak perintah berkurung penuh, seperti penutupan hujung minggu, tetapi sering berubah sebaik berdepan tentangan.

Israel merekodkan kadar jangkitan virus kedua tertinggi di dunia selepas Bahrain dua minggu lalu, mencatat 187,396 kes dan 1,236 kematian. - AFP

 
Sponsored Post

mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
48,047
Reaction score
3,951
Points
201
Demonstrasi anti-Netanyahu meruncing
ISRAEL-POLITICS-HEALTH-VIRUS-DEMO_1602376275.jpg

Penunjuk perasaan memakai pelitup muka membuat bising dengan mengetuk kuali ketika mengadakan demontrasi anti-Netanyahu berhampiran kediamannya di Baitulmaqdis. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Insiden tunjuk perasaan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, masih berlanjutan, sekali gus menyaksikan penduduk mengetepikan perintah berkurung yang dilaksanakan pihak berkuasa bagi memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

Kemarahan orang awam terhadap kepemimpinan Netanyahu meruncing sejak kebelakangan ini apabila individu berprofil tinggi di Israel dilaporkan mengingkari perintah larangan kerajaan, termasuk isteri Netanyahu, Sara yang memanggil pendandan rambut ke kediaman rasmi Perdana Menteri.

Israel ketika ini merekodkan kadar jangkitan perkapita penduduk tertinggi di dunia, dengan 280,000 disahkan positif, manakala lebih 1,900 orang dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19.

Pada minggu lalu, Parlimen Israel meluluskan perundangan untuk mengekang sebarang penganjuran demonstrasi ketika perintah berkurung bagi menangani peningkatan kes COVID-19 dilaksanakan di negara terbabit.

Antara garis panduan yang diperuntukkan dalam perundangan itu adalah larangan penduduk bergerak melebihi satu kilometer dari rumah mereka.

Siri bantahan terhadap Netanyahu diadakan setiap Sabtu, sejak Julai lalu bagi menyatakan kritikan terhadap corak pengurusan Perdana Menteri dalam memerangi pandemik COVID-19 dan merintis usaha pemulihan ekonomi.

Terbaru, penunjuk perasaan anti-Netanyahu berarak sambil mengibarkan bendera Israel dan memegang sepanduk 'Go Away' atau pergi kepada Perdana Menteri, yang turut dikaitkan dengan rasuah, kata wartawan AFP.

Mereka bagaimanapun mematuhi penjarakan fizikal, berbanding perhimpunan sebelum ini di Tel Aviv yang membabitkan ratusan orang serta berlaku pertembungan dengan polis.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld, berkata peserta tunjuk perasaan di hab komersial Israel tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan membaling objek kepada anggota keselamatan.

"Polis di lokasi mengambil tindakan terhadap insiden itu dan peserta perhimpunan haram," katanya. - AFP
 
Sponsored Post
Top
Log in Register