BTC USD 63,321.4 Gold USD 1,807.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ribuan Berarak Di Perancis Bantah Larangan Berburu

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,590
Reaction score
15,629
Points
2,376

Ribuan berarak di Perancis bantah larangan berburu

September 18, 2021 @ 9:19pm

FRANCE-HUNTING-ENVIRONMENT-ANIMALS-POLITICS-PROTEST_1631971146.jpg


Penunjuk perasaan turut membawa anjing pemburu ketika protes larangan kegiatan memburu tradisional di pedalaman Redon, barat Perancis. - Foto AFP


MONT-DE-MARSON: Ribuan pemburu berarak di Perancis hari ini bagi membantah keputusan mahkamah mengharamkan amalan berburu yang menjadi tradisi.

Penunjuk perasaan mempertahankan kegiatan memburu burung secara tradisional yang turun temurun diamalkan di kawasan pedalaman itu.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 13,000 orang menyertai bantahan yang riuh dengan tiupan semboyan memburu dan mercun, di bandar Mont-de-Marsan, barat daya Perancis.

Berpakaian jingga terang, iaitu warna pakaian pemburu, peserta demonstrasi berarak dalam cuaca hujan, sama seperti di Redon, dekat Brittany.

"Saya kesal melihatkan adat saya terkubur. Mereka sudah pun menghapuskan bahasa saya, Gascon, sekarang pemburuan secara tradisional pula," kata Eric, 47, yang menggemari sukan berburu dan mengail, di Mont-de-Marsan.

Beliau turut meluahkan kekesalan terhadap 'Taliban Paristan', yang merujuk kepada pembuat keputusan di ibu negara Perancis itu.

Majlis Negara, pada bulan lalu melarang teknik pemburuan terkenal di barat daya Perancis dan beberapa kawasan lain, yang menggunakan jaring atau perangkap sangkar burung, selaras dengan arahan Kesatuan Eropah (EU) pada 2009.

Larangan itu menyusuli pengharaman teknik pemburuan menggunakan gam atau damar pada jun lalu.

Aktivis berkata 150,000 burung mati setiap tahun di Perancis berikutan teknik pemburuan menggunakan perangkap gam dan jaring, ketika bilangan burung di Eropah merekodkan penyusutan ketara.

Bagaimanapun, Myriam, isteri kepada seorang pemburu dan juga peminat sukan laga lembu, berkata beliau ingin menurunkan tradisi berkenaan kepada generasi muda.

"Ia bukan hanya berkisar kepada pemburuan, sebaliknya suatu gaya hidup yang lengkap," katanya.

Kerajaan dilaporkan bakal membenarkan semula pemburuan secara tradisional, sekali gus mengundang kekesalan dalam kalangan aktivis alam sekitar.

Tindakan sedemikian disifatkan sebagai cubaan untuk meraih sokongan pengundi, menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan tahun depan.

Mengikut perangkaan, kira-kira 1.2 juta pemburu dilaporkan berada di seluruh Perancis, bermakna sekitar lima juta pengundi, termasuk penyokong dan ahli keluarga, bakal meraih manfaat daripada dasar berkenaan. - AFP


 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
159,827
Reaction score
21,820
Points
1,671
Dorang ni saja troll yg masih jarak2 ke apa
 

lau_kau

Legendary Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,688
Reaction score
2,531
Points
201
Perh sebab larangan berburu ja ramai turun gila la
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register