BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rezeki si penjual siput

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Siput paha ayam yang manis dan enak antara jualan paling laris. Gambar kanan: Siput lokan dan beliung turut ditawarkan di gerai Kalsum.
< 1 / 3 >
KANGAR - Melihat deretan gerai yang menjual pelbagai jenis siput di persisiran pantai di Kuala Perlis, mata pengunjung pasti akan tertarik ke arah gerai seorang wanita yang menjual lebih daripada 10 jenis siput, di situ, setiap hari.

Biarpun bukan orang tempatan Kuala Perlis, Kalsum Muhammad, 35, sanggup mengeluarkan modal ribuan ringgit demi menjalankan perniagaan yang diminatinya tiga tahun lalu.

"Awalnya saya keluarkan modal lebih RM1,000 untuk beli pelbagai siput daripada peraih. Saya yakin, pelanggan akan lebih tertarik untuk singgah dan beli bila nampak kita jual pelbagai siput.

"Itupun ada yang kata saya guna pelaris sebab jualan saya laku, tapi sebenarnya saya hanya mempelbagaikan jualan siput dan tidak hanya tertumpu kepada dua atau tiga jenis siput," katanya.

Antara siput yang dijual di gerai Kalsum adalah seperti mentarang, kerang, gayam, kepah, kupang, paha ayam, lala, biji nangka, siput buluh dan bronok.

Hasil jualan cecah RM2,000

Kalsum yang berasal dari Felda Chuping, berkata, dia sanggup memandu ke Kuala Perlis selepas subuh untuk memulakan perniagaannya seawal jam 7 pagi.

Menurut ibu empat anak ini, setiap hari lebih 200 kilogram (kg) siput akan terjual, malah jualan itu akan meningkat ketika hujung minggu atau musim cuti sekolah.

"Sehari saya boleh dapat untung RM200 dan hampir RM1,000 bila musim cuti sekolah. Kalau ramai pelanggan dari luar Perlis yang singgah, jualan boleh cecah RM2,000 ketika cuti sekolah.

"Mentarang antara siput paling laris selain paha ayam yang manis dan enak dimasak lemak atau goreng kunyit," katanya.

Dalam pada itu, katanya, dia tidak mahu mensia-siakan kepercayaan suaminya yang banyak memberikan galakan untuk dia berniaga sendiri berbanding makan gaji biarpun terpaksa berada digerai 12 jam.

"Malah, saya juga mahu kepercayaan semua orang yang berurus niaga dengan saya.

"Sebab itulah saya membayar tunai setiap kali peraih menjual siput kepada saya," katanya.

Risiko kena curi

Kalsum berkata, setiap perniagaan pasti mempunyai risikonya yang tersendiri dan terbaru dia kerugian lebih RM1,000 apabila siput, termasuk ketam yang disimpan dalam stor gerai itu dicuri.

Menceritakan kejadian itu, katanya, petang sebelum kecurian, dia baru membeli 30kg ketam dengan harga RM14 per kg dan beberapa siput lain seberat 50kg serta menyimpannya dalam stor untuk berniaga keesokan paginya.

"Pencuri pecahkan stor dari belakang gerai dan masa itu memang kecewa sebab banyak siput yang saya simpan dicuri... cuma beberapa kg yang masih ada.

"Saya memang risau kalau kejadian bulan lalu itu berulang, bagaimanapun saya lebih berhati-hati sekarang dengan membuat stor yang lebih kukuh dan selamat," katanya.

Menurutnya, siput yang tergolong dalam makanan eksotik itu hanya boleh disimpan selama dua hari bagi menjamin kualitinya selain ia mudah busuk apabila melebihi tempoh berkenaan.

“Sebab itulah saya akan harap siput dijual habis setiap hari... terlalu banyak risiko kalau saya simpan siput-siput ini,” katanya.

Bagi memberi motivasi kepada diri sendiri, Kalsum berkata, dia sentiasa berpegang rezeki itu hak mutlak Allah SWT.

"Saya cuma berusaha dan bertawakal serahkan kepada ALLAH SWT.

"Malah, rezeki hasil jualan yang diperoleh setiap hari saya manfaatkan sebaik mungkin untuk tambah modal membesarkan perniagaan ini," katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/rezeki-si-penjual-siput-1.391752
 
Selain harumanis ada juga tarikan lain rupanya.
 
cari rejeki dgn b'niaga dah bagus. yg tak bagusnya org lain dpt rejeki melihat keindahan aset si penjual. rejekiiiii..
 
sales die mencanak sbb dressing die ler. kena plak klo janda lg mencanak
 
Back
Top
Log in Register