BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rezeki Ramadan penjual bunga di perkuburan

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
15bungsa.transformed.jpg

ROSINA Md Hassan, 40 (kiri belakang) dibantu anaknya, Aidil Mastura Ismail, 23 (kiri depan) melayan pelanggan membeli bunga di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, Georgetown, semalam. - Foto Syed Ismail Syed Abu Bakar









GEORGETOWN: Seperti kelazimannya Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, di sini, akan menjadi tumpuan waris umat Islam, khususnya mereka yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri dengan menziarahi kubur keluarga tersayang.

Selain membersihkan persekitaran perkuburan dan mengecat batu nisan, mereka juga menaburkan bunga di pusara, termasuk membacakan ayat-ayat suci bagi mendoakan si mati agar beroleh kesejahteraan.

Peningkatan permintaan memberi peluang keemasan kepada penjual bunga segar, air cendana dan mawar di tepi tanah perkuburan itu yang menjadi tumpuan waris yang datang menziarahi setiap kali menjelang hari raya.

Penjual bunga, Rosina Md Hassan, 40, berkata permintaan terhadap bunga segar biasanya lebih tinggi pada musim perayaan sekali gus memberi peluang kepada peniaga sambilan sepertinya mengaut sedikit keuntungan untuk persiapan menyambut Syawal.

"Saya terpaksa mengambil cuti sebagai Penyelia Kontraktor Kebersihan di Hospital Pulau Pinang (HPP) selama seminggu bagi menjalankan perniagaan yang dilakukan setiap tahun bermula jam 7.30 pagi hingga 7 malam dan dua hari menjelang hari raya saya berniaga selama 24 jam sehingga pagi raya," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Dia berkata, Ramadan dianggap sebagai bulan rezeki kepada peniaga sepertinya dan cukup bersyukur dengan rezeki yang diterima untuk membantu menambah pendapatan bagi menyambut hari raya.

Katanya, antara jenis bunga yang dijual dan mendapat permintaan tinggi ialah ros, melor, rampai dan bunga segar tangkai selain bunga hancur yang dicampurkan bersama dengan harga dari RM3 hingga RM10 satu plastik manakala air cendana dan mawar pula RM2 sebotol.

"Kehadiran orang ramai menyebabkan saya tidak menang tangan dan terpaksa dibantu anak saya, Aidil Mastura Ismail, 23 yang yang terpaksa bercuti sementara dari tugas sebagai pembantu akaun," katanya.

"Orang ramai biasanya menziarahi tanah perkuburan sejak awal puasa hinggalah satu atau dua hari sebelum perayaan menjelang," katanya.

Beliau berkata, dia mengeluarkan modal RM1,000 untuk membeli pelbagai jenis bunga dan bersyukur apabila mendapat pulangan lumayan yang mencecah hampir RM10,000 menerusi hasil jualan bunganya.













sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/06/437958/rezeki-ramadan-penjual-bunga-di-perkuburan











.
 
Esok 1 Syawal jom pergi tanah kubur Jalan Ampang, KL.
Orang ramai yang ziarah kubur berbagai fashion.
Ada tu macam nak pergi showcase dah fashion show, sedangkan pergi ziarah kubur.

Lebih afdal sedekah RM1 setiap hari tapi istiqamah dari sedekah RM1000 sekali seumur hidup.
Lebih afdal sedekah AlFatihah kepada arwah setiap kali solat secara istiqamah dari menziarahi kubur sekali setahun pada 1 Syawal.
 
ni betol2 cari peluang.. bagus2 org ry habis duit depa buat duit
 
kat kubur islam cheras baru ramai buat camni... aku penah tanye sorg brader jual bunga wangi kt situ.."x balik kg ke bang? respon dier .. " balik kg lepas niaga ni, cari la duit mane yg sempat,.."... terharu lak aku.. sob sob...

lg satu penjual aiskrim motor.. mmg ramai niaga time tuh.. yg aku pelik sejak aku lahir x penah lg time aku melawat kubur cuaca ujan.. mesti panas.. aku lah pemborong eskem tegar kt situ hehehe
 
masyuk modal 1k untung 10k
 
aidil mastura tu yang depan ke?
ok la kot dengan aku.

boleh kita kembangkan biz ni peringkat seterusnya.

Yg dpn tulah mastura. Nak kembangkan biz ke kubur kubur lain ker?? Terbaik ni..:))
 
semoga apabila melihat kubur...manusia akan mengingati kematian...

jgn jadi kan menziarahi kubur sebagai adat time raya...setahun sekali....

dan elakkan benda2 yang tak sepatutnya berlaku apabila menziarahi kubur...
 
Jual air buat siram kubur pn laku rasenye ni....mcm2 manusia skg ni...
 
Back
Top
Log in Register