BTC USD 22,938.0 Gold USD 1,872.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai 'Rezeki berbaik dengan Orang Asli'

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,550
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,550
Reaction score
1,264
Points
206

'Rezeki berbaik dengan Orang Asli'​

Muhamad Ridha Abdullah

Muhamad Ridha Abdullah

Sungkai: Tanpa disedari sudah menjangkau empat dekad warga emas, Muhamad Ridha Abdullah, 63, meraih dan menjual hasil hutan terutama petai, dekat sini.

Petai adalah hasil hutan yang paling popular dan banyak terdapat di kawasan pedalaman terutama di Kampung Orang Asli Menderang dan Jernang berhampiran kaki Banjaran Titiwangsa.

Jadi, tidaklah hairanlah, apabila tiba musim petai kelihatan lambakan pelbagai jenis petai di gerai Muhamad Ridha yang terletak di tepi Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur berhadapan dengan Restoran Nasi Bamboo Sungkai, dekat sini.

Muhamad Ridha berkata, ketika zaman muda, dia sendiri ke hutan untuk mencari petai di kawasan hutan dan meraih petai daripada Orang Asli.

Katanya, disebabkan faktor umur, dia tidak mampu lagi untuk meredah hutan atau bergerak jauh ke kawasan pedalaman untuk mendapatkan hasil hutan terutama petai.

"Musim petai tidak menentu, kalau tiba musimnya akan menyebabkan berlaku lambakan petai di hadapan gerai.

"Antara banyak jenis petai, petai padi antara yang paling banyak mendapat permintaan dan popular dalam kalangan pelanggan daripada kaum Cina.

"Petai padi walaupun mata petai agak kecil namun rasanya jauh berbeza berbanding jenis petai lain apatah lagi jika dibuat sambal atau ulam mampu meningkatkan selera makan," katanya ketika ditemui, dekat sini.

Pada musim petai, orang ramai boleh membeli seikat petai yang mengandungi 100 papan petai dengan harga kira-kira RM50 sahaja.
Namun, harga petai biasanya juga bergantung jenis petai.


petay4a_74839972_1668812504.jpg


Oleh itu, tidak hairanlah, jika melewati jalan itu terutama dari Sungkai-Bidor didapati banyak petai bergantungan di gerai-gerai tepi jalan, selain yang dijual secara longgok.

Muhamad Ridha berkata, amat rugi jika orang ramai yang lalu lalang di jalan berkenaan tidak singgah membeli petai yang berasal dari kawasan ini.

Menurutnya, berdasarkan pengalaman, pelanggan yang membeli petai di kawasan ini akan kembali membeli lagi terutama jika melalui jalan berkenaan ke destinasi tertentu.

"Inilah kerja yang mampu saya buat sejak zaman remaja lagi dan pendapatan inilah digunakan untuk menyara kehidupan keluarga.

"Berniaga ini ada pasang surutnya dan sebagai peniaga saya tidak terlepas daripada mengalami kerugian terutama selepas hasil hutan terutama petai tidak habis dijual," katanya.

Selain petai, ketika musim tengkujuh didapati ramai Orang Asli di kawasan sekitar menjual cendawan sisir secara borong kepada dia untuk dijual dekat gerai terbabit.

Sebekas kecil cendawan dijual dengan harga RM5 dan bekas yang besar pula dijual dengan harga RM10 sahaja. Cendawan ini amat disukai warga kota.

Dia yang juga seorang mualaf berkata, ada ramai lagi penjaja petai di sepanjang jalan dari Sungkai ke Bidor.

Katanya, ia adalah bentuk persaingan yang sihat dalam perniagaan yang secara tidak langsung mampu meningkatkan taraf ekonomi penduduk.

"Untuk memastikan bekalan hasil hutan tidak putus, sudah tentu saya menjalin hubungan yang baik dengan Orang Asli yang juga pembekal utama sejak berbelas tahun lalu.

"Hubungan ini menyebabkan gerai saya sentiasa dipenuhi hasil hutan dan buah-buahan bermusim menjadikan gerai ini menjadi tumpuan orang ramai terutama pada cuti umum atau hujung minggu," katanya.



 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register