Rezab Negara Susut Teruk-Dahsyat Modal Mengalir Keluar!!!

CG Sponsors




shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,004
Reaction score
208
Points
133
Rezab negara susut teruk
Rabu, 2010 Januari 13

Oleh Dzulkarnain Taib

Kedudukan kewangan Malaysia begitu goyah dengan rizab negara merosot teruk akibat pengaliran keluar modal asing sepanjang 12 bulan lalu, menurut laporan terbaru sebuah kumpulan kewangan berpengaruh.

UBS Investment Research, yang merangkumi kumpulan perbankan antarabangsa berpengkalan di Switzerland menyenaraikan Malaysia sebagai negara paling teruk di Asia yang mengalami penurunan rizab antarabangsa.

Ahli politik tempatan khuatir, keadaan kewangan negara akan bertambah buruk dengan kehilangan lebih banyak pelaburan asing susulan serangan ke atas gereja dan sekolah mubaligh Kristian sejak minggu lalu.

Perbuatan khianat itu dicetuskan oleh petualang yang cuba menimbulkan provokasi berhubung penggunaan kalimah Allah oleh sebuah penerbitan Kristian.

UBS menganggap aliran kewangan kritikal yang dialami kerajaan Umno-Barisan Nasional “amat luar biasa” memandangkan Malaysia mencatatkan lebihan akaun semasa paling besar di Asia iaitu sebanyak 17 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
atau kira-kira RM120 bilion.

"Negara lain seperti China, Hong Kong, Singapura, Taiwan dan Thailand mencatatkan peningkatan ketara dalam simpanan antarabangsa dalam tempoh 12 bulan lalu tetapi rezab Malaysia hampir pupus sama sekali," kata laporan itu.

Menurut UBS, pengaliran keluar modal secara besar-besaran sepanjang tahun lalu menjejaskan rizab antarabangsa Malaysia dengan amat teruk yang jatuh lebih daripada 25 peratus.

UBS berkata pengaliran keluar modal dari Malaysia memuncak hampir 50 peratus daripada KDNK atau RM355 bilion pada kiraan nilai semasa.

"Angka ini amat mengejutkan. Ia adalah lebih dari dua kali ganda pengaliran keluar modal yang dialami oleh Rusia dan jauh lebih besar berbanding dengan negara membangun yang lain.

Malah pengaliran keluar modal yang dialami oleh Malaysia pada 2009 merupakan fenomena yang jauh lebih besar dan dahsyat daripada pengalaman krisis ekonomi Asia 1997-1998," menurut laporan enam muka surat itu.

Laporan oleh UBS Asia Securities Limited selanjutnya berkata ekonomi negara Rusia, Ukraine dan negara-negara Teluk mengalami pengaliran keluar modal asing akibat krisis ekonomi dunia.

Namun ketika ekonomi negara-negara terbabit kembali pulih, Malaysia masih dicengkam pengaliran keluar modal asing, menurut UBS .

"Modal asing masih keluar dari Malaysia secara berterusan dalam jumlah yang besar walaupun kebanyakan ekonomi negara pasaran membangun menunjukkan tanda kemasukan semula pelaburan asing," menurut laporan itu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed sebelum ini berkata Malaysia hanya mencatat pelaburan asing langsung sebanyak RM4.2 bilion sahaja bagi tempoh Januari-Mei 2009 berbanding RM46 bilion bagi 2008.


Bolehkah kita terus bergantung kepada BN mengurus negara????? Negara makin miskin walhal sepatutnya cukup kaya, sedangkan pemimpin2 bertambah2 kayaraya!!!!!
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
Dzulkarnain Taib ni saper ?
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,004
Reaction score
208
Points
133
Dzulkarnain Taib ni saper ?
Beliau businessman & journalist, banyak menulis dalam Business Times. Tak tau permanent ke guest at Business Times. Yg penting isi yg di bawa, untuk di nilai kebenarannya.

UBS Investment memang renowned & respected worldwide...
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
919
Points
161
tuh x termasuk duit2 ahli politik yg simpan kat luar negara ... x termasuk aset2 yang patut dibeli kat dalam negera tapi mereka beli kat luar negara :D

Jika mereka benar2 patriotik.. inilah masanya mereka bawa masuk balik segala duit2 tuh ke dalam negara dan jual semua aset2 kat luar negara tuh

Tapi........... jgn harappppppppppppppppppppp :D
 

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
TT..tau ke sapa partner UBS..apa propaganda yg nak di bawak tu...
 

astrowan

CG Top Poster Club
Joined
Aug 26, 2009
Messages
22,317
Reaction score
249
Points
128
tuka kerajaan............

jom ramai2 withdraw duit porex di oversea...........
 
Sponsored Post
Top
Log in Register