BTC USD 63,849.7 Gold USD 1,776.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Review aku lagu "sepanjang riwayatku - p ramlee" cover by TWKUA

sejati_padu

Banned
Joined
Oct 9, 2010
Messages
213
Reaction score
2
Points
15
meh kita ubah sikit selera thread kita hari ni...
kita cerita pasal muzik pulak...

hah korang kenal siapa p.ramlee kan...
ada ke sapa2 yg tak kenal dengan insan genius dunia seni ni sila angkat tangan...hahaha...
aku rasa bayi baru lahir yg asyik tidor tu je tak kenal lagi siapa p.ramlee...
anak buah aku umur 2 tahun tu pon dah layan p.ramlee...:)cgrock

ok2, masa bulan oktober yg lepas seluruh negara dilanda demam "Bulan P.Ramlee; Dimana Kan Kucari Ganti"...
mcm2 program dianjurkan dan tak ketinggalan juga stesen muzik Xfresh FM bekerjasama dgn hero2 dan heroin arena muzik indie tempatan untuk membikin sebuah album Tribute To P.Ramlee - Satu Indiepretasi...
dalam tu ada banyak band2 yg mengcover lagu p.ramlee antaranya Monoloque, Hujan, Subculture, Yuna, Bittersweet, Pop Shuvit, Bunkface, SCTS, TWKUA dan byk lagi...

ok kebanyakan lagu2 yg diorang ni cover boleh tahan, dan tak kurang juga ada yg tak boleh tahan <---tak berapa nak menjadi ler tu :(
ok antara lagu2 yg aku suka dlm tu adalah lagu SEPANJANG RIWAYATKU yg dicover oleh band They Will Kill Us All...
bagi aku, cover TWKUA memang antara yg terbaik...
sangat down beat dan ber'emosi...pendek kata memang sedih gila bila dgr...
ditambah dengan vokalis(Edwin Raj) yang berjaya mengeksperikan rasa sedih lagu tu pada nyanyian dan suara dia dengan cemerlang...
dahsyat dahsyat...fuhhh #:-S

walaupon melodi version TWKUA agak berlainan sedikit nyanyiannya dari versi asal P.Ramlee, tapi ianya seolah-olah telah membawa lagu "sepanjang riwayatku" ke satu sisi yang baru...
umpama satu evolusi baru "sepanjang riwayatku"...very nice...
version TWKUA dgn mood yg down-beat seolah2 benar2 dapat menggambarkan kesedihan dan penderitaan yg p.ramlee alami di sepanjang riwayat hidup arwah...
dan berjaya sampai ke lubuk hati pendengar...

syabas They Will Kill Us All!

ok sekian tu jela review pasal lagu SEPANJANG RIWAYATKU version TWKUA ni...
version P.Ramlee tak yah cerita lah...Allahyarham tu duduk dalam kelas dia yg tersendiri...
tak perlu dibahas...

hehe apa2 pon tu pendapat aku je...anda pula bagaimana? :D
meh kita dgr lagu SEPANJANG RIWAYATKU version TWKUA dan version asal P.Ramlee...

http://www.youtube.com/watch?v=UuK4CWGo0BA&feature=related
http://www.youtube.com/watch?v=pJPT4nu4R9M&feature=related
 
Sponsored Post

sejati_padu

Banned
Joined
Oct 9, 2010
Messages
213
Reaction score
2
Points
15
yg video no 2 tu siapa yg nyanyi??

hikhikhik bro penat je aku tulis panjang lebar bro...
mesti ko tak baca ni kan...hahahah :))
vid no 2 tu lah dia They Will Kill Us All...
depa cover lagu p.ramlee alongside our local heroes n heroins dlm satu album "tribute to p.ramlee-satu indiepretasi"...
:)cgrock
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register