BTC USD 69,744.9 Gold USD 2,421.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Restoran UAH terpaksa tutup kerana harga barang mahal.

Sponsored Post

Saya spend 52 minit untuk tonton dan fahami isu Ustazah Asma Harun tutup kedai makan,
Supaya korang boleh ambil iktibar dalam masa 5 minit.

Ringkasan daripada video👍

Umur perniagaan: 1 tahun 2 hari

Menu Popular: Sup Tulang RM 14.90,
4 jenis Laksa RM 10 - RM 13

Sales Bulanan: RM 90,000 - RM 120,000

Kos Overhead: RM 30,000

Kerugian yang dialami: Rugi RM 30,000 tiap-tiap bulan

Kos bulanan: RM 150,000 sebulan

Ini juga bermaksud
Kos stok bahan mentah: RM 120,000 sebulan

Selalu beli stok barang untuk seminggu
bermaksud belanja RM 30,000 tiap-tiap minggu untuk beli barang stok bahan mentah

Sebab nak tutup: ustazah kata sebab keadaan ekonomi, margin bisnes f&b kecil, kos bahan mentah mahal dll.

Baik.

Saya tulis ini untuk dibaca oleh usahawan F&B yang baru nak mula, yang baru setahun berniaga, ataupun bawah 3 tahun yang masih mencari rentak. Jika anda rasa ini bukan anda, boleh terus scroll posting ini.

Saya boleh cerita panjang lebar tentang jenis2 usahawan dulu, sebab jenis usahawan akan membentuk mindset dan program awal on why you do business at the first place.

Tapi saya taknak olah dan kaitkan hal itu.

Susah kita nak teliti kenapa ustazah katakan kos bahan mahal sebab tak diberitahu berapakah pecahan kos ramuan dan berapakah nilai sup tulang popular yang berharga RM 15 semangkuk itu.

Kalaulah mana-mana team ustazah atau pengurus terjumpa posting ini..betulkan saya kalau saya salah huraian.

Katakanlah ustazah guna formula biasa usahawan set harga jualan iaitu formula darab 3.
Bermaksud, kos ramuan sup tulang ustazah berjumlah RM 5 semangkuk.

Katakanlah ustazah buat kiraan untuk memastikan kos ramuan sup tulang tidak melebih 35% harga jual.
Bermaksud, kos ramuan sup tulang RM 5.25

Ini bermaksud margin ustazah disitu sebanyak 64.77% dan sales minimum yang ustazah perlu capai satu hari ialah RM 1545 @ 104 mangkuk sup tulang untuk cover kos operasi RM 30,000 sebulan.

Ini belum kita sentuh berapa margin yang ustazah mahukan, dan berapa percent kos terbazir.

Btw, kalau usahawan F&B kat sini yang nak tahu macam mana saya dapatkan jualan minimum sup tulang ustazah dengan mudah,

saya guna free tools dari KiraUntung ini: https://kirauntung.my/free/

Berbalik kepada cerita ustazah dan semua usahawan F&B yang mahu dapatkan pedoman.

1. Betul, bisnes F&B ni sangat mencabar, hampir sedekad saya dan family menguruskan bisnes pembuatan mee kuning di Kuantan. Korang tak boleh cakap saya ni jual air liur, sebab saya cakap dari pengalaman. Bukan cakap buku..

2. Untuk konsisten selamat dan kekal berniaga dalam industri F&B ni, harga jual mesti kena ditetapkan betul-betul untung dahulu, kalau tak pasti nak jual berapa, ada link dlm free tools di atas, korang boleh explore.

3. Jangan jual lebih dari 10 menu, lagi banyak menu, lagi banyak kos. Kalau mahu banyakkan juga pilihan, buat menu engineering betul-betul. Supaya stock bahan mentah yang sama boleh keluar 2-3 macam menu.

4. Kalau ustazah buka kedai sup tulang sahaja pun okay, memandangkan itu menu popular. Buang sahaja menu yang kurang permintaan.

5. Kalau perlu naikan harga, entahlah..sup tulang RM 15 semangkuk tu pun dah mahal untuk B40-M40..melainkan sup tulang ustazah tersangatlah meriah dan boleh makan 2-3 orang.

6. Untuk kurangkan kos bahan sup tulang tu, ustazah boleh buat 3 pilihan portion, small, medium, large bowl..dan letak 3 jenis harga..supaya boleh puratakan kos yang lebih rendah.

Kalau anda rasa posting ini bermanfaat untuk kawan-kawan bisnes F&B korang yang lain, boleh tag dan share post ni ye.

FB Amirul Mu'min
 
2j

Susulan pengumuman terbuka berkenaan penutupan Momen Kafe by UAH, Alhamdulillah ramai yang memberikan kata semangat dan mengirimkan doa. Namun, tidak kurang juga yang mentertawakan, bertepuk tangan, menyindir sinis, memutar belit penjelasan dan menyerang saya secara peribadi.

Saya terima semua itu dengan lapang dada, menyedari hakikat kerja buat kami yang banyak tidak sempurna. Untung rugi dan jatuh bangun adalah perkara biasa dalam perniagaan, InsyaAllah kami tidak akan berputus asa, kerana sejak 2008 kami mula berniaga, ilmu daripada kegagalan yang banyak menunjuk dan membuka jalan.

Tuan / Puan :
Tujuan utama pengumuman dibuat secara live adalah kerana ramai pelanggan kami datang daripada jauh, termasuk daripada Singapura. Maka ‘Live’ adalah saluran yang paling cepat dan berkesan, saya tidak mahu mereka hanya tahu premis ditutup melalui notis yang ditampal. Ia pasti menyusahkan dan mengecewakan.

Penjelasan seterusnya:
1. Momen Kafe dibuka pada 23 Februari 2023. Premis kedua Momen dibuka pada 25 November 2023 kerana kehadiran pelanggan yang semakin ramai, terutamanya secara berkumpulan, termasuk rombongan bas hampir daripada seluruh Malaysia. Operasi Momen di kedua-dua buah premis ditutup pada 26 Februari 2024. Bulan Syaaban dibuka dan bulan Syaaban juga ditutup.
1f60a.png


2. Kami mulakan dengan pelbagai menu laksa dan citarasa Terengganu, disusuli menu makanan laut daripada chef yang berpengalaman. Seterusnya menu signature by UAH (sup tulang resepi turun temurun). Alhamdulillah sambutan bertambah baik.

3. Di peringkat awal, kami menerima pelbagai komentar, kritikan dan saranan untuk penambahbaikan, samada dari sudut kualiti makanan atau perkhidmatan. Kami terima dengan lapang dada dan terus berusaha menambah baik dari masa ke semasa. Sedikit pun kami tidak membangkang atau menidakkan, diraikan semuanya. Mohon maaf kepada pelanggan yang ada pengalaman pahit dengan kami.
1f64f.png


4. Sangat terkilan apabila banyak pihak yang memutarbelit, menokok tambah dan memberi gambaran bahawa seolahnya saya menyalahkan pihak KERAJAAN, susulan kenyataan saya bahawa kenaikan harga barang yang menjadi antara faktor kerugian.

5. Saya mohon hentikan kenyataan berbaur fitnah ini. Saya tidak pernah sekalipun menyebut walau sepatah perkataan yang mengaitkan pihak kerajaan dengan situasi ini. Kenaikan kos sara hidup adalah ISU GLOBAL, bukan hanya di negara MALAYSIA. Bahkan di Tanah Suci Makkah Madinah juga harga makanan turut naik mendadak.

6. Seperti dinyatakan, antara faktor utama kerugian ialah penetapan harga yang tidak tepat seiring kenaikan kos bahan mentah semasa. Puncanya kami agak keberatan menaikkan harga, kerana mahu para pelanggan dapat menikmati sajian pada harga yang berpatutan.

7. Kami pernah mengambil khidmat konsultasi luar yang pakar dalam bidang pengiraan kos, menyatakan bahawa harga kami rendah dibanding modal, ‘portion’ yang banyak dan kos operasi yang tinggi.

8. Pekerja kebanyakan adalah mereka yang memerlukan, ada yang menanggung ibu bapa yang sakit, menanggung adik yang ramai dan masih bersekolah dll. Maka kami tak sanggup memberikan gaji yang rendah.

9. Walaupun Momen Kafe ditutup, kebajikan mereka tetap kami jaga. Mereka akan dipindahkan ke syarikat lain di bawah Hijrah Empire Group seperti di Galeri UAH, The Luxe Malaysia, Hijrah Training, dll.

10. Sepanjang beroperasi, Alhamdulillah Momen Kafe tidak pernah lewat membayar gaji pekerja, termasuk caruman EPF, Socso, sewa, utiliti dan kos-kos tetap lain, dilakukan melalui pinjaman dana daripada Galeri UAH.

11. Inilah realiti sebenar dunia perniagaan, bergelut dengan pelbagai isu dan cabaran. Saya berharap selepas ini, kita lebih memahami situasi peniaga apabila mereka terpaksa menaikkan harga dalam apa jua bentuk perniagaan dan perkhidmatan.

12. Untuk makluman, Momen Kafe adalah salah satu cabang perniagaan yang kami usahakan. Alhamdulillah, perniagaan lain masih stabil dan sedang berkembang baik. Mohon doakan ya. Antaranya ;

a) Galeri Ustazah Asma' Harun Cawangan Senawang (HQ)
b) Galeri UAH Cawangan Terengganu
c) The Luxe Chesterfield by UAH
• Showroom Cawangan Senawang (HQ)
• Showroom Cawangan Nilai
• Showroom Cawangan Melaka
d) Hijrah Publication & Training Sdn Bhd (HPT)

Akhirnya, terima kasih diucapkan buat sahabat semua yang pernah datang menjamu selera di Momen Kafe. Mohon maaf atas segala kekurangan dalam perkhidmatan kami sebelum ini.

Mengundur bukan bererti mengalah, InsyaAllah kami akan terus menyusun langkah dengan lebih kemas. Rezeki Allah Maha Luas, dan sebaik-baik rezeki itu adalah Iman dan Islam yang masih Allah kekalkan di dalam diri kita semua.

Semoga Allah melimpahkan segala bentuk rezeki yang barakah buat kita semua.

Berkatalah yang baik, atau sebaiknya diam daripada menyakiti. Doakan semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan jihad ekonomi ini.
1f337.png


Sudilah kiranya sesiapa yang pernah ada rakaman kenangan berkongsi di ruangan
komen.
1f60a.png


Asma’ binti Harun

 
Setiap kali melihat bisnes tutup atau tak berapa menjadi, tak boleh tidak mesti merasa sayu. Kerana di setiap bisnes yang tak menjadi, pasti ada:

1. Seorang ibu, ayah atau anak yang kehilangan mata pencarian.

2. Seorang usahawan yang terpaksa menanggung segalanya berseorangan - malu, hutang, kesihatan mental antaranya.

3. Seorang pelabur yang menunggu wang pelaburannya.

4. Seorang vendor, kontraktor atau pembekal yang sangkut bayarannya.

Melihat orang yang galak mentertawakan, yang memandang sinis, yang gembira atas kejatuhan orang lain buat saya sebagai usahawan sendiri takut. Saya pasti ramai juga menunggu kejatuhan saya..

Pernah berada dan masih berada dalam keadaan ini sebenarnya. Sebab pernah jatuh jadi saya tak berani nak komen lebih-lebih. Apa yang saya boleh buat ialah doakan yang terbaik. Apa yang saya boleh buat ialah belajar dari kesilapan mereka, kesilapan saya yang sebelumnya.

Semoga semua rakan usahawan diberikan kekuatan dan kelapangan untuk kekal berjuang.


Mohamad Jamalee
 
2j

Susulan pengumuman terbuka berkenaan penutupan Momen Kafe by UAH, Alhamdulillah ramai yang memberikan kata semangat dan mengirimkan doa. Namun, tidak kurang juga yang mentertawakan, bertepuk tangan, menyindir sinis, memutar belit penjelasan dan menyerang saya secara peribadi.

Saya terima semua itu dengan lapang dada, menyedari hakikat kerja buat kami yang banyak tidak sempurna. Untung rugi dan jatuh bangun adalah perkara biasa dalam perniagaan, InsyaAllah kami tidak akan berputus asa, kerana sejak 2008 kami mula berniaga, ilmu daripada kegagalan yang banyak menunjuk dan membuka jalan.

Tuan / Puan :
Tujuan utama pengumuman dibuat secara live adalah kerana ramai pelanggan kami datang daripada jauh, termasuk daripada Singapura. Maka ‘Live’ adalah saluran yang paling cepat dan berkesan, saya tidak mahu mereka hanya tahu premis ditutup melalui notis yang ditampal. Ia pasti menyusahkan dan mengecewakan.

Penjelasan seterusnya:
1. Momen Kafe dibuka pada 23 Februari 2023. Premis kedua Momen dibuka pada 25 November 2023 kerana kehadiran pelanggan yang semakin ramai, terutamanya secara berkumpulan, termasuk rombongan bas hampir daripada seluruh Malaysia. Operasi Momen di kedua-dua buah premis ditutup pada 26 Februari 2024. Bulan Syaaban dibuka dan bulan Syaaban juga ditutup.
1f60a.png


2. Kami mulakan dengan pelbagai menu laksa dan citarasa Terengganu, disusuli menu makanan laut daripada chef yang berpengalaman. Seterusnya menu signature by UAH (sup tulang resepi turun temurun). Alhamdulillah sambutan bertambah baik.

3. Di peringkat awal, kami menerima pelbagai komentar, kritikan dan saranan untuk penambahbaikan, samada dari sudut kualiti makanan atau perkhidmatan. Kami terima dengan lapang dada dan terus berusaha menambah baik dari masa ke semasa. Sedikit pun kami tidak membangkang atau menidakkan, diraikan semuanya. Mohon maaf kepada pelanggan yang ada pengalaman pahit dengan kami.
1f64f.png


4. Sangat terkilan apabila banyak pihak yang memutarbelit, menokok tambah dan memberi gambaran bahawa seolahnya saya menyalahkan pihak KERAJAAN, susulan kenyataan saya bahawa kenaikan harga barang yang menjadi antara faktor kerugian.

5. Saya mohon hentikan kenyataan berbaur fitnah ini. Saya tidak pernah sekalipun menyebut walau sepatah perkataan yang mengaitkan pihak kerajaan dengan situasi ini. Kenaikan kos sara hidup adalah ISU GLOBAL, bukan hanya di negara MALAYSIA. Bahkan di Tanah Suci Makkah Madinah juga harga makanan turut naik mendadak.

6. Seperti dinyatakan, antara faktor utama kerugian ialah penetapan harga yang tidak tepat seiring kenaikan kos bahan mentah semasa. Puncanya kami agak keberatan menaikkan harga, kerana mahu para pelanggan dapat menikmati sajian pada harga yang berpatutan.

7. Kami pernah mengambil khidmat konsultasi luar yang pakar dalam bidang pengiraan kos, menyatakan bahawa harga kami rendah dibanding modal, ‘portion’ yang banyak dan kos operasi yang tinggi.

8. Pekerja kebanyakan adalah mereka yang memerlukan, ada yang menanggung ibu bapa yang sakit, menanggung adik yang ramai dan masih bersekolah dll. Maka kami tak sanggup memberikan gaji yang rendah.

9. Walaupun Momen Kafe ditutup, kebajikan mereka tetap kami jaga. Mereka akan dipindahkan ke syarikat lain di bawah Hijrah Empire Group seperti di Galeri UAH, The Luxe Malaysia, Hijrah Training, dll.

10. Sepanjang beroperasi, Alhamdulillah Momen Kafe tidak pernah lewat membayar gaji pekerja, termasuk caruman EPF, Socso, sewa, utiliti dan kos-kos tetap lain, dilakukan melalui pinjaman dana daripada Galeri UAH.

11. Inilah realiti sebenar dunia perniagaan, bergelut dengan pelbagai isu dan cabaran. Saya berharap selepas ini, kita lebih memahami situasi peniaga apabila mereka terpaksa menaikkan harga dalam apa jua bentuk perniagaan dan perkhidmatan.

12. Untuk makluman, Momen Kafe adalah salah satu cabang perniagaan yang kami usahakan. Alhamdulillah, perniagaan lain masih stabil dan sedang berkembang baik. Mohon doakan ya. Antaranya ;

a) Galeri Ustazah Asma' Harun Cawangan Senawang (HQ)
b) Galeri UAH Cawangan Terengganu
c) The Luxe Chesterfield by UAH
• Showroom Cawangan Senawang (HQ)
• Showroom Cawangan Nilai
• Showroom Cawangan Melaka
d) Hijrah Publication & Training Sdn Bhd (HPT)

Akhirnya, terima kasih diucapkan buat sahabat semua yang pernah datang menjamu selera di Momen Kafe. Mohon maaf atas segala kekurangan dalam perkhidmatan kami sebelum ini.

Mengundur bukan bererti mengalah, InsyaAllah kami akan terus menyusun langkah dengan lebih kemas. Rezeki Allah Maha Luas, dan sebaik-baik rezeki itu adalah Iman dan Islam yang masih Allah kekalkan di dalam diri kita semua.

Semoga Allah melimpahkan segala bentuk rezeki yang barakah buat kita semua.

Berkatalah yang baik, atau sebaiknya diam daripada menyakiti. Doakan semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan jihad ekonomi ini.
1f337.png


Sudilah kiranya sesiapa yang pernah ada rakaman kenangan berkongsi di ruangan
komen.
1f60a.png


Asma’ binti Harun


No6 dan No7 tu yang isu utama.
 
Pengalaman den kojo sendiri sejak resign thn 2000, klu aku stop n tutup 1 cabang bisnes tu mcm undur selangkah ke blkg jap utk lonjak ke depan 10 langkah laie dlm bisnes yg lain....
Ooooo baru le saya faham maksud avatar tuan.
Maksudnya gambar tu tolak pokok tu ialah sedang melonjakkan bisnes jauh ke depan walaupun banyak halangan.
(Maaf tuan , gurau je)
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register